Kebodohon ulasan selebriti sepanjang tragedi Gempa Bumi dan Tsunami Jepun!


Oleh: takusahrisau

 

Orang tua-tua pernah berpesan, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Rupa-rupanya, pepatah itu banyak signifikannya dengan kehidupan kita pada hari ini.

Setelah berlakunya bencana gempa bumi dan tsunami di Jepun baru-baru ini, ramai selebriti terkenal di dunia mula mengambil kesempatan untuk memberi komen dan membuat ulasan di media interaksi terkini seperti facebook dan twitter. Apa yang memeranjatkan sebenarnya adalah komen dan ulasan negatif kebanyakkannya berkisar di kalangan selebriti negara kita, Malaysia.

Bukan komen dan ulasan negatif yang mereka utarakan, tetapi penyampaian mereka telah diterima dengan komen dan kritikan negatif oleh masyarakat Malaysia dan dunia. Mengapa perkara sebergini berlaku?apakah tahap IQ dan EQ rakyat Malaysia cukup rendah?

Penulis tidak mahu komen panjang lebar kerana terdapat individu yang tersenarai nanti adalah orang politik di negara ini. Diingatkan bahawa, laman blog penulis bukanlah medan mengkritik sesiapa, dan bukan pula medan penulisan artikel berunsurkan politikus. Laman blog ini hanya untuk menghuraikan fakta dan medium perkongsian ilmu. Dengan kata lain, laman takusahrisau! adalah neutral daripada mana-mana suara politik.

Oklah, tidak perlu bercakap banyak lagi pasal perkara ini. Apa kata kita tengok dahulu beberapa individu yang boleh dikategorikan dungu dalam komen dan ulasan mereka berkisar tentang gempa bumi dan tsunami di Jepun baru-baru ini. Check it out..

 

1.         Fizz Fairuz

Pelakon drama fenomena, Nur Kasih ini telah mengeluarkan satu komentar di laman sosial, Twitter dengan ayat berbunyi,

Manalah ultraman n(‘and’) power ranger n(‘and’) doreamon dlm(dalam) saat2(saat-saat) genting tsunami di Jepun..

 

Komentar beliau menjurus kepada tragedi tsunami di Jepun pada 11 March yang lepas. Miskipun niatnya hanya untuk melawak miskipun tidak berniat untuk melukakan hati masyarakat Jepun. Namun ia tetap menyalahi tatasusila berkomunikasi. Tambahan pula beliau adalah selebriti terkenal tanah air(miskipun bukan di dunia) dan beliau perlu menunjukkan tauladan yang baik kepada masyarakat yang memujanya sesuai dengan wataknya dalam Nur Kasih.

Kepada Fizz Fairuz, ambillah iktibar daripada watak yang kamu lakonkan itu.

Komen sebergini perlu dielakkan oleh selebriti yang popular seperti Fizz Fairuz.

 

 

2.        Karikatur Berita Harian

Yang ini lagi dungu. Mengapa?

Pembaca boleh lihat sendiri gambar di bawah. Macam mana editorial menjalankan tugas dengan melepaskan seorang kartunis yang dipercayai memiliki gelaran Zoy ini meletakkan lukisannya di dada akhbar mereka. Gambar karikatur ini telah pun tersebar di laman sosial twitter dan facebook dan telah mendapat komen negatif daripada berita portal antarabangsa, CNN.

Perkara sebergini sebenarnya perlu dielakkan kerana Malaysia sebenarnya mempunyai hubungan yang cukup-cukup akrab dengan Jepun. Malaysia dan Jepun adalah rakan dagang yang sepakat. Pasaran industro automobil Jepun juga berkembang pesat di Malaysia dan Syarikat automobil Malaysia iaitu Proton dan Produa juga mempunyai hubungan seperfahaman dengan Jepun. Dengan kata lain, ekonomi Malaysia bergantung hampir 30 peratus dengan Jepun dan anda sebagai rakyat Malaysia patut risau dengan apa yang berlaku di Tokyo dan Jepun.

Hanya orang dungu sahaja boleh bersatira dan bermain api dengan tragedi yang berlaku di Jepun.!

Karikatur Berita Harian. Apa yang pembaca fikirkan apabila lihat karikatur seperti ini?

 

 

  

3.        Rosmah Mansur

Ramai mengaku terkejut terhadap ulasan daripada seorang individu terkenal seperti Rosmah Mansur yang memberi komen cukup ‘bernas’ semasa seorang wartawan menemuramahnya semasa program Walk for Children baru-baru ini.

Rosmah Mansur yang juga isteri kepada perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak telah mengeluarkan komen berkisar mengenai tragedi di Jepun baru-baru ini. Apa yang difahami adalah, Rosmah telah berkata bahawa tragedi tsunami dan gempa bumi di Jepun berlaku akibat kelalaian negara tersebut melaksanakan pembangunan mesra alam.!

Beliau juga menambah bahawa malapetaka yang meragut beribu-ribu nyawa tersebut perlu dijadikan pengajaran kepada seluruh masyarakat Jepun dan dunia serta mengaitkannya dengan pembangunan pesat sebagai punca kepada bencana alam tersebut.

Kemungkin wanita pertama Malaysia ini ingin memberi sisi komen yang berlainan bagi memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia supaya menghargai alam sekitar sesuai dengan program yang dihadirinya itu namun ia tetap menyalahi etika berkomunikasi terutamanya apabila anda adalah seorang yang memiliki gelaran wanita pertama Malaysia.

 

 

 

4.        Gilbert Gottfried

 

Seorang Pelawak, Gilbert Gottfried telah dipecat daripada syarikat insuran terbesar di dunia selepas mempersendakan bencana gempa bumi dan tsunami yang sedang berlaku di Jepun di laman microblogging Twitter.

 

Gilbert bekerja sebagai orang di belakang maskot Aflac Inc iaitu Aflac duck. Pelawak itu telah mempersendakan bencana Jepun melalui akaun twitter maskot syarikat insuran tersebut Aflac Duck. Lantaran itu syarikat berkenaan telah mengambil keputusan untuk menamatkan kontraknya.

 

“Ulasan Gilbert baru-baru ini tentang krisis bencana di Jepun tidak lucu dan tentu sekali ia Gilbert Gottfried.” kata Michaeal Zunda, Timbalan Presiden merangkap ketua pegawai pemasaran syarikat tersebut.

Gilbert Gottfried dan Alfac Duck

 

 

 

 

 

Terlanjak perahu boleh diundur, terlanjak kata buruk padahnya! Apa yang dilihat adalah hanya seorang sahaja individu yang terkesan dengan apa yang dibuat dan diucapkan oleh mereka. Individu yang dimaksudkan adalah Gilbert Gootfried. Dan Gootfried bukan daripada Malaysia. Satu-satunya yang bukan daripada Malaysia daripada senarai pendek tersebut. Malu rasanya hamba!

Advertisements

Tags: , , , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

One response to “Kebodohon ulasan selebriti sepanjang tragedi Gempa Bumi dan Tsunami Jepun!”

  1. son goku saiya says :

    tsunami tu,kuasa alam la.. takde kene mengena dgn alam sekitar(pembangunan mesra alam). kalu gitu,mna2 negara yg brpotensi kne tsunami,tanam la pokok bnyk2,ye la…mesra alam.. kalu nk kena,tak bleh elak la.. apa la dia ni,main ckp je.. pikir la..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: