Benarkah Jack the Ripper adalah Jose Rizal,pejuang kemerdekaan Filipina!


Oleh: takusahrisau

Artikel ini diambil daripada blog penulis, www.takusahrisau.com. Penulis ingin mengumpul kembali sejumlah artikel yang dihasilkan di blog tersebut untuk dikumpulkan kesemuanya di SINI. Dianggarkan lebih kurang 100 artikel panjang dan pendek telah di hasilkan di www.takusahrisau.com.

Siapakah Jack the Ripper ?

Jack the Ripper  adalah gelaran bagi seorang pembunuh yang bermaharajalela sekitar tahun 1888. Nama Jack the Ripper  diberikan oleh media yang sering melaporkan berita jenayah Jack the Ripper . Nama lain bagi gelaran Jack the Ripper  adalah Leather Apron  dan Whitechapel Murderer.

Sehingga kini, Jack the Ripper  masih diselubungi misteri. Identiti sebenar Jack the Ripper  tidak pernah ditemui. Malah, tuan empunya diri juga tidak pernah tertangkap. Disebabkan Jack the Ripper , nama baik Scotland Yard tercemar teruk ketika itu. Ini sangat memalukan kerana pada ketika itu mereka dikenali sebagai pasukan polis paling cekap di dunia.

Jack the Ripper direkodkan telah membunuh lima orang wanita yang kesemuanya adalah pelacur sekitar 31 Ogos 1888 bersamaan hari Jumaat sehingga 9 November 1888 bersamaan hari Jumaat.


 (Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Mangsa pertama Jack the Ripper  adalah Mary Ann Nichols yang dibunuh pada 31 Ogos 1888 di Buck’s Dow(sekarang dikenali sebagai Dunward Street) . Mangsa kedua pula adalah Annie Chapman pada 8 September 1888 di Hanbury Street, Spitalfields. Seterusnya, mangsa ketiga Jack the Ripper  adalah Elizabeth Stride dan Catherine Eddowes pada 30 September 1888. Mayat Elizabeth Stride dijumpai di Dutfield’s Yard. Manakala Catherine Eddowes dijumpai pula di Mitre Square, di tengah kota London. Mangsa terakhir Jack the Ripper  adalah Mary Jane Kelly yang ditemui mati di dalam bilik di 13 Miller’s Court, luar Dorset Street, Spitalfields pada pagi Jumaat 9 November 1888.

Miskipun Jack the Ripper  hanya membunuh lima orang sahaja, namun modus operandi Jack the Ripper  cukup mengemparkan dunia jenayah pada ketika itu. Jack the Ripper  bukan sahaja membunuh mangsa-mangsanya tetapi juga mengeluarkan organ, menyiat kulit mangsa dan menikam secara bertubi-tubi pada seluruh tubuh mangsa.

 

Siapa Jack the Ripper  yang sebenarnya?

Kali ini penulis ingin merungkai satu misteri yang menyelubungi identiti Jack the Ripper . Seperti yang tertera pada tajuk di atas, penulis pasti ramai pembaca terkejut dengan pendedahan ini. Namun, penulis benar-benar mengharap pembaca berlapang dada dan meminta supaya membaca satu persatu fakta dalam artikel ini.

 

Pembaca mungkin meminati (Gambar) Penemuan ‘Pengkalan’ di Planet Marikh!

 

Jose Rizal  adalah Jack The Ripper ?

Jose Rizal


 

Adakah ia satu kebetulan atau takdir, Jack the Ripper  dikatakan adalah bapa kemerdekaan Filipina, Jose Rizal  atau nama penuhnya, Dr. José Protasio Rizal Mercado y Alonso Realonda. Hero Filipina yang dilahirkan pada 19 June 1861 ini memiliki kebetulan yang cukup ketara dengan individu misteri, Jack the Ripper . Antara kebetulan yang membuatkan Jose Rizal  dikaitkan dengan pembunuh digelar Jack the Ripper  ini adalah:

1.         Ketika mana berlakunya pembunuhan Jack the Ripper  sekitar tahun 1888, Jose Rizal  berada di London daripada May 1888 sehingga January 1889. Rizal sampai di Britain dengan menggunakan kapal City of Rome. Jose Rizal  direkodkan tinggal bersama keluarga Beckett 37 Chalcot Crescent di Camden, London. Pada siang hari, Rizal sentiasa berada di Perpustakaan British untuk menyalin menggunakan tangan sebuah buku bertajuk ‘Sucesos de las islas Filipinas’. Rizal turut berkerja di situ selama berada di London.

2.         Aktiviti malam Rizal diselubungi misteri. Rizal dikatakan hilang pada waktu malam terutamanya pada malam minggu. Jika dilihat kepada mangsa-mangsa yang dibunuh oleh Jack the Ripper , mangsa kesemuanya dibunuh pada malam minggu iaitu samaada hari Jumaat, Sabtu ataupun Ahad. Logiknya mengaitkan Rizal dengan pembunuhan itu adalah malam minggu adalah malam yang paling lapang bagi seorang yang sibuk seperti Jose Rizal .

3.         Dilihat melalui pembunuhan Jack the Ripper , penyiasat daripada Scotland Yard tidak ragu-ragu menyatakan bahawa pembunuh adalah seorang yang mempunyai asas perubatan dan pembedahan yang kukuh. Dengan kata lain, pembunuh semestinya seorang yang pernah belajar secara formal untuk membedah manusia. Mayat-mayat yang ditemui kelihatan dibedah dengan elok dan menggunakan pisau yang cukup tajam. Mangsa seperti Eddowes misalnya, badan beliau kelihatan dibedah dengan baik di bahagian buah pinggang. Manakala Mary Jane Kelly dibedah di bahagian jantung dengan tertib.

Jika dilihat daripada sudut Jose Rizal , Rizal adalah pelajar perubatan dan merupakan seorang doktor. Beliau pernah melanjutkan pelajaran di University of Santo Thomas Fakulty of Medicine and Surgery dalam kepakaran Ophthalmology. Walaubagaimanapun, beliau tidak sempat menghabiskan pengajian di situ akibat sikap diskrimasi yang menebal di kalangan masyarakatnya. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Universidad of Central Madrid dan berjaya memperoleh Ijazah Kedoktoran. Tidak terhenti di situ, Rizal melanjutkan pengajian dalam bidang yang sama di University of Paris dan University of Heidelberg dan memperoleh Ijazah Kedoktoran Kedua(Second Doctorate). Ini bermakna, Rizal adalah seorang yang terlatih dalam bidang perubatan dan pembedahan. Untuk mengaitkan Jack the Ripper  dan Jose Rizal , ia adalah amat kukuh dan logik.

3.         Sebelum pembunuhan Elizabeth Stride telah dilihat oleh beberapa saksi bahawa beliau kelihatan berjalan dengan seorang lelaki yang baik pemakaiannya dan berkulit sedikit gelap. Adakah itu Jose Rizal ? Jose Rizal  diketahui bahawa mempunyai kulit yang sedikit gelap, berambut hitam pekat dan sentiasa menjaga ketrampilannya. Adakah yang dilihat oleh saksi itu adalah sebenarnya seorang lelaki yang bernama Jose Rizal ?

4.         Jose Rizal  diketahui sebagai seorang yang bagus dalam seni mempertahankan diri, pandai menggunakan senjata seperti pedang dan pisau serta mahir dalam sukan ‘fencing’. Ia melengkapkan ciri-ciri yang ada pada Jack the Ripper  seperti yang didakwa oleh polis penyiasat Scotland Yard. Menurut polis penyiasat tersebut, Jack the Ripper  merupakan seorang yang amat cekap dan tangkas sehingga boleh membunuh dua individu dalam satu malam tanpa dapat dikesan oleh sebarang saksi dengan tepat. Tindakan Jack juga tangkas mirip seorang yang mahir dalam seni mempertahankan diri.

5.         Rizal pada ketika itu berumur sekitar 27 tahun. Jack the Ripper  digambarkan mempunyai usia yang lebih kurang sama dengan Rizal.!

6.         Pembunuhan bersiri Jack the Ripper  terhenti sepenuhnya pada 9 November 1888. Walaubagaimanapun, terdapat desas-desus mengatakan Jack the Ripper  masih lagi membunuh sehingga ke Januari 1889 dan tiada lagi pembunuhan membabitkan Jack the Ripper  selepas itu. Kebetulan untuk kesekian kalinya, Rizal pulang ke tanah airnya pada bulan Januari 1889.!

7.         Dalam satu buku tulisan Stephen Knight yang bertajuk ‘Jack the Ripper : The Final Solution’ pada 1976 memperihalkan satu agenda Freemason dalam pembunuhan Jack the Ripper . Apa kaitannya dengan Jose Rizal ?

Jose Rizal  adalah seorang Freemason yang tulen. Ketika Rizal hidup, ramai rakyat Filipina terutama orang atasan mengetahui hakikat tersebut. Menurut Fred Lamar Pearson yang merupakan Masonic Messenger of Georgia dan Professor of History di Valdosta State University, Valdosta, Ga, Jose Rizal  telah menyertai pertubuhan Freemason melalui Acacia Lodge No. 9, Gran Oriente de España sewaktu belajar di Sepanyol. Apabila belajar di Jerman pula, Rizal dikatakan memohon untuk dinaik darjah Masonik(Masonic Degree). Pada 1884, Jose telah mendapat gelaran Master Mason. Persoalannya, adakah Jose Rizal  yang disebut-sebutkan oleh Stephen Knight?

Jose Rizal dan rakan-rakan masonik beliau.


8.         Akhir sekali, Jack the Ripper  dan Jose Rizal  mempunyai akronim yang sama iaitu, J.R. J untuk Jack mahupun Jose dan R untuk Ripper mahupun Rizal. Jack the Ripper  adalah gelaran yang diberi oleh wartawan setelah satu surat daripada Jack the Ripper  kepada pihak penyiasat Scotland Yard ditandatangani dengan nama Jack the Ripper . Jika benar surat itu ditulis oleh Jack the Ripper , adakah pembunuh tersebut sengaja memberi simbolik nama samarannya dengan nama sebenarnya? Jika benar itu yang dilakukan pembunuh, Jose Rizal  adalah kaitan yang paling secocok.!

~Jose Rizal  meninggal dunia setelah dihukum tembak oleh penjajah Sepanyol pada 30 Disember 1896 di Bagumbayan. Rizal diangkat oleh rakyat Filipina sebagai hero kebangsaan dan sehingga kini tapak peringatan untuk Jose Rizal  masih lagi dikunjungi oleh ribuan masyarakat setiap tahun.

 

 

 

Trivia: Jika anda berkunjung di Pameran Madame Tassaud yang menampilkan patung-patung ukiran lilin, anda pasti tidak akan menjumpai satu patung yang bernama Jack the Ripper  miskipun patung-patung penjenayah lain jelas kelihatan. Ini adalah kerana watak Jack the Ripper  masih lagi diselubungi misteri.

Advertisements

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

3 responses to “Benarkah Jack the Ripper adalah Jose Rizal,pejuang kemerdekaan Filipina!”

  1. menn says :

    kawan saya pernah present pasal jack the ripper ni…
    mmg misteri kes ni,..tpi mmg mcm ada kaitan la Jack tu dgn J rizal..
    stylo la bro, u wrote it nicely and i thought u were from CSI bila baca ni..haa

    • takusahrisau says :

      pasal jack the ripper,smemangnya die ni insan paling bermisteri pernah dilahirkan di dunia..sehingga ada satu teori mengatakan jack the ripper datang daripada Neraka yang diturunkan ke dunia..kalau masih ingat..filem ‘From Hell’ yang dilakonkan oleh Johnny Depp membahaskan teori tak masuk akal ini..

  2. hanzawinuA says :

    boleh jadi jugak kan. sbb Jack the Ripper (JR)- Jose Rizal (JR)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: