Adakah benar Christopher Columbus manusia pertama menemui Benua Amerika?


Oleh: takusahrisau

 Artikel ini diambil daripada blog penulis, www.takusahrisau.com. Penulis ingin mengumpul kembali sejumlah artikel yang dihasilkan di blog tersebut untuk dikumpulkan kesemuanya di SINI. Dianggarkan lebih kurang 100 artikel panjang dan pendek telah di hasilkan di www.takusahrisau.com.

 

Termaktub dalam lipatan sejarah, benua Amerika mula dijumpai oleh pelayar terkenal, Christopher Columbus yang telah berlayar daripada Sepanyol pada 3hb Ogos 1492 setelah berjaya menyakinkan Queen Isabella of Castille.

Columbus membawa tiga kapal kesemuanya iaitu the Pinta, the Nina, dan Santa Maria. Miskipun Columbus mengetuai ketiga-tiga kapal tersebut, Columbus bagaimanapun telah melantik dua kapten yang juga orang kanannya iaitu Martín Alonso Pinzón untuk mengetuai kapal the Pinta dan Vicente Yañez Pinzó untuk mengetuai the Nina. Columbus sendiri mengepalai Santa Maria dalam misi bersejarah itu.

Misi asal Columbus bukannya untuk mencari tanah baru bagi Sepanyol dan Queen Isabella tetapi adalah untuk mencari jalan alternatif ke India. Ini adalah kerana pada masa itu jalan darat telah dikuasai oleh pedagang Islam dan jalan laut dikuasai pula oleh musuh tradisi Sepanyol, Portugis. Jadi, tidak hairanlah apabila Columbus pertama kali menjejakkan kaki ke benua Amerika, beliau terkejut apabila melihat kulit penduduk asli di situ putih kemerah-merahan dan bukannya hitam seperti yang beliau fikirkan. Dengan berharap beliau telah sampai di India, beliau telah menggelarkan penduduk asli tersebut sebagai Red Indian. 

Pada 12hb Oktober 1492, pelayaran Columbus telah berjaya menemui daratan pertama di benua Amerika yang pada hari ini dikenali sebagai San Salvador. Walaubagaimanapun, terdapat ahli sejarah menyatakan daratan pertama yang dijumpai adalah Samana Cay. Sesetengah mereka pula menyatakan ia adalah Plana Cays.

Itu cerita Columbus dan penemuan benua Amerika. Adakah pembaca percaya bahawa Columbus adalah insan pertama yang menjumpai benua Amerika?

Sebenarnya, fakta Columbus menjumpai Amerika adalah karut sama sekali sepertimana Sir Francis Light dikatakan telah menjumpai Pulau Pinang. Mana mungkin mana-mana individu dinobatkan sebagai insan pertama menjumpai sesebuah wilayah sedangkan tempat itu sudah dimiliki dan didiami. Tidak logik dek akal.

Ketika Columbus menjejakkan kaki pertama kali di benua Amerika, penduduk asli benua Amerika bukan sahaja mempunyai tamadun yang tersendiri tetapi mempunyai kekayaan yang melimpah ruah. Oleh yang demikian, dakwaan bahawa bangsa Eropah(Columbus) menjumpai tanah besar Amerika adalah fakta paling karut sejak zaman-berzaman. Kepada ahli akademik dan ahli sejarah, sila betulkan kembali buku teks sejarah yang diajar di sekolah-sekolah. J

Berikut adalah penemuan demi penemuan yang mengesahkan bahawa fakta Christopher Columbus menjumpai benua Amerika adalah KARUT!!

 

1.         Duit Syiling era Rom telah dijumpai di Venezuala dan Maine.

2.         Duit Syiling era Rom telah dijumpai di Texas di bawah timbunan Red Indian di Round Rock. Duit Syiling itu bertarikh 800AD.

3.         Pada 1957, seorang budak telah menjumpai duit syiling bertarikh 490BC di padang berdekatan dengan Pheonix City, Alabama. Duit Syiling itu dipercayai berasal daripada kerajaan Syracuse yang pernah memerintah di Sicily.

4.         Pada 1976, sekeping syiling bertarikh 63AD telah dijumpai di Heavener, Oklahoma yang dipercayai berasal daripada Antioch. Syiling itu tertera wajah Maharaja Nero yang hidup sezaman dengan hawari nabi Isa as iaitu Petros dan Yahya.

5.         Pada 1882, seorang lelaki telah menemui sekeping syiling di ladangnya di Cass Country, Illinois. Syiling itu dipercayai digunakan pada zaman pemerintahan Antiochus IV, seorang raja Rom berketurunan Syria yang memerintah daripada 175BC sehingga 164BC.

6.         Sebuah belanga Rom telah dijumpai di Mexico. Mengikut corak belanga tersebut, ia kemungkinan bertarikh pada abad ke-2.

7.         Pada 1966, seorang lelaki bernama Manfred Metcalf yang sedang mencari batu untuk digunakan untuk barbeque bersama keluarganya terkejut apabila batu yang diambilnya itu tertera tulisan-tulisan kuno. Setelah dihantar ke Institute for the Study of American Cultures, tulisan itu dipercayai tulisan purba yang berasal daripada Crete, Yunani.

 

 
Metcalf Stone
 
8.         Pada 1966, Jules Piccus, seorang professor daripada University of Massachussets telah membeli sebuah buku skrap di jualan lelong di Rhode Island, New York. Dalam buku skrap tersebut terkandung koresponden bertarikh 1872 daripada dua individu iaitu Ladislau Netto, pengarah Museum Nacional of Brazil dan Wilberforce Eames, pengarah New York Public Library. Dalam buku skrap ini terkandung terjemahan daripada lakaran sebuah batu yang dipercayai dijumpai di Pouso Alto, Brazil oleh seorang hamba milik individu bernama Joaquin Alves da Costa. Terjemahan itu adalah seperti berikut:
We are Sidonian Canaanites from the city of the Mercantile King. We were cast up on this distant shore, a land of mountains. We sacrificed a youth to the celestial gods and goddesses in the nineteenth year of our mighty King Hiram and embarked from Ezion-geber into the Red Sea. We voyaged with ten ships and were at sea together for two years around Africa. Then we were separated by the hand of Baal and were no longer with our companions. So we have come here, twelve men and three women, into New Shore. Am I, the Admiral, a man who would flee? Nay! May the celestial gods and goddesses favour us well!”

 

Ukiran di dalam buku skrap tersebut dipercayai adalah bahasa Pheonicia yang telah lama pupus sebelum menjelang abad ke-10.

 Salinan daripada tulisan di Paraiba Stone

 

9.         Seorang Amerika-Sweden, Olof Ohman telah menemui batu seberat 200 pound pada 1898 semasa membersihkan ladangnya di Kensington. Semasa menjumpainya, Olof Ohman menganggapnya adalah batu almanak daripada kaum Red Indian. Namun, setelah dibuat kajian selanjutnya, tulisan pada batu yang dikenali Kensington Stone itu menceritakan tentang ekspedisi kaum Norse di Amerika Utara yang bertarikh 1362-Jauh lebih lama berbanding ekspedisi Christopher Columbus dan Amerigo Vepucci.

 Kensington Stone
 

 

10.       Sebuah batu berbentuk bulat bersaiz sebesar tapak tangan telah dijumpai di tanah perkuburan berhampiran Nashville, Tennessee. Menurut Barry Fell, batu yang tertera simbol misteri itu adalah berasal daripada Libya yang berkembang ketika abad pertama masihi. Barry Fell telah menterjemahkan simbol itu berbunyi;

“The colonists pledge to redeem”

 Lukisan batu yang berbentuk bulat di perkuburan Nashville.

 

11.        Pada 1886, sebuah kapal yang karam telah dijumpai di Galveston Bay, Texas. Penemuan ini sangat berlainan berbanding penemuan kapal karam seperti sebelumnya. Penemuan kapal karam tersebut mengejutkan apabila mendapati ia mirip dengan kapal perang tentera Rom pada awal abad pertama masihi. Penemuan pada 1886 memberi gambaran bahawa wilayah di sekitar Texas telah pun dikunjungi oleh bangsa Rom sebelum Columbus dan anak-anak kapalnya tiba di benua Amerika.

12.       Masih lagi di Galveston Bay, penemuan runtuhan jambatan yang diperbuat daripada balak telah dijumpai di dalam sadimen sedalam 15 kaki. Jambatan daripada kayu balak ini mirip dengan jambatan yang sering dibina oleh bangsa Rom di wilayah-wilayah yang dikuasai mereka.

13.       Di Texas, terdapat suku kaum yang kini telahpun pupus yang digelar Karankawas. Menurut Belfiglio, suku Karankawas berkomunikasi menggunakan dialek yang mirip dengan bahasa latin. Daripada manakah pengaruh bahasa latin tersebut?ia masih menjadi misteri.

14.       Di Palenque iaitu kota tinggalan bangsa Maya terdapat sebuah batu yang dikenali Sarcophagus. Sarcophagus adalah keranda batu yang diperbuat daripada marmar untuk menutup mumia atau mayat raja dan pemimpin tertinggi mereka. Apa yang menariknya, Sarcophagus di Palenque tersebut sangat mirip dengan Sarcophagus di Pheonicia, Lebanon. Bangsa Pheonicia adalah bangsa yang hidup sekitar 500BC dan pernah berhijrah ke Afrika Utara untuk membentuk bangsa Carthage.

 

Salah satu Scarphagus di Paleque.

 

15.       Dan akhir sekali, seorang pakar botani daripada Amerika Syarikat terkejut apabila mendapati terdapat lakaran nanas dan buah-buahan berjus pada sebuah fresco di runtuhan bandar  Pompeii. Untuk pengetahuan pembaca, buah-buahan seperti nanas dan buahan berjus hanya boleh didapati di benua Amerika sahaja sebelum ianya dibawa ke Asia Tenggara pada abad ke-18. Jadi, bagaimana nanas boleh dilukis di Pompeii yang terletak jauh daripada benua Amerika? Jika dilihat daripada sudut realistik, tidak mustahil terdapat hubungan diplomatik antara kedua-dua pihak lama sebelum Christopher Columbus tiba di benua Amerika.

 

 

Jadi, kepada pembaca, setelah membaca fakta-fakta yang diberikan, adakah pembaca percaya bahawa Columbus adalah insan pertama yang menjejakkan kaki ke benua Amerika? Wajarkah sistem pendidikan sejarah di Malaysia menerima bulat-bulat fakta yang dikemukakan oleh orang barat? Penulis tidak mahu memberi jawapan. Biarkan ia menjadi persoalan kepada kita semua.

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: