Yutaka Tani..agen rahsia Jepun Perang Dunia Kedua!


Oleh: takusahrisau

 

Kedatangan Jepun ke Malaya yang ketika itu dikuasai British melalui pendaratan amfibia di Kota Bharu pada tanggal 8hb Disember 1941 daripada Saigon sangat mengejutkan pihak British. Pelan pendaratan mereka cukup teliti dan efisien. Miskipun diketahui bahawa British mempunyai kekuatan tentera yang agak lengkap di Malaya, ia bagaimanapun gagal menghalang Jepun untuk menguasai Malaya dalam masa yang cukup singkat. Perjalanan tentera Imperialis Jepun(IJA) untuk menguasai satu persatu negeri di Tanah Melayu sangat lancar. Miskipun pada ketika itu hujan lebat ekoran musim tengkujuh, ia langsung tidak memberi sebarang masalah kepada tentera-tentera Jepun.

Persoalannya sekarang, bagaimana tentera Jepun dapat mengetahui dengan baik selok-belok faktor geografi, logistik mahupun kekuatan British di Malaya sehingga berjaya menumpaskan tentera-tentera British dengan bergitu mudah?

Jawapannya cukup mudah, RISIKAN!

 

Perisik Jepun di Malaya

Sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua, populasi warga Jepun di Malaya tersangat ramai terutama di negeri-negeri pantai timur dan Singapura. Ramai antara mereka datang ke Malaya sebagai pedagang, peniaga, editor akhbar, diplomat dan tidak kurang juga terdapat sesetengah mereka bekerja sebagai pelacur-pelacur kelas atasan.

Pelancong-pelancong daripada Jepun direkodkan berbondong-bondong datang ke Asia Tenggara lama sebelum Perang Dunia Kedua tercetus. Pada masa itu, ia tidak langsung diragui oleh pihak penjajah seperti Belanda di Indonesia, Perancis di Indo-China, Amerika Syarikat di Filipina dan British di Malaya. Tugas intipan dijalankan oleh perisik mereka dengan cukup baik. Daripada sekecil-kecil maklumat sehingga ke maklumat yang paling sulit, semua dikumpulkan untuk memudahkan tugas tentera Imperialis Jepun kelak. Kebanyakan daripada mereka dilengkapkan dengan mesin Cipher(mesin kod rahsia) untuk berhubung bagi menghalang British memintas pesanan mereka.

 

Tatsuki Fuji

Beberapa nama seperti Tatsuki Fuji misalnya, telah melakukan tugasnya sebagai agen rahsia di Malaya dengan cukup licik. Mudahnya Jepun untuk menawan Malaya pada tahun 1941 adalah disebabkan oleh risikan agen Jepun ini.

Segala kekuatan British telah pun dikaji dan diselidik dengan sebaik-baiknya oleh beliau. Tatsuki Fuji sebenarnya adalah seorang editor di Singapore Herald. Dalam masa yang sama, Fuji telah direkrut untuk mengintip setiap kemudahan dan kekuatan tentera British di Singapura dan Malaya. Profesion beliau sebagai wartawan memudahkan tugas rahsia beliau untuk mengintip dan membongkarkan rahsia sulit British.

 

Agen Jepun yang paling berjasa!

Namun, jasa Tatsuki Fuji tidak dapat mengalahkan jasa seorang agen Jepun yang pernah berada di Malaya lama sebelum Jepun melancarkan dasar imperialisme. Jepun perlu berterima kasih dengan agen yang digelar ‘Harimau’ ini. Beliau adalah Tani Yutaka.

 

Yutaka Tani ketika berumur belasan tahun.

 

 

 

 

 

Bersongkok dan bersamping

Tani Yutaka adalah agen Jepun yang pernah menetap di sebuah negeri di pantai timur iaitu Terengganu. Beliau berada di Terengganu lama sebelum perang dunia bermula. Malah, beliau dilahirkan di Hulu Terengganu pada tahun 1910.

Rumah Kedai keluarga Yutaka Tani di Hulu Terengganu.

 

 

 

 

 

 

Beliau bersama-sama ibubapanya mencari nafkah dengan membuka kedai runcit secara kecil-kecilan. Kedai runcit warisan keluarga Yutaka tersebut masih lagi terpelihara sehingga terpaksa dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan setelah Malaysia memperoleh kemerdekaan. Bersama-sama bangsa cina, keluarga Tani Yutaka dianggap golongan minoriti di Terengganu. Bangsa Melayu masih lagi mendominasi dari segi populasi di sini. Namun, keluarga Tani Yutaka yang pandai berbahasa Melayu dengan loghat Terengganu dapat menyesuaikan diri dengan situasi sebergitu.

Segak bersongkok dan bersamping.

 

 

 

 

 

 

Tani Yutaka sendiri menggemari adab dan pemakaian orang Melayu. Beliau tidak malu untuk bersongkok dan bersamping sedangkan hakikatnya beliau berbangsa Jepun. Oleh sebab itu, teman-teman Tani Yutaka lebih ramai berbangsa Melayu berbanding bangsa-bangsa lain. Ia kemudian menjadi faktor penyebab mengapa Tani Yutaka berjuang bersama-sama bangsa Melayu untuk menumpaskan British di Malaya semasa era Perang Dunia Kedua kelak.

 

Agen Fujiwara Kikan

Tani Yutaka berkhidmat secara rahsia dengan sebuah agensi risikan daripada Jepun iaitu Fujiwara Kikan atau lebih dikenali dengan gelaran F Kikan. Beliau dikatakan mula dihubungi oleh F Kikan semasa usianya mencecah 19 tahun.

F Kikan ditubuhkan semasa permulaan Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1941 di Thailand. Ia diketuai oleh Major Fujiwara Iwaichi iaitu ketua unit risikan Tentera Imperialis Jepun battalion ke-15.  F Kikan ditubuhkan untuk memujuk gerakan kemerdekaan di India, Indochina dan Malaya bagi bersekutu dengan Jepun. Di Malaya, F Kikan berjaya memujuk beberapa orang Sultan termasuk sultan Kedah untuk memihak kepada Jepun.

Major Fujiwara Iwaichi juga dikenali 'Lawrence of Arabia in Southeast Asia'.

 

 

 

 

 

 

 

F Kikan pernah mengarahkan unitnya untuk menyelamatkan kerabat diraja Sultan Kedah termasuklah Sultan Abdul Hamid dan Tunku Abdul Rahman daripada diapa-apakan oleh tentera Imperialis Jepun. F Kikan juga pernah menghubungi Ibrahim Yaakob bagi berkerjasama dengan Jepun menentang British di Malaya. Ibrahim Yaakob adalah pemimpin utama parti Kesatuan Melayu Muda atau lebih dikenali KMM. KMM adalah antara beberapa organisasi yang berkerjasama dengan Jepun untuk menumpaskan British bagi menjadikan Malaya sebuah negara yang merdeka. Ibrahim telah dilantik oleh Jepun untuk menjadi Leftenan Kolonel kepada pasukan militia anti-British,Giyuugan. KMM dan Giyuugan kemudian diharamkan British selepas kuasa penjajah ini kembali memerintah Malaya setelah Jepun menyerah kalah pada 1945. Ibrahim bertindak ke Jakarta bersama keluarganya dan menukar nama kepada Iskandar Kamel.

 

Gerakan Gerila dan sebotaj

Bergitu juga dengan Tani Yutaka, beliau diarahkan agensi F Kikan bagi melancarkan sabotaj dan perang gerila terhadap tentera British dan sekutunya. Kebanyakan yang sering menjadi mangsa serang berani Tani Yutaka dan pasukan gerilanya adalah tentera upahan British iaitu tentera Gurkha.

 

Dendam terhadap bangsa Cina

Ada sebuah kisah di mana Tani Yutaka bergitu benci kepada bangsa Cina. Ia disebabkan sebuah peristiwa yang menimpa adik perempuan apabila beberapa orang berketurunan Cina yang dipercayai kongsi gelap telah merogol dan membunuh adik perempuannya ekoran tersebarnya kisah-kisah kebrutalan Jepun terhadap bangsa Cina di Tanah Besar.

Kemarahannya memuncak sehingga tujuan asalnya untuk menumpaskan British telah terarah juga kepada bangsa Cina di Malaya. Bersama-sama rakannya yang bersimpati dengan nasib yang menimpanya, Tutaka telah membalas dendam dengan membakar kedai milik orang cina dan tidak terkecuali juga milik orang-orang British. Nama Tani Yutaka mula ditakuti dan disegani oleh orang cina dan British. Gerakan memburunya telah dilakukan namun tidak berhasil.

Adik perempuan Yutaka Tani(paling kanan) dirogol dan dibunuh membangkitkan kemarahannya kepada kaum Cina.

 

 

 

 

 

 

 

 

Malaria meragut nyawa

Disebabkan terlalu terdedah dengan hutan belantara, Tani Yutaka telah dijangkiti demam Malaria yang kemudiannya menjadi penyebab kepada kematiannya. Beliau meninggal dunia pada usia yang masih bergitu muda iaitu dalam lingkungan 32 tahun. Beliau meninggal dunia di Singapura pada 1942. Namun, terdapat sumber mengatakan beliau meninggal dunia di Johor sebelum dibawa ke Singapura untuk dikebumikan di tanah perkuburan khas bagi imigran Jepun.

Persemadian terakhir Yutaka Tani a.k.a Harimau

 

 

 

 

 

 

 

Legasi

Kerajaan Jepun mengambil inisiatif untuk mengenang jasa beliau semasa penaklukan Jepun di Asia Tenggara dengan menerbitkan sebuah filem yang diberi judul Marai No Tora yang membawa maksud ‘Harimau Malaya’. Watak beliau telah dilakonkan oleh pelakon Jepun era 30-an, Koji Nakata.

Filem Marai No Tora diterbitkan pada 1943 mengisahkan pejuangan Yutaka Tani di Malaya.

 

 

 

 

 

 

 

Yang menariknya mengenai filem tersebut ialah budaya Melayu dipaparkan dengan cukup menebal seperti watak Yutaka Tani memakai songkok dan berbaju melayu serta menyanyikan lagu warisan bangsa Melayu, ‘Rasa Sayang’.

Koji Nakata melakonkan watak Yutaka Tani dalam filem Marai No Tora.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

20 responses to “Yutaka Tani..agen rahsia Jepun Perang Dunia Kedua!”

  1. Saffa says :

    mn nk cr muvie yutaka tani nie aiyo

  2. k'rol says :

    Info yang baguslah TT..blog ni pun best jugakkk…tq..

  3. harry says :

    salam. suke dengan blog yg berinfo mcm ni. cara penulisannya, baca pun x boring. keep it up!

  4. shukor kadir says :

    Tuan,
    Saya sedang buat kajian untuk membuat skrip Tani Yutaka untuk difilemkan. Boleh kita berinteraksi?
    Wasallam

  5. Ahmad Fathan says :

    apa khabar x housemate. terbaek blog hg.

  6. uda kota says :

    blog terbaek.. ade facebook x?

  7. Nana Purple Gurlz says :

    Dia ni siapa?Melayu ke Jepun?????

  8. Nana Purple Gurlz says :

    Ohh…

  9. Nana Purple Gurlz says :

    Boleh tahan juga…

  10. Nana Purple Gurlz says :

    Heheeheehee….

  11. Salleh de Ran says :

    Salam Tuan,

    Semoga Allah SWT merahmati tuan dan diberikan kemuliaan dunia dan akhirat.

    Saya bercadang hendak menulis novel Harimau Malaya, namun saya menjadi keliru dengan dua cerita yang berbeza. Pertama: General Yamashita. Kedua: Tani Yutaka. Bagaimana saya boleh memperoleh info detail berkenaan dua tokoh ini? Barangkali tuan dapat membantu saya merealisaikan hasrat saya ini. Sebarang maklumat mohon emel kepada saya di sallehderan@yahoo.com

    Terima kasih tuan,

  12. Admin - KZ says :

    Reblogged this on We Want The Truth.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: