Lagu “I No Can Do” nyanyian Fabrizio Faniello adalah lagu Cari Jodoh nyanyian Wali Band!


Oleh: Takusahrisau

 

Minat lagu Indonesia?Minat muzik Indonesia?

Penulis dapat rasakan ramai pembaca di luar sana adalah antara jutaan peminat muzik Indonesia. Muzik yang mendayu-dayu dan catchy memang mudah untuk menambat hati peminat-peminat muzik di Malaysia.

Mungkin penulis terlambat mengenai informasi ini namun penulis rasakan ia berguna untuk dikongsi bersama-sama.

Informasi tersebut mengenai sebuah kumpulan muzik daripada seberang sana. Kumpulan muzik ini antara kumpulan muzik kegemaran penulis. Lagunya berunsur ketuhanan dan menyentuh perasaan. Lagu-lagu sebergini memang mudah menarik perhatian penulis.

Kumpulan yang dianggotai oleh lima orang jejaka Faank (vokalis), Apoy (gitaris), Tomie (drumm), Ovie (keyboard), dan Nunu (bass). Ia tidak lain dan tidak bukan ialah kumpulan muzik Wali Band.

Informasi yang penulis ingin kongsi adalah mengenai lagu hit mereka iaitu Cari Jodoh. Untuk pengetahuan pembaca semua, lagu ini telah pun dikomersialkan di Eropah dengan versi bahasa Inggeris. Namun, bukan Wali Band yang mendendangkannya tetapi seorang artis kelahiran Malta iaitu Fabrizio Faniello.

Fabrizio Faniello telah pun aktif menyanyi sejak tahun 1998 lagi. Beliau setakat ini telah mengeluarkan empat buah album iaitu:

  • 2001: While I’m Dreaming #1 Malta
  • 2004: When We Danced #1 Malta
  • 2005: Believe #1 Malta
  • 2007: Hits & Clips #1Malta

Apa yang boleh penulis katakan ialah Fabrizio Faniello adalah penyanyi yang paling popular di negara kelahirannya. Boleh dikatakan bahawa setiap album yang dikeluarkan oleh beliau akan mendapat sambutan hangat daripada peminat.

Beliau memiliki pakej yang lengkap untuk berjaya sebagai penyanyi. Bahkan beliau sebenarnya amat berbakat dalam bidang sukan terutamanya dalam sukan Bola Sepak. Beliau pernah mewakili negaranya semasa remaja dalam sukan Bola Sepak. Namun, sejauh mana aktifnya beliau sekarang dalam bidang bola sepak tidak pula diketahui.

Okeylah, di bawah penulis sediakan video klip lagu Cari Jodoh versi nyanyian Fabrizio Faniello yang diberi tajuk I No Can Do. Sama-sama kita membandingkan versi lagu tersebut dengan versi lagu asalnya nyanyian Wali Band.

 

Oppsss..jangan ke mana-mana. Ada lagi lagu yang ditukar bahasa oleh Fabrizio Faniello. Lagu ini juga nyanyian asal Wali Band iaitu lagu Baik-Baik Sayang. Pernah dengar?

Jikalau belum pernah dengar, penulis sediakan video klip di bawah.

 

Lagu yang dinyanyikan Fabrizio Faniello yang telah diberi judul My Heart Is Asking You boleh pembaca hayati di bawah.

 

 

Ekstra

Jangan ingat lagu Malaysia tidak berkualiti. Lagu nyanyian penyanyi dangdut tahn 90-an iaitu Iwan telah diciplak oleh produksi Bollywood untuk menjadi lagu dendangan dalam filem Mann. Lagu nyanyian Iwan yang dimaksudkan itu adalah lagu Yang Sedang-Sedang Saja.

 

Lagu dalam filem Mann yang dimaksudkan adalah Tinak Tin Tana. Ia ditulis liriknya oleh Sameer dan dinyanyikan oleh Alka Yagnik dan Udit Narayan. Saksikan video klip di bawah:

 

 

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: