Obama ooo Obama..


Oleh: takusahrisau

 

Baru-baru ini iaitu pada 5hb Oktober 2010, Presiden Amerika Syarikat dihambat lagi dengan peristiwa melucukan apabila Logo Amerika Syarikat di podium syarahan terjatuh seterusnya mengganggu ucapan Barack Obama kepada hadirin.

Namun, Barack Obama tidak menunjukkan tanda-tanda mengelabah bahkan masih sempat berjenaka kepada hadirin dan ia seterusnya mendapat tepukan gemuruh. Saksikan petikan video ini:

 

Walaubagaimanapun, ia sebenarnya tidak dapat menandingi peristiwa di mana mantan Presiden Amerika Syarikat iaitu G. W. Bush apabila beliau tersilap memilih pintu dalam satu siri syarahannya di China. Tidak seperti Obama, Bush ternyata mengelabah dengan apa yang beliau alami itu. Peristiwa itu tersebar dengan cukup kencang di laman perkongsian video, Youtube sehingga mendapat tontonan lebih daripada sejuta pengguna internet.

 

Bergitu juga semasa Bush melawat negara bergolak di Timur Tengah iaitu Iraq satu ketika dahulu apabila Bush diserang dengan lontaran kasut. Ketika itu, Bush berdiri di hadapan wartawan-wartawan bersama Perdana Menteri boneka Iraq, Nuri al-Maliki untuk memulakan ucapan. Seorang wartawan bangkit dan seterusnya memaki hamun Bush. Beliau kemudian bertindak melontar kasut ke arah Bush. Bush hanya bernasib baik kerana jarak beliau dan wartawan itu jauh dan Bush sempat untuk mengelak. Wartawan itu dikenali Muthadhar  al-Zaiydi.

Advertisements

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: