(PART 2)Dinosaur pernah Hidup bersama-sama Manusia?-Teori Antedeluvian


Oleh: takusahrisau

Artikel ini diambil daripada blog penulis, www.takusahrisau.com. Penulis ingin mengumpul kembali sejumlah artikel yang dihasilkan di blog tersebut untuk dikumpulkan kesemuanya di SINI. Dianggarkan lebih kurang 100 artikel panjang dan pendek telah di hasilkan di www.takusahrisau.com 

 

 

Sambungan daripada entry yang lepas..Klik  SINI

 

Teori Antediluvian

Terdapat satu teori yang mengatakan bahawa bumi ini pernah didiami oleh makhluk yang sama seperti manusia lama sebelum Adam as diturunkan Allah swt ke bumi. Teori tersebut dikenali dengan antediluvian teory. Antediluvian antara lain membawa maksud sebelum bah besar(banjir Nabi Nuh as). Ante bermaksud sebelum dan diluvian pula bermaksud bah besar(deluge). Tempoh masa makhluk-makhluk yang hidup sebelum bah besar Nabi Nuh as digelar antediluvian period.

Menurut seorang saintis, William Whiston dalam bukunya, A New Theory of the Earth yang diterbitkan pada 1696 telah membincangkan secara terperinci mengenai teori antediluvian ini. William Whiston yang juga merupakan anak didik Isaac Newton telah menyatakan bahawa antediluvian terdiri daripada beberapa ciri iaitu:

1.         Mempunyai hayat yang cukup panjang- kebanyakkannya melebihi 700 tahun.

2.         Tiada hujan yang turun pada zaman tersebut. Sumber air dan kelembapan bumi hanya bergantung daripada air daripada muka bumi. Menurut Whiston, bumi pada masa itu dilitupi oleh atmosfera tebal. Ia boleh diumpamakan kanopi yang melindungi bumi daripada panas matahari dan radiasi.

3.         Populasi penduduk pada zaman antediluvian melebihi lima kali ganda daripada populasi penduduk yang terdapat pada hari ini. Ini disebabkan oleh hayat mereka yang panjang dan kehidupan yang berkualiti.

 

Bukti kehidupan pada Antediluvian period

1.         Loceng di dalam Lombong Arang Batu

Pada 1944, seorang kanak-kanak yang berusia 10 tahun, Newton Anderson telah menjumpai sebuah loceng selepas beliau terjatuh di dalam salah satu lombong arang batu di Upshur County West Virginia. Loceng yang mempunyai patung di hujung tangkalnya telah dihantar ke sebuah universiti untuk dilakukan ujian pentarikhan karbon. Mengejutkan apabila data yang diperolehi menunjukkan usianya mencapai 300 juta tahun. Selain itu, hasil buatan loceng tersebut yang terdiri daripada pelbagai jenis besi telah menimbul kebingungan di kalangan ahli arkeologi. Adakah teknologi purba telah mengetahui teknik mengadunkan besi menjadi aloi?  

 

2.        Cretaceous Hammer

Salah seorang daripada ahli keluarga Hahn iaitu George Hahn telah menjumpai sebuah tukul purba pada tahun 1936. Mereka sekeluarga ketika itu sedang melakukan aktiviti pendakian di sebuah bukit di Landon, Texas. Tukul yang George jumpai itu mendedahkan kepada dunia bahawa terdapatnya hidupan zaman purba yang pernah mendiami bumi sekitar 300-400 juta tahun dahulu. Tidak berlebihan jika mengatakan bahawa manusia pernah hidup di zaman Jurassic.

 

 

3.        Klerksdorp Spheres 

Dijumpai di Afrika oleh sekumpulan pelombong di Wonderstone Silver Mine di South Africa, sfera yang bersaiz 1-4 inci ini dianggar berusia 2.8 billion tahun. Sfera yang mempunyai garisan di tengah-tengah ini amat padu dan sukar untuk dimusnahkan miskipun menggunakan besi dan tukul.

 

 

4.        Dropa Stone

Pada 1938, seorang professor arkeologi di University of Beijing, Chi Pu Tei telah menemui sebuah batu berbentuk bulat ketika melakukan praktikal arkeologi bersama pelajar-pelajarnya di sebuah gua di Himalaya. Batu yang memiliki potongan yang bergitu kemas dan tepat itu bersaiz 1 kaki diameternya. Selepas diperiksa usianya, ia dianggarkan berusia 12 juta tahun.

Tidak habis di situ, pada 1958, seorang professor berkelulusan Phd, Dr. Tsum Um Nui daripada Beijing telah memeriksa dengan terperinci batu berbentuk bulat tersebut. Mengejutkan apabila beliau mendapat terdapat tulisan hiroglif pada batu tersebut. Selepas diterjemahkan, beliau mendapati bahawa tulisan hiroglif antara lain menceritakan mengenai sebuah kapal angkasa yang terhempas dan seluruh anak-anak kapal mereka telah dibunuh oleh penduduk tempatan.

 

5.        Objek berbentuk syiling

Sebuah objek berbentuk duit syiling telah ditemui di sebuah perigi di Lawn Ridge, Illinois. Ia ditemui pada kedalaman 114 kaki daripada permukaan. Selepas dibuat pentarikhan karbon, ia didapati berusia 400,000 tahun.

 

 

6.        Runtuhan Yonaguni

Formasi batuan pelik di lautan Jepun telah mengundang 1001 persoalan. Dikenali dengan Yonaguni, runtuhan tersebut dianggarkan berusia 13,000 tahun lampau. Ia dijumpai pada 1985 oleh sekumpulan nelayan semasa menangkap ikan. Para saintis berpendapat bahawa pada 13,000 tahun lampau, lautan masih lagi di bawah paras 400 kaki daripada yang terdapat pada hari ini.

 

 

7.         Runtuhan di perairan Bahamas

Ditemui oleh seorang pakar lautan, Paulina Zelitsky dan rakan sepasukan setelah menggunakan teknologi sonar berkuasa tinggi. Ia mendedahkan sebuah formasi batuan yang bersimetri yang mana terdiri daripada piramid, jalan, lain-lain struktur. Ia dianggar berusia 6000 tahun yang lampau dan kemungkinan lebih lama daripada tarikh tersebut.

Advertisements

Tags:

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: