Part 1: Pengalaman Mistik Presiden Amerika Syarikat: George Washington!


Oleh: takusahrisau

 

Beberapa orang presiden Amerika Syarikat sering dikaitkan dengan mistik dan paranormal. Cerita-cerita pelik yang dialami mereka tersebar ke seluruh Amerika Syarikat dan dunia. Namun, hanya dua presiden Amerika Syarikat yang penulis tertarik. Mereka adalah George Washington dan Abraham Lincoln. Kedua-dua presiden Amerika Syarikat ini boleh dikatakan bertuah kerana pengalaman paranormal yang mereka alami tidak semua orang akan alami. Hanya yang bertuah sahaja dapat merasakan keunikannya.  Jadi, untuk kali ini, apa kata pembaca sambil bersantai dengan membaca kisah mistik mereka.

 

George Washington

George Washington adalah bapa kemerdekaan Amerika Syarikat. Beliau menjawat presiden Amerika Syarikat yang pertama pada tahun 1789 sehingga 1797. Beliau yang juga ketua komander tentera pemberontak Amerika Syarikat, Continental Army telah berjaya menumpaskan tentera Britain dalam Perang Revolusi Amerika Syarikat. Tumpasnya Britain bermakna Amerika Syarikat telah berjaya keluar daripada cengkaman penjajah yang kuku besi. Amerika Syarikat diistiyharkan merdeka pada 4hb Julai 1776.

George Washington

 

 

 

 

 

 

Namun, ada kisah menarik mengenai presiden Amerika Syarikat yang pertama ini. Antara lain adalah kisah mengenai beliau yang mendapat visi daripada lembaga misteri tentang masa depan Amerika Syarikat di saat perang masih lagi rancak. Lembaga misteri itu mendedahkan bahawa Amerika Syarikat akan mengalami TIGA bahaya yang mendatang. Peristiwa ini dikatakan terjadi ketika askar-askar pemberontak pimpinan George Washington yang seramai 11,000 orang berkhemah di Valley Forge, Philadephia pada musim sejuk tahun 1777.

Antara TIGA bahaya yang dikhabarkan oleh lembaga misteri tersebut adalah:

Bahaya Pertama

Lembaga tersebut menunjukkan Benua Eropah dan Amerika Syarikat. Di antara kedua-duanya, awan kelihatan mendaki naik. Serentak dengan itu, Presiden pertama Amerika Syarikat ini melihat negaranya iaitu Amerika Syarikat dan Eropah bercakaran dan berbunuhan.

Ramai mengatakan ia adalah ramalan mengenai Perang Revolusi yang meletus pada 19hb April 1775 antara Amerika Syarikat yang bergabung kuasa dengan Perancis dan Belanda menentang Penjajah Britain yang bergabung kuasa dengan puak Cherokee dan Iroquis. Perang ini berakhir pada 3hb September 1783 dengan kemenangan kepada Amerika Syarikat. Amerika Syarikat diiktiraf merdeka sepenuhnya sejak daripada detik tersebut.

Perang Revolusi Amerika Syarikat melibatkan tentera pemberontak menentang penjajah Britain.

 

 

 

 

 

 

 

 

Gambaran kedua yang dialami oleh George Washington adalah:

 

Bahaya Kedua

Amerika Syarikat digambarkan kembali bertumbuh dengan kampung-kampung dan bandar-bandar yang rancak berkembang. Walaubagaimanapun, lembaga misteri tersebut memercikkan air ke seluruh penempatan tersebut sehingga membangkitkan awan mendung yang pekat yang datang daripada benua Afrika.

Sejurus kemudian, George Washington mendengar suara “Union” ketika lembaga misteri tersebut membentangkan bendera yang koyak-rabak di atas negara Amerika Syarikat.

Ramai beranggapan ia adalah simbol kepada Perang Saudara Amerika yang meletus pada tanggal 12hb April 1861 dan berakhir pada tahun 1865. Perang ini meletus di antara pihak Utara yang mengelarkan diri mereka ‘Union’ dan pihak Selatan yang mengelarkan diri mereka ‘Confederation’. Ia memuncak apabila Pihak Selatan menginginkan kebebasan daripada Amerika Syarikat kerana beberapa masalah namun masalah utamanya adalah berkenaan dengan sistem penghambaan.

Meriam gergasi yang dimiliki oleh Pihak Union.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bahaya Ketiga

Lembaga misteri tersebut meniup trumpet sehingga memercikkan air ke benua Afrika, Asia, Eropah dan Amerika Utara. Awan mendung hitam sekali lagi berkumpul di seluruh benua tersebut. Tentera-tentera dilihat berkawad melaluinya(benua tersebut) dan Benua Amerika Syarikat(Amerika Utara) tidak terkecuali. Sejurus kemudian, langit kembali cerah. Matahari secara misterinya berubah menjadi beratus-ratus.

Lembaga misteri tersebut kemudian berkata,

” Son of the Republic, look and learn,”

 

Kemudian, George Washington melihat pencerobohan tersebut gagal dan baki tentera Amerika Syarikat kembali berperang sehingga mencapai kemenangan.

Ramai beranggapan bahawa bahaya ketiga yang dialami oleh George Washington adalah bahana Perang Dunia Kedua. Matahari yang digambarkan oleh lembaga misteri tersebut adalah simbolik kepada kuasa imperialis Jepun yang menceroboh Pelabuhan Pearl(Pearl Harbour) di Hawaii. Namun, ia gagal memusnahkan kekuatan Amerika Syarikat secara keseluruhan. Amerika Syarikat berjaya menyusun kembali tenteranya dan berjaya mencapai kejayaan.

Pearl Harbour yang diserang oleh Jepun pada 7hb Disember 1941.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Keterangan terperinci mengenai peristiwa yang dialami oleh George Washington telah direkodkan oleh seorang tentera veteran yang berkhidmat dengan George Washington pada 1859. Beliau kemudiannya memberi keterangan tersebut kepada seorang penulis, Wesley Bradshaw. Bradshaw kemudian menerbitkannya untuk tatapan umum.

Pengalaman misteri George Washington bukanlah yang terakhir dialami oleh seorang presiden Amerika Syarikat. John Adam yang juga pengganti kepada George Washington juga mengalami pengalaman misteri beliau yang tersendiri.

Berkenaan pengalaman mistik George Washington ini, ramai menganggap bahawa presiden yang sering dikaitkan dengan freemason ini telah menemui malaikat dalam pengalaman misterinya itu. Namun, ada yang beranggapan ia adalah ‘syaitan’. Namun, apapun telahan orang, yang penting adalah kebenaran kisah beliau ini. Adakah ia benar telah dialami oleh George Washington?

Tepuk dada, tanya selera.

 

Part 2: Pengalaman Mistik Presiden Amerika Syarikat: Abraham Lincoln!

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: