(Gambar) Pendaratan D-Day!


Oleh: takusahrisau

 

Pendaratan D-Day adalah peristiwa paling bersejarah semasa Perang Dunia Kedua. Ada beberapa sebab mengapa ia sentiasa diingati. Yang pertama, ia disebabkan oleh statusnya sebagai pendaratan amfibia terbesar dalam sejarah. Seramai 175,000 tentera berikat daripada negara-negara sekutu Amerika Syarikat dan Britain telah mendarat di Pantai Normandy pada 6hb June 1944.

Yang Kedua adalah, D-Day diingati kerana ia menjadi ‘pembuka jalan’ kepada kekalahan satu persatu pakatan Paksi di Eropah. Benteng yang dibina oleh Hitler, Atlantic Wall gagal membantu Nazi mengekalkan kekuatan pertahanan disebabkan besarnya gerombolan tentera-tentera pakatan Berikat.

Yang Ketiga adalah, D-Day adalah perancangan yang cukup teliti dan berhati-hati. Jika mereka tersilap, Jerman Nazi akan segera melaksanakan strategi ampuh mereka iaitu Blitzkrieg. Dan mereka tidak mungkin mampu menawan Berlin kelak. Terdapat lima pendaratan yang diberi kod-kod tertentu iaitu Omaha, Utah, Gold, Sword dan Juno. Sekiranya tempat pendaratan ini terbongkar, maka mereka tiada cara lain untuk menawan Normandy melainkan terpaksa membatalkannya.

Operasi yang cukup teliti ini dikenali dengan nama kod, Operation Overlord. Walaubagaimanapun, fasa serangan pakatan Berikat dikenali dengan nama kod, Operation Neptune.

Pendaratan D-Day memakan korban yang tidak kurang banyaknya. Seramai 10,000 orang tentera Berikat maut di tangan tentera Nazi Jerman yang bertahan sebanyak 10,000 orang.

Tentera Nazi Jerman pula terkorban dalam lingkungan seramai 4000 hingga 9000 orang. Kebanyakkannya disebabkan oleh bom-bom yang dijatuhkan oleh pesawat tentera Berikat daripada udara.

Apapun, tidak lengkap jika tidak menyaksikan imej-imej bersejarah yang dirakamkan semasa pendaratan D-Day.

 

Tentera daripada 3rd Division berlari menuju ke pantai di selatan Perancis.

Pemandangan setelah 3 minggu sejak pendaratan D-Day pada 1944.

Krew Mortar sedang bersiap sedia.

 

Komando Airborne Amerika Syarikat.

Tentera Berikat menggunakan radio wayerles untuk berkomunikasi.

Tentera Amerika sedang mendarat di pantai Normandy.

Tentera Amerika semasa mendarat di pantai Utah.

Suasana genting sebelum mendarat di pantai Normandy.

permandangan daripada udara.

Penggunaan kereta kebal selepas berjaya menumpaskan benteng pertahanan Nazi Jerman di Atlantic Wall.

Pemandangan di udara yang menyesakkan.

B-26 melaksanakan tugasnya menggugurkan bom pada awal pagi bagi untuk memudahkan operasi pendaratan amfibia.

Kapal perang tidak terkecuali daripada memberi bantuan.

Tentera Berikat yang cedera dipapah oleh rakan-rakan mereka.

Bot dua hala memudahkan urusan pendaratan amfibia.

Tentera Berikat cuba untuk merebahkan diri akibat suasana gempa akibat letupan demi letupan.

Pantai Utah menyaksikan pelbagai alatan dan kemudahan ketenteraan pihak Berikat berjaya didaratkan.

Suasana kelam-kabut akibat pertempuran hebat antara kedua-dua belah pihak.

Pendaratan yang tanpa dihujani peluru, tidak seperti di pantai Omaha.

Bersiap sedia untuk melepaskan mortar ke kubu musuh.

Advertisements

Tags: , , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: