Catalonia..Antara Sepanyol dan nafsu membentuk negara sendiri!


Oleh: takusahrisau

 

Artikel ini diambil daripada blog penulis, www.takusahrisau.com. Penulis ingin mengumpul kembali sejumlah artikel yang dihasilkan di blog tersebut untuk dikumpulkan kesemuanya di SINI. Dianggarkan lebih kurang 100 artikel panjang dan pendek telah di hasilkan di www.takusahrisau.com. 

 

Semua orang kenal dengan kelab Barcelona  bukan? Penulis sendiri adalah salah seorang antara jutaan peminat kelab yang pernah memasyhurkan pemain seperti Johan Cruff dan Gary Lineker ini. Bagi peminat bolasepak, kelab Barcelona  bagaikan sudah tidak asing lagi.

Namun, adakah pembaca tahu kenapa kelab gergasi daripada Sepanyol ini digelar kelab Catalan ?dan apakah yang dimaksudkan dengan Catalan ?

 

Peta Sepanyol yang mempunyai 17 kuasa autonomi termasuk Catalonia .

 

Asal Usul Barcelona  dan Catalan 

Barcelona  adalah sebuah bandar metropolitan yang berada di wilayah autonomi Catalonia  di negara Sepanyol. Barcelona  adalah ibu negeri bagi wilayah ini. Oleh sebab itulah Barcelona  sering digelar kelab Catalan  kerana kelab ini berasal daripada wilayah autonomi Catalonia .

Di Sepanyol, wilayah-wilayah selain daripada Catalonia  yang diberi ganjaran autonomi adalah Madrid , Valencia, Castelle-Leon, Aragon, Murcia, Andalucia, Castile La Mancha, Extremadura, La Rioja, Navarre, Basque Country, Cantabria, Asturias, Galicia, Balearic Island, Ceuta dan Melilla.

 

Mitos

Banyak teori dikemukakan tentang sejarah permulaan Barcelona . Antaranya adalah:

1.         Barcelona  dibuka oleh Hamilcar Barca sekitar 300BC.

Hamilcar Barca adalah bapa kepada panglima perang termashyur pada zaman purba iaitu Hannibal.  Hamilcar Barca dikatakan mengasas Barcelona  sekitar 300 tahun sebelum Masihi. Nama Barcelona  diambil daripada nama Hamilcar Barca itu sendiri.

2.        Barcelona  dibuka oleh Hercules sekitar 2000BC.

Dikatakan bahawa kononnya wira Yunani iaitu Hercules telah bersama-sama dengan Jason of Argonout berlayar daripada Africa dengan sembilan buah kapal. Malangnya sebuah daripada kapal mereka telah musnah dilanda oleh ombak di sekitar wilayah Catalan  sekarang. Mereka berdua telah berusaha mencari kapal yang ke sembilan dan akhirnya menjumpai di satu tempat yang sekarang ini berdirinya Bandaraya Barcelona . Dek kerana terpaku dengan keindahan tempat itu yang dikelilingi gunung ganang mencanak tinggi, mereka mengelarnya Barca Nona yang membawa maksud kapal kesembilan.

3.        Barcelona  telah dibuka oleh koloni Rom yang digelar Barcino sekitar 27 BC.

Barcelona  dikatakan telah dibuka oleh koloni Rom yang digelar Barcino sekitar tahun 27BC. Nama Barcelona  dikatakan berasal daripada koloni ini iaitu Barcino. Nama Barcino lama kelamaan disebut Barcelona  dan ia kekal sehingga hari ini.

 

Dijajah

Bandar Barcelona  berulang kali dijajah oleh kuasa asing misalnya oleh kaum Vasigoth pada kurun ke-5 Masihi. Vasigoth adalah salah satu daripada kaum Goth yang mendiami barat Jerman sekitar kurun tersebut. Vasigoth telah menjadikan bandar Barcelona  sebagai pusat dan ibu negeri bagi wilayah yang dikuasai mereka.

Barcelona  Cathedral yang terserlah unsur senibina Goth.

 

Kemudian, Islam telah datang ke Barcelona  yang diketuai oleh Tariq Ibnu Ziad atau digelar oleh orang Vasigoth sebagai Taric el Tuerto atau Tariq si mata satu. Islam tersebar ke Barcelona  kira-kira pada kurun ke-8. Selepas tumpasnya jiran Barcelona  iaitu Tarragona pada 717 , Vasigoth seperti sudah tidak berupaya mempertahankan Barcelona  sehingga kalah dengan mudah kepada tentera-tentera dinasti Ummayyah. Syiar Islam bersemi di Barcelona  selama 100 tahun lamanya sebelum dirampas oleh Louis the Pious di bawah arahan daripada Charlesmagne pada 801 Masihi. Barcelona  barada di bawah pemerintahan Frankish sejak daripada detik tersebut.

 

Hubungan Catalonia  dan Madrid  yang tegang

Hubungan Catalonia  dan Madrid  sememangnya tegang sejak daripada dahulu lagi. Sewaktu Dinasti Ummayyah memerintah Sepanyol sekalipun Catalonia  adalah wilayah yang terasing kerana ia dikuasai kembali oleh pemerintahan Frankish pada 801 masihi.

Madrid  adalah salah satu wilayah di Sepanyol. Ibu negerinya adalah kota Madrid . Kota Madrid  juga adalah ibu negara Sepanyol iaitu pusat pemerintahan kerajaan Sepanyol. Madrid  adalah pusat penyebaran budaya latin yang utama ke wilayah-wilayah lain di Sepanyol khususnya kepada musuh ketatnya, Catalonia .

Di Catalonia , bahasa yang digunakan adalah berlainan benar dengan bahasa yang digunakan oleh rakyat Sepanyol yang tipikal. Bahasa rasmi Sepanyol adalah Castille atau lebih mudah digelar bahasa latin. Namun, di Catalonia , kebanyakkan masyarakat mereka menulis dan bercakap menggunakan bahasa Catalan .

 

Puncanya adalah daripada Diktator Franco

Semasa pemerintahan diktator Franco daripada 1939 sehingga 1975, bahasa Catalan  diharamkan daripada digunakan dan sesiapa yang didapati menggunakannya akan berdepan dengan hukuman yang keras. Bahasa Catalan  mengalami zaman yang cukup suram dan masyarakat Catalonia  menghadapi sikap kerajaan yang kuku besi dan tidak berhati perut. Bahasa Catalan  sebenarnya sangat bernasib baik berbanding bahasa Basque yang ditutur oleh masyarakat keturunan Basque satu ketika dahulu. Kini, Bahasa Basque sudah tidak ditutur dan kebanyakkan masyarakat Basque sudah tidak lagi mahir menulis dengan menggunakan bahasa Basque. Ia mirip apa yang berlaku kepada tulisan Jawi di Malaysia.

Jeneral Francis Franco

Bukan itu sahaja, bendera Catalonia  juga diharam. Lagu Catalonia  apatah lagi. Boleh dikatakan, identiti masyarakat Catalan  tidak boleh ditunjukkan secara terang-terangan pada umum. Masyarakat Catalan  bagaimanapun tidak pernah hilang identiti. Mereka menjaganya dengan bergitu baik. Bahasa mereka iaitu Catalan  mereka tuturkan di rumah, diajari anak-anak kecil bercakap bahasa tersebut di rumah.

Untuk pengetahuan pembaca, bahasa Catalan  adalah mirip dengan bahasa Perancis , Itali dan sedikit berbunyi latin.

Diktator Franco juga pernah menggunakan taktik kotor apabila memaksa masyarakat daripada wilayah lain untuk menetap dan tinggal di negeri-negeri wilayah Catalonia . Tujuannya adalah satu iaitu untuk memusnahkan identiti masyarakat Catalan . Miskipun kelihatan cukup agresif dan progresif namun ia tidak berhasil kerana masyarakat daripada luar Catalonia  bukan sahaja tidak berjaya mempengaruhi masyarakat Catalan  tetapi mereka pula menjadi seperti masyarakat Catalan  daripada segi komunikasi dan berpakaian.

 

Titik Tolak kuasa Autonomi kepada Catalonia 

Catalonia  mula mendapat nafas baru setelah diberi kuasa autonomi pada 18 September 1979 melalui undang-undang Statute of Autonomy. Sebenarnya, wilayah Catalonia  telah sedia diberi kuasa autonomi sejak daripada tahun 1932 semasa Second Spanish Republic namun ia telah dimansuhkan semasa pemerintahan diktator Jeneral Francisco Franco setelah berlakunya Spanish Civil War.

Melalui undang-undang autonomi ini, Catalonia  hak ekskusif dalam beberapa perkara seperti kebudayaan, komunikasi, persekitaran, pengangkutan, kewangan, keselamatan awam dan kerajaan tempatan. Manakala perkara seperti bidang pelajaran, kesihatan dan undang-undang pengadilan dikongsi haknya dengan kerajaan Sepanyol berpengkalan di Madrid .

Catalonia  mempunyai pasukan polis mereka yang tersendiri iaitu Mossos d’Esquadra. Sekarang, Mossos d’Esquadra sedang berkira-kira untuk mengambil hak daripada Polis Kebangsaan Sepanyol untuk mengawal wilayah Catalonia .

Baru-baru ini, Catalonia  telah diberi hak untuk melanjutkan hak autonominya yang telah sedia tamat pada Ogos 2006.

Jeneral Franco(kanan) dan Himmler

 

Catalan  yang kebal identiti

Masyarakat Catalan  sangat kebal dengan identiti mereka. Mereka memiliki sejarah dan peninggalan yang tersendiri. Malah mereka sering mendakwa mereka adalah keturunan daripada dewa iaitu melalui susur galur Hercules.

Masyarakat Catalan  asalnya kebanyakkannya bukanlah daripada keturunan Sepanyol yang asli sepertimana yang terdapat di Madrid . Mereka sebenarnya adalah hasil asimilasi dan kahwin campur antara orang Vasigoth, Roman, Carthange, Parsi, Vandal, Perancis dan lain-lain lagi. Barcelona  misalnya, ibu negeri Catalonia  ini adalah pusat kebudayaan dan perdagangan. Kebanyakkan penduduk di sini mempunyai pelbagai wajah dan rupa. Tengok sahaja pemain bola sepak daripada kelab Arsenal yang juga berasal dari Barcelona, Cesc Fabregas, rupa dan wajah beliau tidak langsung mirip seorang berbangsa Sepanyol yang tipikal. Bergitu pula dengan Puyol dan Xavi.

 

Hasrat untuk keluar daripada Sepanyol

Perkara ini sudah lama diidamkan oleh masyarakat Sepanyol. Ramai tokoh-tokoh daripada Catalonia  yang ingin membawa Catalonia  membentuk negara mereka sendiri. Antara yang paling terkenal adalah Lluis Companys.

Monumen Lluis Companys di Barcelona .

 

Tokoh pejuang dan juga bekas Presiden Catalonia  ini telah berusaha untuk memperjuangkan hak rakyat Catalonia  yang tertindas. Tindakan beliau sangat tidak disenangi oleh pemerintah Sepanyol ketika itu Jeneral Francis Franco. Akibatnya beliau diburu. Beliau kemudiannya melarikan diri dan mendapat suaka(exile) di Perancis. Namun, beliau telah ditangkap oleh Gestapo iaitu polis rahsia Nazi atas arahan daripada Hitler dan diktatior Francis Franco. Beliau dihukum tembak pada 15 Oktober 1940.

Ramai ahli politik daripada Catalonia  tidak menyenangi layanan daripada kerajaan pusat Sepanyol. Catalonia  adalah wilayah paling kaya di Sepanyol. Hasil daripada perdagangan di Midetrineaan telah memberi hasil yang cukup untuk menampung penduduknya. Belum cukup dengan itu, hasil daripada perlancongan juga memberi impak yang besar kepada sistem ekonom Catalonia .

 

Hasil yang dicuri

Walaubagaimanapun, malang sekali nasib wilayah Catalonia  apabila wilayah ini hanya mendapat sedikit sahaja hasil daripada dalam negerinya. Kebanyakkannya diambil oleh kerajaan pusat bagi menampung wilayah-wilayah yang miskin. Situasi ini mirip dengan apa yang berlaku di Terengganu dan Sarawak di mana negeri yang kaya dengan hasil laut dan sumber bahan mentah ini adalah antara negeri termiskin di Malaysia. Ini adalah akibat hasilnya yang diambil oleh kerajaan pusat.

 

 

Apa kata masyarakat?

Kebanyakan masyarakat di Catalonia  juga tidak bersependapat dengan kerajaan pusat Sepanyol yang menindas.  Mereka berhasrat untuk membentuk kerajaan sendiri dan mereka yakin mereka mampu berbuat demikian. Umum masyarakat Catalonia  berkias dengan mengatakan bahawa pasukan kebangsaan yang asli bukannya Sepanyol tetapi daripada pemain yang dilahirkan di Catalan . Mereka berhasrat untuk melihat Catalan  beraksi di Piala Dunia sebagai sebuah negara yang berdaulat.

Bendera Catalonia , Senyera

Penulis pernah terbaca satu petikan ayat daripada Joan Laporta iaitu mantan Presiden kelab bolasepak Barcelona . Beliau berkata,

Barca belongs to the world, Barca is Japanese,Africa and American.But it’s Spanish?

Ketika itu, Laporta diam dan menarik nafas panjang.

Kemudian beliau menyambung satu ayat lagi.

I have no emotion for the (Spanish) national team.

Bergitulah besarnya hasrat masyarakat Catalan  untuk membentuk imej dan negara mereka sendiri. Kuasa autonomi yang diberi dirasakan tidak mencukupi kerana hasil daripada wilayah mereka dicuri dan dirompak.

Mereka ini sebenarnya bukannya berbangsa Sepanyol tetapi mereka adalah Catalan , orang Catalonia .!

 

~ Catalonia  terdiri daripada empat negeri iaitu Barcelona  sebagai ibu negeri, Tarragona, Lerida dan Gerona.

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

2 responses to “Catalonia..Antara Sepanyol dan nafsu membentuk negara sendiri!”

  1. sinbad says :

    ohoho..itu mcm ka.. pnh dijajah islam.. kurun kebrp tu?.. habis tu xkan xde kesan sjrh islam ataupun keturunan islam yg beranak pinak kt sana.. kalo ade kiranya adela jgak masjid2dkt sana ye.. tp xde plak pemain barcelona yg beragama islam.. aritu ingat ibrahim affellay dh tp rupanye dia dr belanda.. tp kot mano2 pun pasal catalan ni pnh disentuh oleh islam dn tmbh lg plak pndudukny ditindas oleh krjaan pusatny, sy rasa tergerak ati plak nk terus sokong team barcelona ni.. mainny cukup hebat dn terancang sampailh hmpir semua pasukan lain gunakan cara negatif football (total defensive) utk mnghalangny.. dn seterusnya jd mslh dn memakan diri sndiri plak. mcm MU yg tak ikut cara mourinho sng2 je team katalan ni tibai.. tp sy rasa barca kene ubah taktikny skrg sbb team lain dh dpt agak cara mrk bermain. …..

    • takusahrisau says :

      Barcelona pernah menjadi salah satu jajahan takluk Islam semasa Dinasti Umayyah menakluk Semenanjung Iberia. Ia kemudian digelar Andalusia. Banyak tinggalan yang dapat dilihat di Barcelona dan ada dihapuskan secara total. Walaubagaimanapun, tinggalan Islam masih lagi terpelihara di beberapa wilayah seperti di wilayah Granada dan Sevilla.

      Mengenai bolasepak dan falsafahnya, ia banyak terpengaruh dengan gaya tradisi Total Football milik pasukan Belanda dan Ajax Armsterdam. Ini adalah kerana bekas jurulatih dan pemain Barcelona adalah pemain Belanda dan Ajax Armsterdam iaitu Yohann Cruff.

      Anak didik Cruff iaitu Pep Guardiola telah adaptasi daripada falsafah Total Football kepada falsafah ciptaan beliau sendiri yang digelar Tiki Taka.

      Gaya pemainan seumpama Barcelona amat mudah dipatahkan dengan serangan counter-attack dan gaya anti-Football(totally defencive).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: