Akhirnya Eastern Cougar diistiyhar PUPUS!


Oleh: takusahrisau

 

Setelah sekurang-kurangnya 80 tahun dilihat kelibatnya, Eastern Cougar akhirnya diistiyharkan pupus secara rasmi. Haiwan yang terkenal dengan warna bulunya yang perang kekuning-kuningan itu telah berada dalam senarai spesies terancam sejak 1973.

Taksidermi(awet) Eastern Cougar yang dipercayai dibunuh kali terakhir di Pennysylavia pada 1874 oleh Thomas Anson.

 

 

 

 

Walaubagaimanapun, penyelidik daripada U.S Fish and Wildlife Service (FWS) telah menyatakan bahawa haiwan yang sangat sukar untuk ditangkap ini telah pun pupus sejak tahun 1930-an.

Jurucakap kepada FWS, Martin Miller,

“Kami tiada maklumat untuk menyokong Eastern Cougar masih lagi wujud”

Miskipun bergitu, Agensi Pesekutuan menerima laporan penampakan Eastern Cougar beberapa tahun lalu. Namun, selepas dianalisis maklumat yang diterima, mereka menyatakan bahawa ‘Eastern Cougar’ yang dilihat tersebut adalah subspesies bagi Eastern Cougar seperti South America Wild Cat atau Kugar liar daripada wilayah Barat yang tersesat.

Menurut Cougar Rewilding Foudation, Eastern Cougar juga dikenali sebagai puma, panther, catamount dan mountain lion. Tambah pertubuhan yang diasaskan bagi meraih kesedaran masyarakat mengenai Eastern Cougar,  sejak amal yang diwujudkan pada tahun 1998, mereka tidak mendapat sebarang maklumat mengenai kewujudan Eastern Cougar.

 

~ Satu persatu haiwan-haiwan di dunia ini pupus. Penulis tidak hairan apabila Harimau Belang(Panthera tigris malayensis) yang berhabitat di hutan Malaysia juga akan pupus pada satu hari nanti. Mana tidaknya, hutan di Malaysia diratakan untuk tujuan pembangunan dan penerokaan bagi meraih keuntungan. Tahukah anda, Malaysia dan Brazil adalah antara negara yang diperhatikan daripada jauh oleh beberapa agensi daripada luar kerana disyaki melakukan ‘perkhianatan’ terhadap habitat haiwan liar.!

 

Harimau Malaya menjadi simbol kekuatan rakyat Malaysia. Jangan biarkan haiwan ini pupus sepertimana yang berlaku kepada Eastern Cougar di Amerika Syarikat.

 

Advertisements

Tags:

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: