Sumpahan makam Timurlane!


Oleh: takusahrisau

 

 

Kisah sumpahan Timurlane

Misteri sumpahan makam Timurlane tersebar sekitar perang dunia kedua. Ia bermula apabila seorang pakar Antropologi terkenal daripada Rusia, Mikail M. Gerasimov telah dihantar oleh Joseph Stalin untuk menggali kubur Timurlane di Samarkand. Beliau juga dihantar untuk menggali banyak lagi kubur raja-raja Dinasti Timurid.

Gerasimov adalah watak utama yang terlibat dalam pembinaan wajah tokoh-tokoh terkenal seperti Rudaki, seorang penyair terkenal Parsi, Yaroslav I the Wise, seorang Tsar Russia yang terkenal dengan kebijaksanaannya dan ramai lagi.

Mikhail M. Gerasimov berdiri di sebalik ukiran wajah-wajah insan terkenal.

 

Menurut lagenda, warga Samarkand telah memberi amaran serta memprotes sepasukan ahli Antropologi daripada Rusia untuk menggali kubur panglima perang terkenal tersebut. Mereka telah mendakwa bahawa jika kubur tersebut digali, kelak akan berlaku malapetaka yang cukup dasyhat kepada negeri tersebut. Namun, mereka tidak mengendahkannya.

Sepasukan yang diketuai oleh M. Gerasimov terus menggali sehingga menjumpai rangka mayat yang diukur setinggi 173 cm. M. Gerasimov yakin bahawa ia adalah rangka Timurlane berdasarkan tulang dagu yang kuat, dada yang bidang serta kakinya yang kelihatan cacat. Seperti yang disuruh oleh Joseph Stalin, M. Gerasimov telah mengukir wajah Timurlane berdasarkan rangka tengkorak Timurlane. Hasil kerja Gerasimov telah kekal dan boleh dilihat sehingga ke hari ini.

Berbalik pada cerita sumpahan Timurlane, sebaik makam Timurlane dibongkarkan pada 17 Jun 1941, pada 22 Jun 1941, tentera-tentera Nazi pimpinan Adolf Hitler telah melancarkan kempen Operation Barbarossa. Ia bertepatan dengan amaran penduduk Samarkand yang menyatakan pembongkaran makam Timurlane akan ‘membangkit’ roh perang kembali ke dunia. Tambahan pula, terdapat catatan pada keranda yang menyatakan bahawa “Barangsiapa membuka makam aku, akan dilepaskan seorang penceroboh yang lebih kejam daripada aku.”

Miskipun Operation Barbarossa tidak berjaya, namun ia menyebabkan kematian lebih 1.6 juta warga Soviet Union termasuk beratus-ratus ribu penduduk Samarkand. Bangunan-bangunan indah di kota Samarkand sendiri rosak teruk.

Pada bulan November 1041, jenazah Timurlane kemudian disemadikan kembali dengan amalan agama Islam secara sepenuhnya di Gus of Emir atau lebih dikenali dengan Tomb of Timurlane di Samarkand.

Kini, beribu-ribu pelawat daripada seluruh dunia sering menjadikan Tomb of Timurlane sebagai destinasi wajib dikunjungi jika melancong ke Uzbekistan. Timurlane sendiri adalah hero kebangsaan warga Uzbekistan selain Imam Bukhari(194-265), seorang perawi agung dan Uleg Beg(1394-1449), seorang ahli astronomi dan sultan berketurunan Timurlane.

Makam Timurlane

 

 

 

Sedikit profil Timurlane:

 

Timurlane sang penakluk agung

Timurlane adalah pemilik nama bagi seorang panglima perang genius yang lahir sekitar 8 April 1336. Beliau adalah pengasas bagi Dinasti Timurid yang mempunyai empayar sejauh ke India. Beliau hampir menundukkan Dinasti Ming daripada China namun kematiannya pada 1405 ketika expedisi tersebut menyebabkan penaklukan tersebut gagal. Empayar Dinasti Timurid bertahan sehingga abad ke-18.

Diriwayatkan bahawa beliau berketurunan Turki-Mongol yang beragama Islam. Beliau berasal daripada kaum Barla yang berkuasa di Asia Tengah. Miskipun sentiasa dikaitkan dengan kaum Mongol, Timurlane bagaimanapun menuturkan bahasa Turki dan berpakaian ala Turki dalam kehidupan seharian.

 

Kisah kecacatan Timurlane

Nama Timur membawa makna ‘besi’. Manakala Lane adalah julukan kepada kecacatan kakinya. Lane membawa makna ‘tempang’. Ada beberapa versi yang menyatakan kisah kecacatan kaki Timurlane.  Versi pertama menyatakan bahawa beliau telah tempang sejak daripada lahir. Manakala versi kedua menyatakan bahawa beliau telah dipanah pada kakinya sewaktu mencuri kambing sewaktu kecil.

Versi seterusnya menyatakan beliau tempang akibat kecederaan teruk sewaktu berperang. Julukan ‘Lane’ atau tempang telah pun digunakan oleh musuhnya sewaktu hayatnya masih ada bagi merendah-rendahkan maruah dirinya. Namun, umum sedar bahawa kecacatan tersebut tidak pernah menghalangnya daripada terus meluaskan empayarnya sehingga setiap empayar yang diperangi oleh Timurlane mesti jatuh tersungkur ditundukkan oleh Timurlane.

Kecacatan Timurlane langsung tidak menghalangnya menjadi panglima paling berjaya dalam sejarah militari.

 

 

 

 

Di sebalik kebrutalan Timurlane

Timurlane sering disalahanggap sebagai seorang yang brutal dan tidak berperikemanusiaan. Cerita sebergini sudah tersebar sejak beliau masih hidup. Ini membuatkan beliau merasakan ia sebagai tidak adil untuk dirinya. Dalam satu kenyataan yang dibuat kepada seorang Qadi daripada Aleppo, beliau berkata,

Aku bukan lelaki yang dipenuhi darah, dan Allah swt adalah saksinya. Kerana itu dalam setiap peperangan, aku bukan seorang yang agresif. Lazimnya, musuh aku yang sering menjadi penulis bagi setiap malapetaka(merujuk kepada kekalahan mereka) mereka.

 

Ahli sejarah sentiasa melihat Timurlane sebagai lelaki yang genius dalam peperangan. Taktik yang digunakan ternyata sukar dijangka oleh musuh-musuhnya. Namun, di sebalik kegeniusan dalam strategi perang, beliau kurang mahir dalam mentadbir wilayah yang ditakluki. Ia bukan sahaja berkenaan dengan pentadbiran wilayah sahaja tetapi merangkumi catatan berkenaan peperangan yang dilakukan(hanya sedikit yang tercatat, kebanyakan catatan musuhnya). Beliau kelihatan gagal dalam aspek tersebut.

Disebabkan itu, kebanyakan kisah Timurlane sentiasa dikaitkan dengan pembunuhan besar-besaran sedangkan disebalik pembunuhan tersebut ada kisah-kisahnya. Ini terbukti dalam kempen beliau untuk menumpaskan kerajaan Islam Delhi, Sultan Nasiruddin Mahmud daripada Dinasti Taglugh.

Kesultanan Delhi dikhabarkan mengamalkan amalan Islam yang mencampur-adukkan dengan ajaran Hindu. Ia ditambah dengan ketidaktegasan Sultan Nasiruddin Mahmud dalam mentadbir masyarakat Hindu sehingga seringkali masyarakat Islam tertindas dek kebrutalan masyarakat Hindu di India. Ia membangkitkan ketidakpuasan hati Timurlane. Setelah merujuk kepada pembantunya yang rata-rata adalah ulama-ulama dan ahli sufi, beliau bertindak menyerang India secara besar-besaran. Ia berlaku sekitar tahun 1398. Dalam kempen tersebut, seramai 100,000 orang tahanan perang yang beragama Hindu telah dibunuh.

Peperangan tersebut diingati sehingga ke hari ini sebagai peperangan paling kejam yang dilakukan oleh seorang panglima Islam. Namun, perlu diingatkan bahawa pendirian Timurlane terhadap musuh-musuh Islam sangat jauh berbeza berbanding Umar bin Abdul Aziz, Salahuddin al-Ayubbi dan Sultan Muhammad II al-Fatih. Walaupun bergitu, ia tidak bermakna Timurlane adalah seorang yang fasik. Waallahualam.

 

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

3 responses to “Sumpahan makam Timurlane!”

  1. hafeez says :

    Terima kasih atas tulisan tentang Timurlane. Soalnya apakah nama sebenar Timurlane? Sekian.

  2. timurids says :

    Timur Beg Gurkani ,nama sebenar Timurlane

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: