Ikon Sukan Ekstrim,T. J. Lavin dilaporkan Koma dan Kritikal akibat kemalangan semasa sukan Ekstrim


Oleh: takusahrisau

 

Ramai yang tidak kenal dengan T. J. Lavin, namun bagi peminat sukan ekstrim, nama beliau tidak asing lagi. Beliau adalah satu nama besar dalam sukan ekstrim terutama BMX freestyle.

T.J. Lavin ketika hadir di rancangan MTV,TRL di studio MTV pada 15 Julai 2008 di New York City.

 

Apa yang pembaca perlu ketahui juga adalah beliau merupakan seorang yang berbakat dalam bidang muzik. Beliau pernah mengeluarkan sebuah album yang diberi judul LAVS the First SET.

Beliau juga adalah hos kepada program popular MTV iaitu Real Road/Road Rules Challenge selama 10 musim.

Seperti yang terpapar pada tajuk di atas, T. J. Lavin telah mengalami kecederaan parah akibat kemalangan yang berlaku semasa beliau menyertai pertandingan sukan ekstrim Dew Tour event di Las Vegas pada 14hb Oktober 2010.

Akibat impak daripada kemalangan itu beliau koma dan memerlukan bantuan mesin nyawa untuk menyambung talian hayatnya. Beliau dilaporkan kritikal.

Pembaca boleh lihat impak kemalangan pada video Youtube di bawah. Namun, ia hanya petikan-petikan gambar saat beliau mengalami kemalangan.(Youtube telah memadam video asal disebabkan video tersebut mempunyai hakcipta dan bukannya milik persendirian).

 

 

Di bawah merupakan salah satu daripada lagu T. J. Lavin yang dipetik daripada Album Lavs LAB yang diberi judul Remember the Time.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai T. J. Lavin, pembaca boleh klik SINI

 

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: