Part 2: Pengalaman Mistik Mr. Presiden: Abraham Lincoln!


Oleh: takusahrisau

 

Dalam siri yang pertama, pembaca dihidangkan dengan kisah paranormal yang dialami oleh George Washington. Jadi, apa kata sekarang kita lihat pula kisah mistik yang menyelumbungi Presiden ke-16 Amerika Syarikat, Abraham Lincoln

 

Abraham Lincoln

Sepertimana presiden George Washington, era pemerintahan Abraham Lincoln juga mengalami kekacauan perang. Ketika era pimpinan Abraham Lincoln ini, telah berlaku perang yang tidak kurang pentingnya dalam sejarah Amerika Syarikat iaitu Perang Saudara Amerika. Kesan daripada perang ini menyebabkan berlaku revolusi undang-undang Amerika Syarikat dalam sistem penghambaan.

Presiden yang memimpin Amerika Syarikat daripada tahun 1861 sehingga tahun 1865  mempunyai kisah-kisah mistik yang cukup hebat untuk diceritakan. Tidak salah jika dikatakan bahawa Abraham Lincoln adalah presiden Amerika Syarikat yang mengalami paling banyak perkara-perkara mistik dalam hidupnya. Bahkan, berkurun-kurun selepas pemergian beliau sekalipun, mistik dan aktiviti paranormal yang melibatkan ‘roh’ beliau juga masih terus menghantui kepada sesiapa yang pernah mengalaminya.!

Abraham Lincoln

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mimpi Mistik Abraham Lincoln

Abraham Lincoln telah bermimpi dengan mimpi yang sungguh pelik. Beliau sendiri merasakan kepelikan itu sejurus tersedar daripada mimpinya. Pada satu malam, selepas seharian kepenatan, beliau merebahkan badan di katil untuk meredakan kepenatan  tersebut. Keheningan malam menyebabkan beliau merasa tidak selesa. Maka, bermulalah mimpi yang kemudiannya terkenal dalam sejarah dunia paranormal.

Dalam mimpinya, beliau memberitahu isterinya bahawa beliau telah mendengar suara orang menangis teresak-esak. Akibat tertarik dengan tangisan itu, beliau bertindak menuruni tangga daripada bilik tidurnya untuk mencari punca tangisan tersebut. Namun, setelah daripada bilik ke bilik, beliau tidak menjumpai pula mana-mana orang yang menangis. Hanya suara sahaja yang masih kedengaran.

Selepas sampai di Bilik Timur(East Room) iaitu sebuah bilik di Rumah Putih, beliau tertarik dengan catafalque yang berada di tengah-tengah bilik yang besar itu. Catafalque adalah satu pelantar yang digunakan untuk menempatkan keranda yang kebiasaannya digunakan untuk upacara tatapan terakhir kepada si mati. Di atas Catafalque, terdapat sekujur tubuh yang menimbulkan tanda tanya beliau. Di seluruh bilik tersebut menurut beliau dipenuhi dengan ramai orang yang sedang berkabung. Akan tetapi, kesemua mereka menutupi wajah dengan kain menyebabkan beliau tidak mampu mengecam mereka.

East Room di Rumah Putih.

 

 

 

 

 

Di sekeliling jenazah pula terdapat askar-askar yang mengawal jenazah si mati. Akibat dipenuhi dengan persoalan, beliau lantas menanya seorang pengawal tersebut.

“Siapa yang meninggal dunia di Rumah Putih ini?”, tanya Abraham Lincoln mengharapkan jawapan.

Jawab pengawal tersebut, “ Presiden, Tuan. Beliau meninggal dunia akibat ditembak”

Kemudian, datang suara tangisan yang cukup kuat sehingga menyebabkan beliau terus terjaga.

Selepas terjaga daripada mimpi tersebut, Abraham Lincoln merasakan ia lebih daripada sebuah mimpi. Beliau langsung tidak mampu untuk melelapkan mata kerana dihantui oleh mimpi tersebut.

10 hari selepas mimpi ngeri tersebut, Abraham Lincoln telah ditembak mati oleh seorang pelampau bernama John Wilkes Booth di sebuah Ford’s Theatre semasa menyaksikan teater  “Our American Cousin” di sana.

Dalam satu kejadian yang lain, W. H. Cook telah menyatakan bahawa Abraham Lincoln pernah bercerita mengenai mimpi tersebut yang menghantuinya tiga hari berturut-turut. Pengawal peribadi kepada Abraham Lincoln tersebut terus bercerita bahawa bekas presiden Amerika Syarikat itu melambainya dan mengucap ‘Good Bye’ kepadanya dengan cara yang cukup janggal semasa pemergiaan beliau ke Ford’s Theatre. Ucapan ‘Good Bye’ tersebut seperti menyatakan beliau tidak akan berjumpa lagi buat selama-lamanya.

 

Abraham Lincoln dan imej yang muncul di cermin

Satu lagi perkara mistik pernah berlaku kepada Abraham Lincoln ketika beliau belum lagi menjejakkan kaki ke Rumah Putih. Waktu itu beliau masih lagi menetap di kampung halamannya iaitu di Springfield. Kejadian ini berlaku ketika semasa beliau bertanding menjawat jawatan presiden pada 1860-an. Seharian beliau berada di bilik telegram untuk mendapat berita terkini mengenai keputusan undian rakyat terhadapnya. Akhirnya, berita yang paling ditunggu-tunggu beliau menjelma jua. Beliau diumumkan menang dalam pilihanraya presiden tersebut selepas menewaskan calon parti Demokratik Selatan, John C. Breckinridge. Kemenangan besar beliau terhadap Breckinridge menyebabkan beliau gembira bukan kepalang. Dentuman meriam memeriahkan suasana perayaan kemenangan beliau. Bergitu juga ucapan daripada para penyokong dan rakan-rakan akrabnya. Ia benar-benar telah mengembirakan pejuang anti-penghambaan ini.

Namun, kegembiraan tersebut terencat apabila satu kejadian telah menghantui beliau seumur hidupnya. Ia berlaku sebaik sahaja beliau pulang ke rumahnya di Springfield pada lewat pagi. Sewaktu ingin membaringkan badannya, beliau tertarik untuk menatap wajahnya pada cermin. Alangkah terkejutnya beliau apabila wajahnya muncul dengan dua wajah yang berlainan. Ia saling membelakangi antara satu sama lain. Wajah yang kedua menurut Abraham Lincoln pada isterinya, Mary Lincoln kelihatan cukup pucat. Ia muncul beberapa ketika dan hilang. Kemudian ia muncul kembali. Dan kemudian kembali hilang. Berkenaan dengan wajah yang kedua, Abraham Lincoln mengaitkannya dengan wajahnya ketika meninggal dunia kelak. Ia dikaitkan dengan nasib yang kurang baik pada satu ketika nanti. Peristiwa kemunculan dua wajah beliau di cermin telah berlarutan selama beberapa hari. Walaubagaimanapun, hanya beliau sahaja yang mampu melihatnya. Kemunculan wajah misteri itu membuatkan beliau berasa kurang senang dan seterusnya merencatkan kegembiraan untuk menyambut kemenangan beliau semasa pilihanraya presiden pada 1860 tersebut.

 

Sebenarnya, banyak lagi kisah misteri yang melibatkan Abraham Lincoln ini. Bergitu juga dengan pengalaman ramai individu yang pernah mengalami saat-saat seram apabila terserempak dengan ‘roh’ Abraham Lincoln di Rumah Putih. Kisah seram tersebut pernah dialami oleh beberapa individu terkenal seperti bekas Perdana Menteri Britain, Winston Churcill, bekas-bekas presiden Amerika Syarikat, Theodore Rossevelt, Harry Truman, G. W. Bush dan ramai lagi. Bukan itu sahaja yang berlaku melibatkan Abraham Lincoln, panggung yang berlakunya pembunuhan beliau juga dikatakan sering dihantui dengan roh Lincoln yang tidak tenang. Bergitu juga dengan kereta api yang membawa jenazah Lincoln daripada Washington ke kampung halamannya di Springfield, Illinois untuk disemadikan turut dikatakan sering muncul menghantui penduduk setempat. Sehingga ke hari ini, roh Lincoln masih lagi menghantui terutamanya di Rumah Putih.!

 

 

Rumah Abraham Lincoln di kampung halamannya di Springfield, Illinois.

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: