Lagi Kemalangan MAUT melibatkan Bas Ekspres..


Oleh: takusahrisau

 

Kita di’hidang’kan sekali lagi dengan satu lagi kemalangan ngeri melibatkan bas ekspres. Jika dahulu kita terkejut dengan kemalangan melibatkan bas ekspres yang dimiliki oleh usahawan daripada Terengganu yang akhirnya menyebabkan kehilangan berpuluh nyawa akibat terbabas ke bahu jalan.

Kali ini, ia kelihatan lebih parah apabila bas ekspres ini bukan sahaja terbabas bahkan telah melanggar serta menghempap beberapa kenderaan lain akibat memasuki lorong bertentangan.

Kemalangan yang dilaporkan oleh media tempatan berlaku pada pukul 6.30 petang. Kemalangan ngeri ini berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran dengan Tol Simpang Ampat. Bas ekspres yang dikenali dengan Ekspres Delima ini dikatakan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur daripada Melaka. Akibat kemalangan ini, bas ini terbalik dengan tayarnya berada di atas dan melintang di tengah-tengah jalan.

Kelihatan ramai yang mengambil kesempatan menolong mangsa-mangsa terbabit dan tidak kurang yang mengambil gambar dan video. Kereta mereka dibiarkan di jalanraya kerana jalanraya dikatakan sesak dan tidak bergerak dari 5km hingga ke 15km.

Hasilnya begitu banyak gambar dan video berlainan versi dan sudut dapat kita saksikan di blog-blog serta laman sosial Facebook. Ucapan terimakasih kepada yang sudi berkongsi gambar.

Penulis berharap semua keluarga mangsa-mangsa yang maut dalam kemalangan ini bersabar dengan ketentuan Ilahi. Penulis mendapat berita bahawa terdapat mangsa yang maut adalah bakal pengantin baru. Penulis berharap semua mangsa dicucuri rahmat oleh Allah swt. Bersama-samalah kita yang masih bernyawa ini menyedekahkan ummul kitab Al-Fatihah.

 Gambar-gambar ngeri Kemalangan di Alor Gajah:

 

 

 

 

 

Nota Kaki: Penulis pernah melalui Lebuhraya ini baru-baru ini. Memang tidak dinafikan Lebuhraya ini memang syok untuk memecut. Seingat penulis, ramai pemandu memecut kereta masing-masing dalam 100km/j hingga 120km/j. Pergghhh..laju tu. Jadi memang tidak mustahil kemalangan ngeri boleh berlaku di sini. Penulis harap kerajaan dan pihak berwajib bersama-sama duduk semeja untuk menyelesaikan masalah kemalangan maut melibatkan kenderaan di lebuhraya.

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

3 responses to “Lagi Kemalangan MAUT melibatkan Bas Ekspres..”

  1. pokwa says :

    uish,dasyat der.. ni yang buat aku takot nak naik bas nih!!!tapi last2 naik jugak

  2. darebohri says :

    kecian tol la tgok..subhanallah….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: