Mereka Tidaklah Cantik, Namun Suaranya..ada KELASsSs gitu!


Oleh: takusahrisau

Orang kata, dengan rupa yang kurang sempurna ALLAH swt akan anugerahkan dengan kelebihan yang lain untuk ‘menggantikan’ rupa yang kurang sempurna itu. Ada sesetengah insan yang ALLAH swt anugerahkan dengan bakat melukis yang hebat(seperti Picasso), kegeniusan(seperti Albert Einstein), dan pelbagai lagi yang sangat abstrak untuk diungkap dengan kata-kata.

Apa yang paling penulis teruja adalah apabila penulis melihat insan yang ALLAH swt anugerahkan dengan suara yang sangat lunak dan merdu miskipun rupa mereka tidak ‘seberapa’ berbanding Justin Bieber, Siti Nurhaliza dan sebagainya.

Dengan suara yang lunak itu, mereka mampu ‘mengikat’ emosi penonton dan hadirin yang menyaksikan persembahan mereka. Sehinggakan dalam sesetengah persembahan mereka, ada penonton yang mengeluarkan air mata kerana terpegun dengan suara gemersik yang mana adalah amat sukar untuk ditandingi oleh penyanyi yang mempunyai rupa yang cantik.

Oklah, cakap lama-lama pun tak jadi juga kan. Dengan itu, kali ini penulis sediakan beberapa video Youtube yang memaparkan beberapa individu yang TIDAK CANTIK atau KACAK namun BERSUARA EMAS! Saksikan..

Daripada Paul Poots ketika British’s Got Talent. Anda tahu di hadapan siapa beliau nyanyi bukan?Simon Cowell okey..Jikalau Simon boleh terpegun, apatah lagi kita yang tidak tahu apa-apa mengenai ilmu muzik.

Dan ini pula Susan Boyle. Susan Boyle mungkin tidak cantik di mata anda, namun TIDAK untuk suaranya. Suaranya yang sangat lunak dan gemersik sememangnya sukar penyanyi yang lain menandinginya.

Dan akhir sekali daripada seorang remaja berbangsa Cina. Mungkin remaja ini tidak menarik perhatian gadis-gadis, namun ia berjaya menambat hati hadirin-hadirin yang hadir menyaksikan persembahannya. Saksikan..

 

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: