UFO Haunebu Ciptaan Jerman Era Nazi..


Oleh: takusahrisau

Artikel ini diambil daripada blog penulis, www.takusahrisau.com. Penulis ingin mengumpul kembali sejumlah artikel yang dihasilkan di blog tersebut untuk dikumpulkan kesemuanya di SINI. Dianggarkan lebih kurang 100 artikel panjang dan pendek telah di hasilkan di www.takusahrisau.com. 

 

 

Pertama kalinya, penulis ingin pembaca semua berfikir sejenak tentang teknologi yang wujud pada masa kini khususnya teknologi ketenteraan. Adakah pembaca percaya bahawa teknologi yang terdapat pada hari ini terutama yang dihasilkan oleh Amerika Syarikat adalah teknologi mereka yang asli?

Kepada yang suka mengkaji kemungkinan tidak pelik apabila penulis berkata bahawa teknologi ketenteraan yang ada pada hari ini adalah hasil daripada kesinambungan teknologi yang telah dihasilkan oleh Jerman Nazi semasa Perang Dunia Kedua .

Kepada yang masih ragu-ragu dan was-was, pembaca boleh lihat sendiri bagaimana rekabentuk Stealth Bomber, Space Shuttle, Apollo Rocket dan Bom Atom. Kesemua yang penulis senaraikan adalah rekaan asal daripada teknologi Nazi Jerman pada tahun 1940-an dahulu. Malah, topi tentera Amerika Syarikat yang dipakai pada masakini juga diceduk ideanya daripada topi tentera Nazi pada Perang Dunia Kedua . Topi tentera Nazi yang digelar stahlhelm itu juga diciplak hidup-hidup untuk kostum topi Clone Army dalam filem trilogy Star Wars.

 topi tentera Amerika Syarikat yang sangat mirip dengan stahlhelm milik tentera Jerman Nazi.

 

Apa yang terdetik dalam hati penulis adalah jika ditakdirkan bahawa Nazi Jerman berhasil menewaskan Pakatan Berikat, nescaya teknologi yang terdapat pada hari ini mungkin lebih maju dan futuristik bersandarkan kepada kemampuan Nazi Jerman menghasilkan pelbagai gajet dan peralatan perang yang moden dan mendahului zaman semasa Perang Dunia Kedua .

 

Pesawat Haunebu-UFO Haunebu 

Antara sedemikian banyak peralatan Jerman Nazi ciptakan, terdapat satu peralatan dan pesawat perang yang bergitu menarik perhatian penulis. Diciptakan untuk memperbaharui sistem pesawat perang Lutwaffe, pesawat ini betul-betul mirip UFO yang kita ketahui kini.

 

 

Enjin Berteknologi Tinggi

Sekitar tahun 1939, telah berlaku revolusi dalam teknologi Jerman Nazi di mana negara-negara lain terutamanya negara daripada Pakatan Berikat belum pun berusaha untuk melakukannya. Diketuai oleh saintis Jerman, Thule Triebwerk, satu teknologi telah diciptakan untuk meningkatkan mutu enjin elektromagnetik yang dicipta terlebih dahulu oleh saintis yang juga daripada Jerman,Hans Coler.

Enjin yang dicipta oleh Thule ini melampaui imaginasi saintis-saintis lain pada zaman tersebut. Enjin yang digunakan adalah gabungan penjana Van Der Graaf dan Dinamo Vortex Marconi untuk memberi Kesan Medan Magnet Berputar(Rotating Electromagnetic Field). Enjin berteknologi tinggi ini mampu mengangkat beban yang berkapasiti berat kerana ia memberi kesan kepada pengurangan beban sehingga 1 tan.

 

Mampu Memecut laju

Bukan itu sahaja, enjin ciptaan Thule juga berkebolehan memecut pantas sehingga dikatakan mencapai 4800 km/j untuk enjin prototaip pertama beliau.!

 

Trustwork

Enjin yang diberi nama Tachyonator-7 drive dengan nama kod Trustwork telah dimasukkan ke dalam satu rekaan pesawat berbentuk piring juga ciptaan Thule. Pesawat itu direka sedemikiaan bagi memantapkan penggunaan enjin berelektromagnetik dan lebih aerodinamik. Menariknya mengenai pesawat ciptaan Thule ini adalah bentuknya yang sangat mirip kepada UFO yang pembaca kenali sekarang!.

 

Hauneburg

Sekitar tahun 1935, Thule dan rakan saintis lain telah memulakan kajian mengenai enjin yang mampu mengangkat pesawat secara melintang(vertical) dan bukannya secara lonjakan(projection) sepertimana pesawat perang yang tipikal.

Tapak kajian yang dianggap mereka amat sesuai kerana kedudukannya yang terpencil dan tidak terdedah dengan orang ramai adalah di Hauneburg yang terletak di Barat Laut Jerman.

Pada peringkat permulaan kajian dan percubaan tapak(testing ground), pesawat yang dicipta oleh unit yang diketuai Thule ini diberi nama H-Gerat(Hauneburg Device).

 

Ditukar nama

Atas arahan Hitler, pada tahun 1939, nama pesawat unik ini ditukar nama kepada Haunebu kerana bimbangkan Pakatan Berikat mengesyaki tapak kajian dan kilang pesawat Haunebu terletak di Hauneburg.

 

Haunebu I

Pesawat pertama ciptaan Thule yang berkerjasama dengan Vril Arado Brandenburg diberi nama Haunebu I. Direkodkan bahawa Haunebu mempunyai diameter sepanjang 24 meter dan mampu memuatkan lapan orang krew dalam satu-satu masa. Ketika cubaan penerbangan pertama dilakukan pada 1939, ia telah berjaya memecut dengan kelajuan maksimum iaitu 4,800 km/j. Namun, ia hanya berlaku apabila berada di altitud yang rendah sahaja. Sebanyak 52 kali penerbangan telah dilakukan.

Seterusnya, pesawat Haunebu terus dilakukan pengubahsuaian enjin untuk mencapai hasrat Hitler untuk melihat pesawat ini mampu menyaingi kehebatan pesawat perang terbaik Jerman, Lutwaffe. Thule sekali lagi berjaya memenuhi hasrat Hitler apabila pesawat Haunebu telah memecut selaju 17,000 km/j. Kelajuan yang mencapai kelajuan supersonik ini gagal ditandingi mana-mana pesawat lain pada zaman tersebut. Tempoh masa penerbangan adalah selama 18 jam.

Dengan dilengkapi mesingan kembar yang telah dicipta oleh pakar metalurgi tentera SS, pesawat ini merupakan pakej lengkap untuk mengubah situasi perang semasa Perang Dunia Kedua . Mesingun ini diberi nama Victalen.

 

Haunebu II

Pesawat kedua Haunebu telah dicipta. Ia diberi nama dengan nama Haunebu II. Pesawat ini juga mampu mencapai kelajuan supersonik dengan kadar kelajuan purata sekitar 6000 km/j sehingga 25,000 km/j. Pesawat Haunebu yang mempunyai diameter 26 meter ini mampu menempatkan 9 orang krew dalam satu-satu masa. Masa durasi penerbangan untuk satu-satu tempoh adalah 55 jam. Sebanyak 106 penerbangan cubaan telah dilakukan.

 

Haunebu II Do Stra

Sekitar 1945, sebuah lagi pesawat Haunebu yang diberi nama Haunebu II Do Stra (Dornier STRAtosphären Flugzeug) telah melakukan penerbangan cubaan. Berkemampuan menampung 20 orang krew dalam satu-satu masa berserta mampu mencapai kelajuan hipersonik 21,000km/j, pesawat Haunebu II Do Stra merupakan pesawat siri Haunebu paling lengkap untuk dibawa ke medan perang.

 

Haunebu III

Pada masa itu juga, sebuah tender telah ditawarkan kepada sekumpulan pembina pesawat perang. Antara yang paling berminat adalah syarikat Junkers dan Dornier. Pada awal 1945, Dornier telah dipilih untuk membina pesawat siri Haunebu. Disebabkan kesuntukan masa, Dornier tidak mampu membina banyak pesawat pada masa itu. Walaubagaimanapun, Haunebu III telah berjaya dibina dengan saiz sekitar 71 diameter panjang dan mampu memuatkan 32 krew dalam satu-satu masa. Pesawat Haunebu III juga direkodkan mampu mencapai kelajuaan maksimum 40,000 km/jam. Ia juga dilengkapi dengan tiga rangkaian mesingun Victalen dan mampu menampung durasi penerbangan selama 8 minggu.

 
Keratan rentas Haunebu III.

 

Bagaimana dengan Haunebu IV?

Perancangan untuk membina pesawat Haunebu IV yang jauh lebih maju dan efektif telah dirancang oleh Dornier. Namun, ia tidak menjadi kenyataan selepas kekalahan teruk Jerman setelah Berlin diserang oleh Pakatan Berikat daripada dua penjuru.

Walaubagaimanapun, terdapat satu teori konspirasi menyatakan sebuah lagi tapak pembinaan pesawat telah dibina di Antartika yang terletak di sebuah kawasan yang diberi nama New Swabia(Neu Schwabenland). Nama kod bagi tapak ini adalah Base 211. Ia seakan-akan mirip dengan tapak rahsia Amerika Syarikat kini iaitu Area 51.

 

Kejadian Pasca WWII memungkinkan wujudnya senjata rahsia NAZI

Menurut satu sumber, Base 211 berjaya membina beberapa siri pesawat Haunebu termasuklah Haunebu IV. Sesetengah pengkaji UFO percaya bahawa pesawat Haunebu termasuklah Haunebu IV adalah UFO yang sering dilihat pada akhir Perang Dunia Kedua  sehingga tahun 1970-an. Di sini juga dikatakan Aldolf Hitler dan beberapa pegawai peribadinya termasuklah Aldolf Eichmann melarikan diri akibat kejatuhan Berlin pada 1945. Ada sumber menyatakan Hitler melarikan diri ke Argentina dan memiliki suaka politik secara rahsia di sana.

Operasi Amerika Syarikat dan Britain di Antartika dan Argentina sebaik sahaja selepas Perang Dunia Kedua  seperti Operation High Jump(Amerika Syarikat) pada 1946 yang melibatkan ekspedisi Amerika Syarikat ke Antartika dan Perang Falkland pada tahun 1982 melibatkan peperangan merebut sebuah pulau kecil antara kerajaan Argentina dan Britain dikaitkan dengan misi untuk memburu Hitler dan saki baki pegawai Nazi yang masih hidup.

 

Perang Falkland pada 1982

Tentang Perang Falkland, baru-baru sebuah laman sesawang pemecah maklumat, Wikileak yang dikelolai oleh Julian Assange telah mendedahkan bahawa Pulau Falkland tidak mampu menghasilkan minyak untuk tujuan keuntungan. Oleh sebab itu, apakah tujuan sebenar Britain bersungguh-sungguh untuk merebut sebuah pulau kecil yang kelihatan seperti Pulau Redang mahupun Pulau Sipadan itu? Jika dilihat faktor geografi, Pulau Falkland berada bergitu jauh dengan tanah besar Britain. Jadi, apa yang perlu diketahui adalah pasti wujud konspirasi semasa peperangan Falkland ini. Sekurang-kurangnya ia bersangkut paut dengan Nazi Jerman yang dikatakan berpengkalan di Argentina.

 

Penampakan “Ghost Rocket” pada 1946

Satu kejadian mengemparkan pernah berlaku pada tahun 1946 di Sweden dan negara jirannya berkenaan penampakan misil dan roket misteri di ruang udara. Ia berlaku sekitar Mei sehingga Disember 1946. Dianggarkan lebih 2000 buah misil atau roket misteri muncul kira-kira 8 bulan tersebut. Akhbar tempatan menggelarnya sebagai ‘ghost rocket’. Pihak tentera Amerika Syarikat, Sweden serta Greece bersama-sama berada di lapangan untuk membuat pemerhatiaan tentang penampakan misteri tersebut.

Perhatikan satu garis putih bercahaya, ia bukan Meterorit tetapi sebuah roket. Berlaku di Sweden pada 1946.

 

Sebenarnya pihak Amerika Syarikat, Sweden dan Greece tahu benar bahawa penampakan tersebut bukannya meteorit mahupun komet kerana berdasarkan ahli astronomi tiada sebarang ramalan akan berlaku hujan meteorit selama 8 bulan sekitar tahun 1946 di Sweden. Kebanyakkan mereka membuat spekulasi bahawa penampakan ghost rocket tersebut adalah roket V1 dan V2 ciptaan Jerman Nazi yang berjaya dihasilkan kembali oleh saintis dan jurutera Soviet Union.

Roket V-2 ciptaan Jerman Nazi.

 

Penampakan Foo Fighter pada 1941-1960

Foo Fighter merujuk kepada istilah yang digunakan oleh juruterbang Pakatan Berikat  pada Perang Dunia Kedua  bagi merujuk kepada penampakan misteri pesawat yang mengeluarkan cahaya kuning yang terang di Eropah dan Lautan Pasifik. Saksi yang menyaksikan seringkali mengatakan ia adalah pesawat atau senjata rahsia pihak musuh iaitu Jerman dan Jepun. Namun, Foo Fighter tidak pernah mengganggu jauh sekali menembak pesawat Pakatan Berikat.

Dua buah pesawat tidak dikenali sedang mengekori pesawat Amerika Syarikat.

 

Terdapat andaian daripada para pengkaji paranormal menyatakan bahawa Foo Fighter adalah salah satu pesawat misteri Lutwaffe yang memiliki kelajuan tinggi. Jika dilihat satu sudut, kemungkinan besar pesawat Foo Fighter adalah Haunebu I atau Haunebu II atau juga Haunebu III yang menjalankan operasi intipan bagi pihak Jerman.

Dalam satu kejadian pada 28 Februari 1942, USS Houston melaporkan bahawa anak-anak kapal mereka menyaksikan berbilang pesawat misteri yang berbentuk cakera serta mengeluarkan cahaya yang cukup terang memenuhi ruang angkasa di Selat Melaka semasa Battle of Java.

Manakala kejadian lain pula melibatkan juruterbang dan operator radar Amerika Syarikat sewaktu operasi di Jerman. Waktu itu mereka berada di ruang udara Hagenau, Jerman. Amat mengejutkan apabila mereka telah didekati oleh dua objek misteri bersaiz besar mengeluarkan cahaya jingga kekuningan. Mereka ketakutan dan bersedia untuk menarik picu misil. Namun, setelah dua minit, pesawat itu berputar sedikit dan memecut dengan bergitu laju dan lancar sehingga mereka hilang di ruang angkasa dalam masa tidak sampai lima saat.

 

~ Banyak fakta sejarah yang perlu dikaji dan ditulis kembali. Kepada semua, jangan percaya hanya kepada satu sumber sahaja. Jikalau perlu, bandingkan dengan sumber-sumber yang lain bagi mencari kebenaran dalam fakta.

Advertisements

Tags: , , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: