Keanu Reeves mempunyai kehidupan yang abadi?Benarkah?


Oleh: takusahrisau

 

Nama Keanu Reeves tidak usah untuk diperkenalkan lagi. Sebut namanya sahaja mesti ramai yang mengenali jejaka tampan yang pernah berlakon dalam filem blockbuster, The Matrix ini. Beliau adalah antara aktor gred A di Hollywood namun seringkali terlepas daripada cengkaman paparazzi dan liputan meluas mengenai kehidupan peribadi beliau. Di Hollywood, perkara sebergini jarang sekali berlaku.!

Sebenarnya, ia tidaklah sepelik dan seajaib satu teori yang telah dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji ‘kehidupan lampau’ baru-baru ini. Apa yang diperkatakan oleh mereka?

 

Keanu Reeves Immortal?

Amat menarik apabila nama besar seperti Keanu Reeves dikaitkan dengan individu yang mempunyai hayat dan wajah yang tidak dimakan usia. Ia boleh dilihat pada wajah beliau yang sekarang sudah pun menginjak ke usia 47 tahun namun tiada langsung kedutan mahupun tanda-tanda usia yang telah mencapai separuh abad. Ya, memang benar sekali, wajah Keanu Reeves langsung tidak memberi petanda bahawa usia beliau telahpun mencapai 47 tahun. Malah ketika umurnya berusia 20-an sekalipun, ia hampir serupa dengan usianya sekarang kecuali tubuhnya yang semakin berisi.

 

Keanu Reeves merupakan Paul Mournet pada masa lampau?

Kenal siapa Paul Mournet? Kepada sesiapa yang tidak mengenalinya, penulis perkenalkan bahawa Paul Mournet adalah seorang pelakon Perancis yang hidup pada kurun ke-19 dahulu. Beliau dilahirkan pada Oktober 1847 dan meninggal secara misteri pada 1922. Dilaporkan bahawa Paul Mournet didiagnosis menghidap penyakit jantung pada penghujung hayatnya, namun dikatakan meninggal dunia secara misteri.

 

 

Bagaimana pula kaitannya dengan Keanu Reeves pada masakini?

Ok, mungkin ia kebetulan ataupun ia memang benar-benar berlaku, namun penulis tidak pernah mengiakan perkara ini kerana ia bukanlah prinsip asas penulis untuk membahaskan perihal konsep ‘immortality’ mahupun ‘reincarnation’.

Peribadi Keanu

Kehidupan Keanu Reeves yang sangat kabur pada masa kecil sangat memudahkan para pengemar teori sedemikian untuk mengaitkan beliau dengan konsep kehidupan abadi mahupun kelahiran semula ini. Keanu yang dikatakan dilahirkan di sebuah pekan terpencil di Beirut, Lebanon telah mengukuhkan lagi dakwaan bahawa beliau sememangnya seorang yang patut dikaitkan dengan Paul Mournet. Lebanon sebenarnya jika direnung daripada sudut sejarahnya pernah berada di bawah kekuasaan empayar Othmaniyyah. Namun, selepas Perang Dunia Pertama iaitu pada 1920, empayar tersebut mengecil dan banyak wilayahnya dirampas oleh kuasa asing. Dan Beirut di Lebanon tidak terkecuali. Beirut telah diambil sebagai tanah jajahan Perancis. Ironinya, kejadian itu berlaku dua tahun sebelum Paul Mounet dikatakan meninggal dunia dan Perancis pula adalah tanah tumpah darah beliau. Jadi, di sini telah berlaku titik persilangan. Adakah ia kebetulan?

Bagaimana dengan alam persekolahan Keanu?

Rekod persekolahan Keanu juga agak kabur. Walaubagaimanapun, apa yang pasti, Keanu adalah salah seorang daripada puluhan aktor Hollywood yang mengalami penyakit Dyleksia iaitu penyakit yang bersangkutan dengan kesukaran membaca, menulis dan mengira. Akibat penyakit ini, beliau tidak popular di alam persekolahan dan cuma diingati sebagai penjaga gol hoki ais yang sangat berbakat.

Kehidupan sosial Keanu

Bergitu juga dengan kehidupan sosial beliau pada hari ini. Beliau tidak pernah berkahwin tetapi pernah mempunyai seorang teman wanita iaitu Jennifer Syme. Malang bagi Keanu Reeves apabila teman wanitanya itu maut setelah terlibat dalam kemalangan ngeri ketika pulang daripada sebuah parti. Sejak itu sehingga kini, Keanu masih lagi tidak berkahwin dan membujang. Foto yang dirakam sekitar Jun 2010 menunjukkan Keanu secara bersendirian menikmati roti sandwich menimbulkan tanda tanya bahawa beliau sememangnya pernah atau akan sentiasa hidup bersendirian. Para pengkaji secara terperinci membandingkan gaya kehidupan selebriti Hollywood lain yang jauh berbeza dengan gaya kehidupan Keanu yang sentiasa menyendiri.

Gambar 'candid' ini menjadi bahan jenaka di Hollywood sehingga digelar Keanu's Sad

 

 

 

 

Untuk menyakinkan, pembaca boleh membandingkan sendiri wajah tampan Keanu Reeves dan wajah kacak Paul Mournet. Adakah ia satu kebetulan? Mungkin ya dan juga mungkin tidak.

 

Kiri(Paul Mounet) dan Keanu Reeves.

 

 

Trivia

Keanu pernah membintangi filem hit, Bill & Ted’s Excellent Adventure pada tahun 1989. Filem yang mengisahkan Bill lakonan Alex Winter dan Ted lakonan Keanu Reeves telah dikunjungi oleh Rufus lakonan George Calin yang datang daripada masa hadapan iaitu tahun 2688. Rufus mengunjungi Bill dan Ted bagi memastikan Bill dan Ted akan sentiasa bersatu untuk menubuhkan sebuah band muzik yang bakal menjadi fenomena pada satu hari nanti. Namun, misi mereka lebih daripada itu apabila Bill dan Ted serta Rufus telah menjelajah ke masa lampau dengan mengunjungi Napoleon Banaparte, Socrates, Abraham Lincoln dan ramai lagi.

Sebenarnya apa yang penulis ingin tekankan mengenai mereka adalah wajah Rufus iaitu George Calin persis seperti wajah abang kepada Paul Mournet iaitu Jean Mounet-Sully manakala wajah Bill iaitu Alex Winter persis seperti kawan baik Jean Mounet-Sully iaitu Samuel-Jean Pozzi. Adakah ia kebetulan atau suratan?

 

George Calin(kanan) dan Jean Mounet-Sully(kiri)

Alex Winter(kanan) dan Samuel-Jean Pozzi(kiri)

 

~ Hanya percaya kepada Allah Yang Maha Bijaksana.

About these ads

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

2 responses to “Keanu Reeves mempunyai kehidupan yang abadi?Benarkah?”

  1. fitri says :

    Keanu is one of the few actors that truly respects the work of the people behind the scenes of hollywood movies, is it clear that during his everlasting life he came to appreciate the hard work so he decided to give away 50 millions pounds (out of 70) of his earnings from the matrix sequels. When asked about his act of generosity he said:
    “Money is the last thing I think about. I could live on what I have already made for the next few centuries”.

Trackbacks / Pingbacks

  1. Yahudi juga berkhatan sepertimana ISLAM « Takusahrisau's Blog! - March 21, 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 848 other followers

%d bloggers like this: