15 Fakta yang Sangat Janggal!


Oleh: takusahrisau

 

Artikel ini diambil daripada blog penulis, www.takusahrisau.com. Penulis ingin mengumpul kembali sejumlah artikel yang dihasilkan di blog tersebut untuk dikumpulkan kesemuanya di SINI. Dianggarkan lebih kurang 100 artikel panjang dan pendek telah di hasilkan di www.takusahrisau.com 

 

 

 

Kekadang, terdapat sesetengah fakta yang agak pelik untuk kita menerimanya. Fakta-fakta tersebut langsung bercanggah dengan hakikat yang sebenarnya. Tetapi fakta tetap fakta, ia tidak akan menjadi auta. Antara anda setuju atau tidak, ia tidak penting tetapi yang penting, anda wajib menerimanya. Sebab? Ia adalah fakta!

Pening membaca mukadimah penulis? Tak usah pening, rehat-rehatkan fikiran anda yer dengan membaca fakta-fakta pelik  yang penulis sudah hidangkan di bawah. Apa lagi, bacalah..:)

 

1.         Sebelum Peristiwa Parti Teh Boston(Boston Tea Party ) pada 1773, British telah menurunkan cukai teh dan bukannya menaikkannya!. Akan tetapi ramai beranggapan bahawa British telah menaikkan cukai teh sehingga menimbulkan kemarahan rakyat Boston.

2.         Raja England, King George I adalah berketurunan Jerman dan dilahirkan di Lower Saxony (dahulunya adalah jajahan Britain tetapi sekarang menjadi milik Jerman). Beliau memerintah England serta Ireland daripada 1714 sehingga 1727.

King George I

 

3.         Abel Tasman telah menemui Tasmania, New Zealand dan Fiji tetapi tidak pula menjumpai Tanah Besar Australia.! Padahal, Australia terletak tidak jauh daripada New Zealand mahupun Fiji.

4.         Bernardo O’Higgins Riquelme adalah pengasas negara Chile yang bertanggungjawab memisahkan Chile daripada penguasaan penjajah Sepanyol. Tetapi, O’Hinggins hanya menjadi presiden kedua Chile iaitu pada 1817 sehingga 1823. Satu lagi fakta menarik, beliau adalah berketurunan Ireland dan Sepanyol etnik Basque.

Bernardo O’Higgins Riquelme

 

5.         Bekas presiden dan bapa kemerdekaan Amerika Syarikat, Thomas Jefferson dan John Adams meninggal dunia pada tarikh yang sama iaitu genap 50 tahun Pengistiharan Kemerdekaan  Amerika Syarikat.!

6.         Perang Saudara Amerika pada 1861 sehingga 1865 berakar umbi daripada penolakan pihak Kesatuan kepada sistem penghambaan yang ditentang oleh pihak Konfedarasi yang mahukan sistem penghambaan. Namun, tahukah pembaca bahawa Jeneral Kesatuan sendiri iaitu U. S. Grant mempunyai hamba pada awal peperangan tersebut. Ironinya, Jeneral Konfederasi iaitu Robert E. Lee pula tidak mempunyai hamba.!

7.         Kaiser Wilhelm II, Tsar Nicholas II dan George V mempunyai satu persamaan iaitu  mereka adalah cucu kepada Queen Victoria.

8.         Karl Marx pernah menjadi koresponden kepada surat khabar popular ketika itu, New York Daily Tribune. Pihak akhbar ketika itu masih belum mengetahui hakikat bahawa Karl Marx adalah pengasas kepada idealogi komunis yang akhirnya membentuk musuh-musuh Amerika seperti Cuba, Soviet Union, China, Vietnam dan sebagainya.

9.         Ini kelakar. Presiden Soviet Union yang bertanggungjawab terhadap kematian jutaan nyawa manusia termasuk tentera-tentera musuh, orang awam serta tentera-tentera beliau sendiri pernah belajar ilmu teologi. Tujuannya?mahu menjadi seorang paderi.!

Josep Stalin

 

10.       Henry Kissinger dan Yasser Arafat pernah mendapat anugerah Nobel. Namun, negarawan India iaitu Mahatma Gandhi tidak pernah pula mengecapinya.

11.        Istilah ‘D-Day’ biasanya merujuk kepada hari pendaratan tentera Bersekutu di Normandy. Akan tetapi, tahukah maksud ‘D-Day’ tersebut? D-Day sebenarnya membawa maksud ‘Day-Day’.! Jikalau diterjemah kepada Bahasa Melayu, ia akan menjadi Hari-hari. Argghh..pening kepada penulis.

12.       Terdapat beratus tempat di Amerika Syarikat yang merujuk kepada tanah air asal penduduk setempat seperti New York yang merujuk kepada perkampungan York di Britain. New Jersey yang merujuk kepada perkampungan Jersey di Britain dan banyak lagi. Akan tetapi tahukah pembaca bahawa bandar Memphis dan Philadelphia merujuk kepada bandar purba di Mesir dan Syria.

13.       Penduduk New Orlean yang kebanyakannya adalah penyokong Nepoleon Bonaparte pernah mengupah sekumpulan lanun untuk membebaskan tokoh daripada Perancis tersebut daripada Pulau St. Helena.

14.       Penduduk Mesir Purba menghasilkan 6 jenis arak yang berlainan jenis dan rasa. Satu teknologi makanan yang belum pernah dicapai pada zaman tersebut.

15.       Fakta terakhir, miskipun semua tahu bahawa Singapura diterajui oleh masyarakat Cina tetapi tahukah pembaca bahawa Presiden pertama Singapura adalah berketurunan Melayu kelahiran Indonesia iaitu Yusuf bin Ishak. Semua ingat Lee Kuan Yew Presiden pertama bukan!

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

6 responses to “15 Fakta yang Sangat Janggal!”

  1. reev says :

    yusuf ishak tu bukan presiden prtama singapura ke? bkan prdana mnteri prtama.

  2. karimov says :

    Kalau yang pernah ke singapura atau pernah tengok duit kertas singapura mesti tau Yusuf Ishak presiden singapura sebab gambarnya terpampang kat duit singapura.

    Bahasa Melayu pun ialah bahasa kebangsaan Singapura, bahasa rasmi singapura pula Inggeris, Cina, Melayu dan tamil dengan bahasa Inggeris adalah bahasa utama.

  3. bahasa inggeris says :

    Its such as you learn my thoughts! You appear to know so much about this, like you wrote the book in it or something. I feel that you just could do with some percent to force the message house a bit, however other than that, that is magnificent blog. An excellent read. I will definitely be back.

  4. reef says :

    yusuf ishak presiden pertama singapura mnakala lee kuan yew perdana menteri pertama singapura…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: