Bahaya Mengambil Wang di ATM TERTUTUP!


Oleh: takusahrisau

 

Bahaya mengambil wang di ATM tertutup pada waktu malam!

 

Trend pembinaan ATM secara tertutup kebelakangan ini sebenarnya telah mengundang malapetaka kepada pengguna berbanding memberi manfaat. Pembaca boleh hitung berapa banyak kes kecurian di ATM tertutup sepanjang 2 tahun kebelakangan ini. Ia sebenarnya sudah mencapai tahap yang boleh dibimbangkan.

Asal tujuan pembinaan ATM tertutup sebenarnya adalah tujuan keselamatan pengguna. Namun, sedar atau tidak, ia telah menyebabkan banyaknya kes ragut, kes curi dan kes bunuh di ATM-ATM seluruh negara dan dunia.

Oleh sebab itu, penulis rasakan ATM tertutup tidaklah bergitu ‘mesra’ pengguna terutama jika memikirkan soal keselamatan. Mungkin ada benarnya jika ada pendapat individu yang mengatakan soal ajal maut di tangan tuhan, namun sebagai manusia, kita perlu mencari solusi yang paling baik bagi menjamin kesejahteraan sejagat.

Tidak salah untuk penulis berkata bahawa ATM tertutup yang dilengkapi dengan CCTV sebenarnya langsung tidak mengambarkan ciri-ciri langkah keselamatan yang efisien. CCTV hanyalah sebuah kamera yang merakamkan pengerakan penjenayah. Ia hanya berkesan apabila CCTV merakamkan wajah penjenayah. Jikalau gagal, ia menambahkan lagi senarai-senarai teknologi hampeh.!

Untuk pengetahuan pembaca, resolusi CCTV di Malaysia masih di tahap paling teruk. Jika penjenayah berada sejauh 8 meter hingga 10 meter, CCTV di Malaysia sudah gagal merakam dengan elok wajah penjenayah. Ia pernah berlaku ketika kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin satu ketika dahulu.!

Dinasihatkan bahawa janganlah sesekali mengeluarkan wang apabila menjelang waktu malam tanpa ditemani kawan-kawan atau saudara mara. Jikalau terpaksa, carilah ATM yang terbuka kerana ia lebih selamat berbanding ATM tertutup.

Sebagai bukti atas apa yang penulis tekankan di atas, penulis sediakan beberapa videoklip yang menunjukkan kecuriaan di ATM bertutup. Penulis harap, videoklip di atas boleh dijadikan ikhtibar kepada semua pembaca.

 

 

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: