20 Fakta mengenai Henry Ford yang WAJIB pembaca ketahui!


Oleh: takusahrisau

 

Henry Ford

1.         Henry Ford dilahirkan pada 30hb Julai 1863 di Greenfield Township, Dearborn, Machigan, Amerika Syarikat.

2.         Bapa Henry Ford, William Ford adalah seorang pendatang daripada England Barat manakala ibunya, Mary L. Ford pula berasal daripada Michigan namun bapa kepada ibunya adalah pedatang daripada Belgium. Ibu Ford meninggal dunia ketika umurnya masih lagi kecil dan ia diambil sebagai anak angkat oleh jirannya.

3.         Ford menganut fahaman Prostestan Episcopal sesuai dengan latar belakang bapanya yang berasal daripada barat England. Pada usia remaja, Ford adalah penganut Kristian yang taat. Beliau sanggup menempuh perjalanan 4 batu untuk ke Gereja Kristian Prostestan Episcopal pada setiap Ahad.

4.         Henry Ford hanya mempunyai seorang anak lelaki iaitu Edsel Ford. Kerana sayangnya Ford kepada satu-satunya cahaya mata hasil perkongsian hidup beliau dengan Clara Ala Bryant, Ford menamakan salah satu model Ford dengan nama Ford Edsel.

Henry Ford dan bidang kejuruteraan

5.         Henry Ford sememangnya dilahirkan untuk menjadi jurutera yang berjaya. Segala-galanya bermula selepas bapa Ford menghadiahkannya sebuah jam poket semasa usianya menginjak 15 tahun. Ford langsung tidak berminat untuk menggunakannya tetapi lebih berminat kepada mekanisme jam poket tersebut. Lantas ia membuka satu persatu jam poket tersebut dan melihat bagaimana ia berfungsi. Setelah mahir, Henry Ford telah mengambil upah untuk membaiki jam poket dan jam rumah jiran-jiran dan rakan-rakannya.

6.         Henry Ford telah menjadi seorang jurutera seawal usia 19 tahun di James F. Flower & Bros dan kemudian di Detroit Dry Dock Co. Pada usia beliau mencecah 28 tahun, Ford telah diambil bekerja di Edison Iluminating Company. Inilah detik permulaan keakraban antara Ford dan Thomas Alva Edison.

7.         Ciptaan pertama Ford adalah Quadricycle pada 1896. Quadricycle adalah kenderaan ringan empat tayar seakan-akan basikal tetapi berkuasa gasolin. Ia adalah langkah pertama Ford untuk menjadi seorang perintis kenderaan bermotor yang paling berjaya dalam sejarah.

Quadricycle yang dicipta Ford pada 1896.

Henry Ford dan Model T-Ford

8.         Henry Ford menubuhkan Ford Motor Company pada 1903 dan pada 1908, Ford memperkenalkan Model T-Ford kepada dunia. Pada 1924, 10 juta model T-Ford telah terjual di seluruh Amerika Syarikat lantas menjadikan Detroit sebagai pusat industri automobil terkenal di dunia.

9.         Seringkali kita diperlihatkan Model T-Ford dalam warna hitam sahaja. Namun, tahukah anda Henry Ford juga mengeluarkan model T-Ford dalam beberapa warna. Dan di bawah adalah Model T-Ford dalam warna hijau.! Cantik juga kan?

Model T-Ford yang berwarna hijau

Henry Ford dan Assemble Line

10.       Antara punca kejayaan Henry Ford dalam industri pemotoran adalah kerana pengenalan kepada produktiviti besar-besaran yang dilakukan Ford selepas ciptaan Assemble Line pada tahun 1913. Pada hari ini, Assemble Line yang dicipta oleh Ford telah menjadi satu kemestian dan kewajipan dalam mana-mana industri di dunia.

11.        Henry Ford mungkin boleh disanjung dengan pengenalan Fordism. Fordism adalah istilah yang mengaitkan Ford dengan budaya industry Ford dalam penghasilan besar-besaran menggunakan barangan yang menjimatkan. Manakala, gaji pekerja pula tinggi dan setimpal dengan beban kerja. Fordism juga antara lain memperkenalkan waktu berkerja 8 jam sehari yang kemudian menjadi isu pertama dalam penubuhan Akta Buruh pada kemudian hari. Menurut Ford, dengan gaji yang tinggi, pekerja di kilang-kilang Ford bakal menjadi pembeli utama kereta model T-Ford yang dihasilkannya. Falsafah Ford ternyata benar apabila, model T-Ford adalah model kenderaan bermotor pertama yang terlaris di dunia. Dan pelanggan utamanya adalah pekerja-pekerja kilang Ford sendiri.!

Assemble Line dicipta oleh Ford pada 1913.

Henry Ford dan Yahudi

12.       Henry Ford adalah seorang anti-semitik yang paling tegar dilahirkan di dunia. Malah, tidak salah jika mengatakan Henry Ford lebih membenci Yahudi berbanding kebencian beliau kepada para pengkhianat dalam perniagaan yang dipeloporinya.

13.       Henry Ford memiliki syarikat akhbar beliau sendiri yang dikenali sebagai The Dearborn Independent. Henry Ford membeli syarikat akhbar ini daripada Marcus Woodruff pada 1918 yang mana syarikat ini dalam keadaan hampir muflis. Akhbar ini bagaimanapun bergerak di bawah Ford sehingga 1927.

Akhbar milik Henry Ford.

14.       Masih mengenai akhbar milik Henry Ford, antara artikel terkenal yang terkandung di dalam akhbar tersebut adalah The International Jew: The World’s Problem. Ia dikeluarkan pada muka hadapan akhbar tersebut. Antara isi kandungan artikel tersebut adalah fakta-fakta berkenaan dominasi politik dan sosial di kalangan warga Yahudi di seluruh Amerika Syarikat dan dunia. Artikel memberi inspirasi kepada ramai masyarakat di dunia untuk membesar menjadi anti-semitik yang tegar. Antara nama-nama besar tersebut adalah Aldolf Hitler, Baldur von Schirach, Hermann Goering dan ramai lagi.

 

Henry Ford dan Aldolf Hitler

15.       Aldolf Hitler mengambil Henry Ford sebagai idolanya. Pada tahun 1922, New York Times pernah melaporkan bahawa gambar Henry Ford digantung di pejabatnya. Manakala artikel The International Jew: The World’s Problem disimpan di dalam sebuah bingkai gambar dan sama-sama digantung di pejabat beliau.

16.       Henry Ford adalah satu-satunya warga Amerika Syarikat yang pernah tampil namanya di dalam semiautografi milik Adolf Hitler, Mein Kemf(Penderitaanku). Antara isi kandungan mengenai Ford yang dinukilkan oleh Hitler adalah sanjungan Hitler kepada Ford yang berjaya mewujudkan industri tanpa melibatkan sebarang campur tangan warga Yahudi.

17.       Sanjungan Hitler terhadap Henry Ford terlampau tinggi sehingga seorang sejarahwan, Steven Watt pernah melaporkan Hitler berkata kepadanya;

Saya akan membuat sehabis baik untuk mengambil teorinya untuk dipraktikkan di Jerman. 

Hitler mengotakan janjinya apabila beliau melahirkan sebuah program kereta rakyat yang kemudian dikenali kereta Volkswegan. Program kereta rakyat ini diinspirasikan oleh industri automobil yang diperkenalkan oleh Henry Ford yang murah dan tahan lasak.

18.       Pada 30 Julai 1938, duta Jerman di Claveland, Amerika Syarikat telah menganugerahkan pingat Grand Cross of German Eagle kepadanya. Tarikh penganugerahan itu juga tanggal hari lahirnya ke-75. Pingat  Grand Cross of German Eagle adalah pingat tertinggi yang dianugerahkan kepada warga bukan Jerman.

Henry Ford dan Edison

19.       Henry Ford dan Edison saling sanjung menyanjungi antara satu sama lain. Mereka pernah memiliki rumah sebelah menyebelah yang kini dikenali sebagai Edison and Henry Winter Estate. Rumah tersebut sebenarnya adalah rumah persinggahan pada musim sejuk oleh kedua-dua keluarga tokoh kejuruteraan tersebut.

Ford memperkata sesuatu kepada Edison. Edison mengalami masalah pendengaran pada penghujung usianya.

20.      Henry Ford pernah menyimpan hembusan nafas terakhir Edison dan disimpan dalam satu botol kaca. Ia menyuruh anak kepada Edison mengambilnya di saat Edison nazak. Botol kaca tersebut masih lagi tersimpan di Henry Ford Museum.!

Edison(kanan) dan Ford(tengah).

Henry Ford meninggal dunia pada 7hb April 1947 di Fair Lane, Dearbon, Michigan, Amerika Syarikat. Usia Ford pada ketika itu telah mencecah usia 83 tahun. Beliau didiagnosis menghidap Cerebral Hemorrhage. Pada upacara berkabung, seramai 5,000 orang datang pada setiap jam. Ia menimbulkan kesesakan paling dasyhat dalam sejarah desa Dearbon. Henry Ford telah meninggalkan sebuah legasi yang cukup besar kepada seluruh masyarakat Amerika Syarikat dan dunia. Bayangkan jika ditakdirkan Henry Ford tidak pernah dilahirkan..

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

One response to “20 Fakta mengenai Henry Ford yang WAJIB pembaca ketahui!”

  1. dominggus layuk says :

    makasi coretannya! Buat Nambah pengetahuan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: