Michelangelo yang MISTERI!


Oleh: takusahrisau

 

Artikel ini diambil daripada blog penulis, www.takusahrisau.com. Penulis ingin mengumpul kembali sejumlah artikel yang dihasilkan di blog tersebut untuk dikumpulkan kesemuanya di SINI. Dianggarkan lebih kurang 100 artikel panjang dan pendek telah di hasilkan di www.takusahrisau.com 

 

 

Pengukir terkenal pada zaman pertengahan, Micheangelo atau nama sebenarnya, Michelangelo  di Lodovico Buonarroti Simoni merupakan antara individu yang mengubah zaman pertengahan daripada zaman kegelapan(Dark Age) kepada Zaman Renaissance. Bersama-sama musuh ketatnya iaitu Leonardo Da Vinci, Micheangelo dikenali oleh masyarakat selepas zaman mereka sebagai Renaissance Man.

 

Michelangelo 

 

Menyelusuri lelaki bernama Micheangelo ini cukup menarik. Tidak hairanlah apabila Hollywood telah awal-awal lagi menerbitkan sebuah filem mengenai beliau pada tahun 1965. Filem lakonan Charlton Heston sebagai Michelangelo  itu diberi tajuk The Agony and the Ecstasy.

 

Awal kehidupan Michelangelo 

Michelangelo  dilahirkan pada 6hb March 1475 di Caprese, berdekatan Arezzo,Tuscany. Bapa Michelangelo  adalah Lodovico di Leonardo di Buonarroti di Simoni yang membuat perniagaan pembankan secara kecil-kecilan. Namun Lodovico gagal mengekalkan perniagaannya itu dan jatuh muflis. Lodovico kemudiannya berkerja sebagai Penguatkuasa undang-undang. Semasa Michealangelo dilahirkan, bapanya masih lagi berkerja sebagai penguatkuasa undang-undang di kawasan Caprese. Ibu Michelangelo  pula adalah Francesca di Neri del Miniato di Siena. Ibu Michealangelo dipercayai tidak berkerja dan hanya menjadi suri rumah sepenuh masa. Ibu Michelangelo  meninggal dunia semasa beliau berumur 6 tahun pada tahun 1481.

Semasa berumur 4-6 bulan, keluarga Michelangelo  telah berpindah ke Florence. Di sinilah tempat Michelangelo  dibesarkan. Di Florence, keluarga Michelangelo  cukup stabil dengan bapa Michelangelo  memiliki ladang dan kuari marmar. Ia merupakan titik tolak kepada minat Michelangelo  kepada seni ukiran dan rekabentuk.

 

Tidak meminati alam persekolahan

Bapa Michelangelo  menghantarnya ke sekolah untuk mempelajari grammar dengan Francesco da Urbino di Florence. Namun, Michelangelo  langsung tidak menunjukkan minat kepada alam persekolahan. Minat utamanya adalah untuk mempelajari seni halus dan ukiran.

 

Berguru di Sekolah Lorenzo de Medici

Pada umur 13 tahun, Michelangelo  telah dilatih oleh Domenico Ghirlandaio dalam seni lukisan dan Bertoldo di Giovanni dalam seni ukiran. Daripada tahun 1490 sehingga 1492, beliau telah menghadiri sekolah yang dinaungi oleh penguasa Florence pada masa itu iaitu Lorenzo de Medici. Di sini, Michelangelo  berjaya membuka mindanya dalam banyak perkara untuk diterapkan di dalam seni ukiran seperti falsafah, seksualiti dan agama. Seni-seni ukiran kemudian harinya adalah hasil daripada pembelajaran dan pengalaman di sekolah Lorenzo de Medici.

Karya-karya awal Michelangelo  berjaya disiapkan semasa beliau belajar di sini. Antaranya adalah Madonna of the Steps (1490–1492) and Battle of the Centaurs (1491–1492).

Satu kejadian menarik semasa Michelangelo  berada di sini di mana seorang pelajar yang seangkatan dengannya, Pietro Torrigiano telah menumbuk Michelangelo  di hidungnya yang ketika itu berumur 17 tahun. Tumbukan kuat Torrigiano menyebabkan hidung Michelangelo  patah. Kejadian ini disebabkan oleh ketidakpuasan hati Torrigiano kepada Michelangelo  kerana Michelangelo  mendapat lebih pengiktirafan berbanding dirinya semasa menyalin lukisan Fresco di Carmine Chapel. Hidung Michelangelo  yang patah itu mudah dilihat di dalam setiap potret menampilkan dirinya.

 

Mempelajari Struktur Anatomi Manusia

Berikutan kematian Lorenzo de Medici pada 8hb April 1492, Michelangelo  mengambil keputusan untuk kembali ke rumah bapanya. Beliau mula untuk belajar anatomi tubuh manusia bagi menambahkan keaslian hasil seni halusnya. Beliau diberi kebenaran untuk mempelajari anatomi badan manusia di sebuah hospital gereja di Florence iaitu gereja Santo Spirito. Sebagai mengenang budi pihak gereja, Michelangelo  telah mengukir sebuah patung Jesus Christ semasa disalib daripada kayu yang dikenali hari ini sebagai ‘wooden crucifix’ untuk dihadiahkan kepada pihak gereja.

wooden crucifix yang dihadiahkan kepada sebuah gereja bagi mengenang budi mereka.

 

Hasil daripada penelitian struktur tubuh manusia secara realiti dan teliti akhirnya telah membuahkan hasil yang cukup mengagumkan apabila hasil karya Michelangelo  selepas daripada  itu sangat ‘hidup’. Dek kerana kehebatan Michelangelo  yang sukar ditandingi oleh pengukir dan pelukis lain pada zamannya, ia membuatkan beliau dikenali sebagai II Divino(Yang Maha Suci).

 

Kontroversi

Sesuai dengan gelarannya sebagai Renaissance Man, Michelangelo  telah mengubah persepsi masyarakat Barat pada zaman pertengahan yang melihat seksualiti sebagai perkara yang jijik dan teruk. Ini dapat dilihat apabila Michelangelo  telah mengukir patung-patung yang kebanyakkannya berpakaian menjolok mata malahan terdapat beberapa patung yang diukirnya seperti Statue of David pada 1504 dengan tidak memakai sebarang pakaian.

Statue of David merupakan antara hasil seni Michelangelo  yang paling popular yang mana disiapkan sebelum umurnya mencecah 30 tahun pada 1504.

 

Patung-patung yang diukir Michelangelo  mengudang kontroversi sehingga terdapat beberapa patung yang diukirnya ditutup di bahagian alat sulit kerana dibimbangi ia akan menimbulkan perasaan tidak senang kepada kaum wanita ketika mengunjungi gereja.

Sebenarnya, tanpa disedari oleh Michelangelo , beliau telah menjadi inspirasi kepada ramai pengukir muda pada zamannya dan pada zaman-zaman seterusnya. Beliau dikenali sebagai perintis kepada satu pergerakan yang dikenali sebagai High Renaissance Movement. Ahli-ahli pergerakan perubahan ini menggunakan Michelangelo  sebagai ikon perjuangan mereka. Bahkan, Michelangelo  yang disanjungi ramai ini adalah individu pertama di dunia yang biografinya ditulis ketika beliau masih lagi hidup.

 

Misteri

Sebagai seorang yang genius, Michelangelo  mempunyai pandangan yang berlainan tentang beberapa perkara. Disebabkan itu, beliau banyak tidak bersependapat dengan beberapa individu seperti Raffaello Sanzio da Urbino(1483-1520), Leonardo Da Vinci(1452-1519) dan sebagainya.

Misteri yang seringkali diperdebatkan mengenai Michelangelo  adalah mengenai lukisan fesco karyanya. Lukisan fresco Michelangelo  didakwa mempunyai imej beliau sendiri yang tersembunyi di mana-mana sudut di dalam lukisan tersebut. Penemuan ini amat mengejutkan terutamanya apabila membandingkan potret wajah Michelangelo  dengan wajah yang tertera di dalam lukisan karyanya yang 100% sama.

Antara lukisan yang menampilkan wajah beliau di dalam karya miliknya adalah The Last Judgement dan Head of Holofernes yang berada di siling Sistine Chapel  dan Crucifixion of St. Peter yang berada di Vatican Palace.

Head of Holofernes

 

The Last Judgement
 
Crucifixion of St. Peter

 

Pengkaji masih lagi mencari jawapan mengapa Michelangelo  menggunakan wajahnya sendiri bagi dimuatkan di dalam lukisan fresco beliau. Ramai mendakwa bahawa Michelangelo   menyimpan satu kod misteri yang dikaitkan dengan Bible Code yang juga dikaji secara terperinci oleh seorang lagi genius, Isaac Newton.

Walaubagaimanapun, sesetengah para pengkaji pula secara realistik mendakwa bahawa beliau memuatkan wajahnya dalam karyanya kerana ingin memberitahu bahawa lukisan fresco tersebut adalah ‘hakcipta’ beliau sepertimana setiap gambar yang diletak dengan ‘watermark’ pada masakini.

 

Menghembus nafas yang terakhir

Michelangelo  meninggal dunia ketika usianya mencecah 88 tahun pada 18hb Februari 1564. Jenazah beliau disemadikan ditempatkan di Basilica Santa Croce di Firenze, Florence. Perlibatan beliau yang terakhir adalah merekabentuk pelan untuk pembinaan St. Peter’s Basillica di Vatican City. Walaubagaimanapun, pelan tersebut gagal disiapkan disebabkan beliau jatuh sakit sekitar tahun 1564 dan menghembuskan nafas terakhir juga pada tahun yang sama.

Tempat di mana Michelangelo  disemadikan

 

Jasa beliau sewaktu Zaman Ranaissance di Eropah tetap diingati sehingga ke hari ini.

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: