Pejuangan dua tokoh Revolusi!


Oleh: takusahrisau

Karismatik John Lennon dan Che Guevara

Sepintas lalu mengenai John Lennon

John Lennon atau nama sebenarnya John Winston Ono Lennon dilahirkan pada tanggal 10hb Oktober 1940 di bandar Liverpool. Bersama-sama Paul McCartney, mereka dinobatkan sebagai pasangan penulis lirik terhebat pada abad ke-20. John Lennon dan Paul McCartney adalah anggota utama kumpulan tersohor The Beattles. Lagu-lagu tulisan mereka iaitu Love Me Do dan Please Please Me telah melonjakkan lagi nama kumpulan mereka ini ke serata dunia.

John Lennon

Sepintas lalu mengenai Che Guevara

Che Guevara atau nama sebenarnya Ernesto Che Guevara dilahirkan pada tanggal 19hb Jun 1928 di Rosario, Argentina. Bersama-sama Fidel Castro dan adiknya Raul Castro, mereka telah berjuang menggulingkan pemimpin berkuku besi Fulgencio Batista untuk membentuk negara Cuba di bawah pengaruh Komunis Cuba. Kejatuhan Batista merupakan detik terpenting untuk penjuangan beliau dan adik beradik Castro dalam revolusi Cuba.

Gambar ini dinobat sebagai imej paling popular di dunia.

 

Perjuangan dan Pendirian Kedua-dua Tokoh ini..

Kedua-dua tokoh ini sememangnya dikenali sebagai individu yang kuat berpegang pada prinsip. Ernesto Che Guevara contohnya, walaupun beliau merupakan graduan perubatan, beliau tidak merasakan bahawa dengan menyelamatkan pesakit di hospital merupakan salah-satu tugasnya. Beliau merasakan amat perlu sesebuah negara mengalami revolusi bagi memperbaiki taraf hidup mereka terutama negara yang di bawah cengkaman kapitalisme. Tokoh yang digelar El Che ini gemar merantau ke negara dunia ketiga bagi menjelaskan pejuangan sosialisnya yang banyak diburukkan oleh negara-negara kapitalis Barat. Pejuangan Che Guavara sememangnya dengan senapang dan peluru tetapi tidaklah sampai menyeksa masyarakat seperti Komunis di Asia Tenggara dan Asia Timur bahkan beliau mendekati rakyat melebihi pemimpin negara mereka mendekati rakyat mereka. Pengaruh Che Guavara tidak hanya di Cuba sahaja bahkan ia telah menyebar ke negara kapitalis sendiri iaitu Amerika Syarikat, Kanada dan Britain.! CIA melabelkan beliau sebagai penjahat yang paling dikehendaki samaada hidup atau mati dan perlu ditangkap dengan apa cara sekalipun termasuk cara kotor atau cara bersih.! Seorang agen CIA, Phillip Agee berkata bahawa Che Guavara adalah individu yang paling ditakuti oleh Amerika Syarikat kerana karisma dan sikapnya berpegang pada prinsip untuk menumpaskan golongan kapitalis sehingga boleh menukarkan seluruh Amerika Latin kepada wilayah Komunis dan kemudian boleh mengancam keselamatan logistik Amerika Syarikat.

Imej Che Guevara yang baik membuatkan beliau dikenang sebagai tokoh revolusi sejati.

 

Manakala, bagi tokoh yang bernama John Lennon pula beliau lebih suka bersikap lantang melalui lagu dan ceramah umum. Beliau yakin dengan kelebihan beliau bermain muzik, beliau dapat mengajak masyarakat menolak keganasan terutamanya peperangan. Lagu-lagu beliau seperti Give Peace a Chance telah digunakan oleh para penyokong anti-perang Vietnam pada 1969 untuk mengecam peperangan di Vietnam. Beliau yang sememang terkenal artis yang keras kepala dan kukuh pendirian telah membuat mogok dengan kempen Bed-in-For-Peace bersama-sama isterinya Yoko Ono di Queen Elizebeth Hotel, Montreal, Kanada. Sifat anti-perang Lennon telah mengundang keresahan Presiden Amerika Syarikat ketika itu iaitu Richard Nixon. Atas arahan Nixon, Lennon telah diekori dan diawasi pengerakkannya oleh agen-agen CIA kerana dibimbangi menyokong Komunis. Ekoran satu insiden yang digelar Bloody Sunday, iaitu peristiwa di mana 27 orang aktivis telah ditembak oleh tentera Britain semasa demostrasi di Ireland Utara. Lennon ternyata bersimpati dengan apa yang menimpa kepada 27 orang aktivis itu. Beliau bertindak menyalurkan dana kepada kumpulan IRA yang menjadi musuh M15(agen risikan Britain) bagi membantu keluarga mangsa yang terbunuh. Tindakan Lennon telah mengundang kemarahan M15 dan kerajaan Britain. Lennon juga mengundang kemarahan kerajaan Amerika dan sekutunya apabila secara terang-terangan bersimpati dengan pemimpin International Maxist Group, Tariq Ali.

Lennon dan isterinya,Ono dalam satu demostrasi anti-perang.

 

 

Berakhirnya penjuangan namun meninggalkan legasi sepanjang zaman..

Kematian kedua-dua tokoh ini sememangnya sadis. Che Guavara telah dihukum tembak tanpa sebarang pembicaraan oleh pemimpin Bolivia dan agen CIA di sebuah sekolah kecil di pendalaman Bolivia. Ketika itu beliau berjuang di hutan Bolivia untuk mengulingkan pimpinan diktator Fulgencio Batista bagi memulakan revolusi di negara tersebut.

Detik malang bagi El Che bermula apabila beliau dikepung oleh 1800 orang askar Bolivia dan agen-agen CIA di Hutan Yuro Ravine pada 7hb Oktober 1967 selepas diberitahu oleh seorang informer. Jumlah askar Bolivia yang jauh melebihi askar gerilla Che Guevara menyebabkan beliau tidak dapat membalas serangan dengan sewajarnya bahkan beliau cedera akibat pengepungan itu.

Che Guevara kemudian diikat dan dibawa ke sebuah sekolah kecil di pendalaman Bolivia, La Higuera pada malam 7hb Disember. Biarpun tangan terikat, Che Guevara masih mampu untuk menyepak dada pengawai tentera Bolivia iaitu Espinosa sehingga tercampak ke dinding kerana mengherdik tokoh revolusi ini dan merampas paip tembakau yang beliau hisap. Peristiwa itu berlaku pada malam 8hb Oktober.

Terdapat 7 kesan tembakan di tubuh El Che. Beliau dibiarkan kesakitan terlebih dahulu apabila ditembak di betis sebelum ditembak di dada dan leher.

Beliau kemudian diarah oleh pengawai atasan CIA untuk dihukum tembak kerana bimbang tentera Cuba dan Komunis datang untuk menyelamatkannya apabila beliau ‘disimpan’ lama di penjara. Arahan ini keluar pada 9hb Oktober 1967. Sebelum Che Guevara dihukum tembak, beliau telah sekali lagi diherdik dan dimaki oleh Panglima tentera Bolivia, Ugarteche dan ia telah mengundang kemarahannya sehingga beliau bertindak menyepak dengan butnya pada muka pengawai boneka CIA itu. Peristiwa itu disaksikan oleh seluruh hadirin yang hadir.

Ketika ditanya mengenai kehidupan yang abadi sebelum beliau ditembak, Che berkata, Tidak, aku tidak mahukannya.! Dan seterusnya menambahkan, Aku hanya mahukan keabadian sebuah revolusi.

Manakala John Lennon pula ditembak oleh seorang peminatnya iaitu Mark David Chapman. Direkodkan bahawa Mark David Chapman mengalami masalah mental sehinggakan beliau pernah cuba untuk membunuh diri beberapa kali sebelum beliau bertindak membunuh Lennon.

Walaubagaimanapun, terdapat teori mengatakan pembunuhan Lennon telah didalangi oleh CIA dan Mark David Chapman adalah kambing hitam.! Teori ini diterima oleh ramai peminat Lennon kerana mengambil kira Lennon adalah aktivis sayap kiri dan gemar mengecam kerajaan kapitalis dan Amerika Syarikat. Selepas kematian Lennon pada 8hb Disember 1980, sekurang-kurangnya dua orang peminat setia John Lennon telah bertindak membunuh diri kerana kemurungan dan kesedihan melampau.!

 

Penutup

Itulah John Lennon dan Ernesto Che Guevara yang pembaca perlu kenali.! Dua tokoh revolusi tetapi memiliki misi berbeza. John Lennon dengan caranya, Ernesto Che Guevara dengan caranya. Akan tetapi, mereka hanya mahukan satu sahaja matlamat, iaitu kesamaan dalam kehidupan.

Jadi, penulis ingin bertanya satu soalan, apakah relevennya sesebuah kerajaan apabila menyokong pejuangan Amerika Syarikat menentang pengganas(kononnya) tetapi masih ada rakyatnya merempat di tepi jalan. Relevenkah!

Sememangnya pejuangan revolusi Che Guevara dan pejuangan anti-perang John Lennon tersangat releven dan wajarlah pejuangan mereka dihargai sehingga ke hari ini. Viva la Che!Viva la Lennon!

 

 

~Artikel ini ditulis untuk memperingati tarikh lahir John Lennon dan tarikh kematian Ernesto Che Guevara pada tanggal 10hb Oktober iaitu bertepatan pada hari ini.

 

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: