(PART 1)Dinosaur pernah Hidup bersama-sama Manusia?


Oleh: takusahrisau

Artikel ini diambil daripada blog penulis, www.takusahrisau.com. Penulis ingin mengumpul kembali sejumlah artikel yang dihasilkan di blog tersebut untuk dikumpulkan kesemuanya di SINI. Dianggarkan lebih kurang 100 artikel panjang dan pendek telah di hasilkan di www.takusahrisau.com.

 

Penulis sedar ramai di luar sana sering tertanya-tanya tentang status kewujudan Dinasour dan adakah binatang gigantik ini pernah hidup bersama-sama dengan manusia. Seperti pembaca semua, perkara tersebut sentiasa bermain dalam kotak pemikiran penulis. Banyak kajian yang penulis lakukan dan hasilnya tetap sama-BUNTU. Namun, ada beberapa perkara dan fakta yang boleh penulis kongsikan. Harapan penulis, fakta tersebut tidak mengundang sebarang kontroversi apatah lagi sensasi. Cuba hayati dahulu fakta yang penulis ingin sampaikan.

 

1.         Hava Supai Canyon (Arizona, Amerika Syarikat)

Kurator arkeologi di Oakland (California) Museum of Natural History, Dr. Samuel Hubbard telah menjumpai sebuah lukisan di dinding ngarai di Hava Supai Canyon dekat Arizona, Amerika Syarikat. Lukisan tersebut menggambarkan seekor Tyrannosaur. Beliau yang juga berkerja untuk Doheny Scientific Expedition telah menjumpainya pada November 1924.

Bersama-sama lukisan tersebut adalah lukisan fauna yang lain seperti Ibex, kuda, rusa, dan burung. Penemuan tersebut menimbulkan seribu tanda tanya samaada manusia pernah hidup bersama-sama dengan Dinasour atau sebaliknya.

 Lukisan pada dinding ngarai di Hava Supai Canyon.

 

2.        Big Sandy River (Oregon, Amerika Syarikat)

Seterusnya penemuan lukisan Dinosaur spesies Stegosaurus di Big Sandy River dekat Oregon, Amerika Syarikat. Lukisan cat merah ini sangat mirip dengan Dinasour Stegosaurus yang mempunyai keping-keping daging berbentuk gergaji di belakang badannya.

 

 

 
Lukisan mirip Stegosaurus di Big Sandy River

 

 

 

 

 

 

  

3.        Ica Stone

Dr Javier Cabrera Darquea (1924-2001) telah menemui selonggok batu-batu dengan ukiran yang menarik di sebuah desa terpencil yang dikenali dengan nama Ica, 300 km daripada ibu negara Peru, Lima. Kisahnya bermula apabila seorang warga tempatan menghadiahkan seketul batu berukiran menarik sempena hadiah hari lahirnya. Beliau terpaku apabila melihat ukiran ikan yang pada batu tersebut adalah ikan yang telah lama pupus. Untuk lebih mengetahui, beliau yang juga seorang doktor telah menanyakan lokasi batu-batuan tersebut. Seorang warga tempatan telah mendedahkan lokasi batu-batuan tersebut. Beliau bersama-sama warga tempatan tersebut telah menjumpai sejumlah batu-batuan di dalam sebuah gua di desa Inca.

Setelah meneliti sejumlah batu-batuan yang dipungut, beliau terkejut apabila terdapat beberapa memaparkan manusia sedang menunggang pelbagai spesies Dinasour seperti Brontosaurs, Stegosaurs, Tyrannosaurs and Pterodactyls.

 Antara batu yang dijumpai oleh Dr. Javier Cabrera Darquea.

 

Batu tersebut adalah batu jenis keras dan sukar untuk diukir. Ukiran pada batuan tersebut hanya ditoreh dengan menggunakan teknik oxidized carve.

 Dr. Javier Cabrera Darquea bersama-sama batu yang ditemuinya.

 

Rekod pertama mengenai penemuan batu seumpama ini direkodkan pada 1525 apabila seorang mubaliqh Jesuit, Padre Simon telah menjumpai dan membawanya pulang bersamanya di Sepanyol pada 1562. 

 

 

 Lukisan manusia menunggang Pterodactyls.

 

 

 

 

4.        The Acambaro figurines

Pada Julai 1945 (beberapa sumber menyatakan pada 1944), seorang pendatang daripada Jerman ke Mexico, Waldemar Julsrud(1875-1952) telah menemui beberapa patung tanah liat di kaki Gunung El Toro di Acambaro, Guanajuato. Patung yang ditemui Julsrud sangat mengejutkan ramai pengkaji dan peminat arkeologi kerana bentuknya yang sama dengan spesies Dinasour,Tyrannosours!.

 Patung Acambaro yang menyerupai Dinasour spesies Stegosaurs.

 

Charles Hapgood(1904-1982), pakar sejarah daripada Keene College(New Hampshire) telah menyatakan bahawa patung tersebut adalah asli dan mempunyai tarikh karbon berusia 6500 tahun. Charles Hapgood adalah antara individu pertama yang mendedahkan keunikan peta Piri Reis. (klik SINI untuk maklumat lebih lanjut mengenai Peta Piri Reis)

 

bersambung..

Tags:

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

One response to “(PART 1)Dinosaur pernah Hidup bersama-sama Manusia?”

  1. abiq87 says :

    memand manusia hdup sezaman dngn dinasour la..sbb dlm al-quran ad certakan pasal kejadian langt n bumi..lps 2 djadikn tumbuh2han serta haiwan2..pas 2 bru adam dturunkn ke b umi..xkan dalm al-quran nk tulis dinasour..kan perkataan dinasour 2 berasal dr amerca latin rase aku la..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: