(Part 2)Pembuktian melalui perdebatan Abu Sufyan dengan Panglima Heraclius!


Oleh: takusahrisau

Bersambung daripada artikel (Part 1) Pembuktian bahawa Isra’ dan Mi’raj memang benar-benar berlaku!

Pembuktian melalui perdebatan Abu Sufyan dengan Panglima Heraclius

 

6 tahun kemudian sekitar 628M, Rasulullah saw telah mengutus salam diplomatik dan dakwah kepada Maharaja Heraclius. Maharaja Heraclius adalah maharaja yang memerintah Rom Byzantine pada masa itu. Rasulullah saw telah mengirim surat yang menimbulkan seribu tanda tanya kepada pemimpin yang lima tahun lebih muda daripada Rasulullah saw tersebut.

Dalam surat tersebut jelas menunjukkan Rasulullah saw mengajak Heraclius dan seisi rakyatnya untuk memeluk Islam. Rasulullah saw juga telah mendakwa beliau adalah Rasul yang diutus Allah swt sepertimana yang Isa as. Heraclius yang terkenal sebagai seorang yang alim perihal Injil telah terkesima. Secara rahsia, beliau telah mengutuskan orang suruhannya untuk merisik apakah benar Muhammad  itu utusan Allah.

Utusan Heraclius telah segera mencari individu daripada tanah Arab Mekah yang berdagang di Syam. Maka, mereka menjumpai Abu Sufyan bin Shakhr bin Harb berserta rakan-rakannya dan dijemput datang ke Istana Maharaja. Selepas itu, terjadilah perdebatan hebat berkisar tentang kerasulan Nabi Muhammad saw sehingga membuat Heraclius kagum dan hampir sahaja terdetik hatinya memeluk agama Allah itu.

Seusai perdebatan hebat itu, maka terjadi pula perdebatan lain antara Heraclius dan Abu Sufyan. Al-Hafizh Abu Nu’aim al-Ashabani(wafat 430H) meriwayatkan dalam kitab Dalaa-ilun Nubuwwah daripada Muhammad bin ‘Umar al-Waqidi. Selesai perdebatan yang melibatkan pertanyaan-pertanyaan hebat Heraclius kepada Abu Sufyan seperti yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam shahih mereka, maka terjadi pula penawaran Abu Sufyan untuk menceritakan mengenai Isra’ dan Mi’raj.

Batu Shakrah tempat di mana Rasulullah saw berpijak untuk Mi'raj.

 (Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

“Demi Allah, tidak ada yang menghalangiku untuk mengatakan atasnya sesuatu yang dapat menjatuhkan Muhammad di matanya, kecuali aku tidak ingin berdusta di hadapannya, yang mana dapat menyebabkan namaku tercoreng, lalu dia tidak akan percaya lagi padaku.”

Abu Sufyan melanjutkan lagi, “Sampai akhirnya aku teringat akan kisahnya(Muhammad), ketika di-isra’-kan dan di-mi’raj-kan.”

 Aku pun berkata kepada, “Wahai raja, sudikah aku khabarkan kepadamu tentang sesuatu berita yang engkau sendiri akan memastikannya sebagai sebuah kebohongan?”

“Berita apakah itu?”, tanya Heraclius dengan penuh tanda tanya.

“Sesungguhnya Muhammad telah mengaku kepada kami bahawa dia telah keluar daripada tanah kami, tanah Haram pada satu malam, lalu tiba di masjid kamu ini, iaitu Masjid Iliya(nama lain bagi Masjdil Aqsa di Baitul Maqdis). Kemudian, pada malam itu juga, dia kembali ke tengah-tengah kami sebelum tiba waktu Subuh”

Lalu mencelah seorang panglima Maharaja Heraclius yang berada di sisi Heraclius. Beliau adalah panglima daripada Juruselam dan tahu benar apa yang terjadi sekitar berlakunya Isra’ dan Mi’raj.

Panglima itu berkata, “Aku tahu apa yang berlaku pada malam itu”

Sambil memandang kepadanya, Heraclius bertanya, “Apa yang kamu ketahui tentang peristiwa itu?”

Panglima itu terus menyahut tanpa ragu-ragu, “Sesungguhnya aku tidak tidur pada malam hari sehingga aku mengunci seluruh pintu masjid. Namun, pada malam itu seluruh pintu masjid telahku kunci kecuali satu pintu yang tidak dapat aku tutup.”

“Maka aku meminta orang bawahanku serta orang yang berada di sana untuk menutupnya, namun ajaibnya kami tidak dapat langsung menggerakkanya, seakan-akan kami telah menggerakkan sebuah gunung.”

Lalu aku telah memanggil seorang ahli dalam bangunan. Setelah memeriksanya, mereka mengatakan,

“Pintu ini telah dijatuhi nijaf (bangunan di atas atas pintu) dan kami tidak dapat menggerakkannya kecuali pada pagi keesokkannya kerana kami harus melihat terlebih dahulu di mana kerosakannya.”

Panglima kepada Heraclius itu terus melanjutkan pembicaraanya dengan berkata,

“Maka aku pun pulang dan membiarkan dua pintu itu terbuka. Keesokkan harinya aku pergi untuk melihat kembali kedua daun pintu tersebut. Ternyata batu yang ada di sebelah masjid telah berlubang dan di situ aku menemui bekas tempat mengikat tunggangan”

Aku berkata pada teman-temanku, “Hanya seorang Nabi pintu ini tidak dapat ditutup, dan Nabi itu solat di masjid kita ini”

Masjid Aqsa atau dikenali dengan Masjid Iliya

Pengalaman yang diceritakan oleh panglima kepada Heraclius ternyata besar makna kepada umat Islam. Malah, Heraclius sendiri kagum dengan pengalaman tersebut. Sebagai umat Islam, ambillah iktibar daripada setiap pembuktian tersebut. Sesungguhnya peristiwa Isra’ dan Mi’raj memang benar-benar berlaku dan kita tidak boleh mempertikaikannya. Daripada peristiwa Isra’ dan Mi’raj terkandung kisah-kisah yang wajib diambil pengajaran. Isu perjalanan kerohaniah Rasulullah saw samaada melalui alam roh mahupun jasad tidak perlu dijadikan menjadi medium perdebatan kerana ia langsung tidak penting. Yang penting adalah pengajaran daripada peristiwa tersebut.

Artikel ini ditulis merujuk kepada kitab Shahih Ibnu Kathir Jilid 5.

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: