(Gambar) Peninggalan Kaum Tsamud!


Oleh: takusahrisau

 

Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikam kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum ‘Aad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu bermaharajalela di muka bumi membuat kerosakan.  

Surah al-A’raaf ayat 74

 

Kaum Tsamud adalah kaum yang dilaknat oleh Allah swt kerana mensyirikkan Allah swt kerana bertindak menyembah berhala. Kaum ini dianugerahkan oleh Allah swt dengan kemampuan dan kemahiran memahat gunung untuk dijadikan istana dan tempat tinggal. Diriwayatkan bahawa mereka menetap di Hijr iaitu nama sebuah kawasan pergunungan yang terletak di persimpangan jalan antara Madinah dan Syria.

Dan sesungguhnya penduduk-penduduk kota Al-Hijr(Tsamud)telah mendustakan rasul-rasul

Surah al-Hijr ayat 81 

 

Mukjizat nabi Saleh-seekor unta betina

Seorang nabi telah diutuskan kepada mereka, namun langsung tidak diendahkan oleh mereka. Nabi tersebut diceritakan dalam al-Quran sebagai nabi Saleh as. Nabi Saleh as dianugerahkan dengan seekor unta betina sebagai tanda mukjizat baginda.  Unta tersebut bukan sebarangan tetapi unta ajaib yang ‘lahir’ daripada celahan batuan gunung. Ia diceritakan Allah dalam surah al-Israa ayat 59,

Dan sekali-kali tidak ada yang menghalangi Kami untuk mengirimkan (kepadamu) tanda-tanda (kekuasan Kami), melainkan kerana tanda-tanda itu telah didustakan oleh orang-orang dahulu. Dan telah Kami berikan kepada Tsamud unta betina itu (sebagai mukjizat) yang dapat dilihat, tetapi mereka menganiaya unta betina itu. Dan Kami tidak memberi tanda-tanda itu melainkan untuk menakuti.

Surah al-Israa ayat 59

Cerita lebih terperinci berkisar tentang mukjizat unta betina ini diceritakan oleh Allah swt dalam surah As-Syu’araa’  daripada ayat 154 sehingga 159.

 

Tidak mengendahkan seruan nabi Saleh as

Miskipun demikian, kedatangan nabi Saleh as untuk mengajak mereka ke jalan tauhid langsung tidak diendahkan oeh mereka. Malahan, mereka bertambah engkar dan terus menerus mencerca dan mencabar nabi Saleh as. Ia diceritakan Allah swt dalam surah al-A’raaf,

75. Pemuka-pemuka yang menyombongkan diri di antara kaumnya berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah yang telah beriman di antara mereka: “Tahukah kamu bahwa Saleh diutus (menjadi rasul) oleh Tuhannya?.” Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami beriman kepada wahyu, yang Shaleh diutus untuk menyampaikannya

76. Orang-orang yang menyombongkan diri berkata: “Sesungguhnya kami adalah orang yang tidak percaya kepada apa yang kamu imani itu

77. Kemudian mereka sembelih unta betina itu, dan mereka berlaku angkuh terhadap perintah Tuhan. Dan mereka berkata: “Hai Shaleh, datangkanlah apa yang kamu ancamkan itu kepada kami, jika (betul) kamu termasuk orang-orang yang diutus (Allah).”

78. Karena itu mereka ditimpa gempa, maka jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di tempat tinggal mereka

79. Maka Shaleh meninggalkan mereka seraya berkata: “Hai kaumku sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu amanat Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepadamu, tetapi kamu tidak menyukai orang-orang yang memberi nasihat.” 

 

Azab Allah swt terhadap kaum Tsamud yang kufur

Keengkaran dan kesombongan mereka terhadaps seruan nabi Saleh as telah menyebabkan mereka ditimpa dengan azab yang cukup pedih. Kehancuran kaum Tsamud adalah kerana sambaran petir yang mereka saksikan dengan mata mereka sendiri. Petir yang luar biasa dahsyat ini yang menghasilkan bunyi yang cukup keras. Firman Allah SWT yang bermaksud,

Dan adapun kaum Tsamud, maka mereka telah Kami beri petunjuk tetapi mereka lebih menyukai buta (kesesatan) daripada petunjuk, maka mereka disambar petir azab yang menghinakan disebabkan apa yang telah mereka kerjakan. 

Surah as-Fushsilat ayat 17

 

Berikut adalah tinggalan kota kaum Tsamud, semoga umat Islam mengambil iktibar daripada apa yang berlaku kepada kaum-kaum terdahulu yang telah dilaknat Allah swt.

Allah menyediakan bagi mereka azab yang keras, maka bertakwalah kepada Allah hai orang-orang yang mempunyai akal; (yaitu) orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan peringatan kepadamu

Surah at-Thalaq ayat 10

 

 

 
 

Bangunan tersergam indah diukir daripada gunung.

 

Sesalur dan mungkin ia adalah sistem peparitan

Jalan juga mereka cipta untuk kemudahan mereka.

 
 

Bangunan yang tinggal untuk umat hari ini menghayati.

 

 

Sebuah gunung yang dipahat daripada gunung.

Tempat tinggal mereka turut dipahat daripada gunung.

Sebuah pintu diukir pada gunung.

Lihat lah keunggulan mereka dalam mengukir gunung untuk dijadikan bangunan.

Sebuah bangunan berdiri secara bersendirian di lembah padang pasir yang tandus.

Sebuah gunung ditebuk.

Kecantikan dan kehalusan ukiran namun mereka sombong dengan pencapaian mereka.

Deretan gunung ditebuk untuk dijadikan bangunan.

Kehebatan mereka sangat mengagumkan.

Gerbang kota Petra.

Rangka Ratu Puabi, ratu kaum Tsamud.

Makam nabi Saleh as.

 

Kota ini seperti tidak pernah didiami sesiapa. Bergitu dasyhat azab yang mereka terima akibat keangkuhan mereka.

 

Ukiran timbul sebuah patung.

Advertisements

Tags:

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

8 responses to “(Gambar) Peninggalan Kaum Tsamud!”

  1. jay says :

    panjangnya makam nabi saleh, terkejut aku

  2. Aishah says :

    Love your website so much..keep it up! Info disusun cukup menarik especially bab Agama dan sejarah..Syabas..

  3. reev says :

    mnta saudara sediakn artikel tentang sejarah dan teori penyebaran manusia ke seluruh dunia sejak slepas njir zaman nabi nuh a.s.. sya keliru kerana bnyk artikel len yg mnceritakn bhwa tmadun manusia brmula dri 3 orng anak nabi nuh iaitu sam, ham dan yafith. tapi bagaimna lak ngn anak2 kapal nabi nuh yg len yg turut sma mmbantu mmbina bahtera itu? takkan lak mreka tak meninggalkn zuriat sperti anak2 nabi nuh tdi? jdi sya mnta jsa bek saudara utk bantu sya merungkai persoalan ni…

    • takusahrisau says :

      mengenai persoalan bangsa-bangsa Manusia selepas terjadinya banjir, kita sebagai Umat Islam berpegang kepada pendapat ulama-ulama tafsir dan sejarahwan Islam seperti Ibnu Kathir, al-Tabari dan juga sahabat Rasulullah saw, Ibnu Abbas yang berpendapat bahawa bangsa-bangsa manusia tersebar melalui tiga anak Nuh iaitu Sam, Ham dan Yafith.
      Sam dikatakan moyang kepada bangsa Semitik(Bangsa Arab dan bani Israel), Ham pula dikatakan moyang kepada bangsa Hamitik(bangsa-bangsa Afrika) dan Yafith pula moyang kepada bangsa-bangsa Eropah. Menurut ulama-ulama Islam, Sam dikatakan membina peradaban di tanah Arab dan daripada keturunan Sam tumbuhlah pelbagai pecahan bangsa-bangsa lain daripada anak pinak Sam.

      Lain pula berkenaan keturunan Ham. Ham dikatakan berhijrah jauh ke Afrika dan membina tamadun di sana. Menurut kitab Taurat, Ham dikatakan telah disumpah oleh bapanya, Nuh as kerana Ham dikatakan telah melihat bapanya berbogel di dalam khemah. Dalam kitab Taurat, Nuh as digambarkan telah mabuk sehingga terlucut pakaian daripada badannya. Namun, ulama-ulama tafsir terkemuka seperti Ibnu Kathir menolak cerita yang dikemuka dalam Taurat. Menurut Ibnu Kathir, Taurat sengaja memburuk-burukkan peribadi Rasul Allah dan ia bertentangan dengan ajaran Islam.

      Yafith yang dikatakan telah berhijrah jauh ke Eropah telah membina tamadun bersama-sama anak-anaknya. Dikatakan bahawa, Yakjuk dan Makjuk adalah keturunan Yafith.

      Berkenaan persoalan saudara Reev yang mengatakan tentang anak-anak kapal yang membantu nabi Nuh as. Penulis hanya mampu memberi jawapan bersandarkan kepada al-Quran dan hadis yang mengatakan nabi Nuh as hanya mempunyai beberapa pengikut sahaja miskipun berdakwah selama 900 tahun. Dan ia jelas menggambarkan bahawa pengikut Nuh tidak ramai dan besar kemungkinan anak pinak pengikut Nuh as berkahwin dengan cucu cicik anak nabi Nuh iaitu Sam, Ham dan Yafith.

      Kebanyakan sejarahwan menyandarkan bangsa-bangsa di dunia kepada tiga anak Nuh as adalah kerana kemuliaan mereka sebagai anak seorang Rasul Allah sepertimana kita umat Islam yang mengagungkan keturunan daripada Rasulullah saw. Lagipun, adalah lebih mulia kita menyandarkan keturunan kita dengan anak-anak Nabi daripada menyandarkan keturunan kita dengan Chimpanzi(teori Charles Darwin) atau makhluk asing(Zacharias Sitchin dan Erich von Daniken).

  4. farhan giroud says :

    asalamualaikum saudara ley x terangkan kandungan buku hitler mein kampf. nk tau mcm mne prjalanan idup die dri buku 2. apepun website saudara yg trbaik.

    • takusahrisau says :

      Waalaikumussalam..berkenaan buku Mein Kampf, apa yang boleh diterangkan sedikit berdasarkan pengetahuan saya adalah buku tersebut adalah karangan Hitler dan diedit oleh Bernhard Stempfl. Mein Kampf atau Perjuanganku diterbitkan dalam dua volume berbeza yang masing-masing mempunyai 12 dan 15 bab. Kandungan di dalamnya kebanyakkan berunsur politik dan idea-idea Hitler untuk menaikkan semangat bangsa Jerman yang telah punah-ranah akibat Perang Dunia Pertama. Waallahualam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: