Kenapa Kamu Tidak Tahu Hendak Bersyukur?


Oleh: takusahrisau

 

Kadang-kadang, kita sebagai manusia memang disemat dengan sifat buruk. Nama pun manusia, sememangnya ada cacat-celanya. Salah satu penulis paling benci adalah sifat tidak bersyukur dengan apa yang ada.

Penulis tidak maksudkan kepada sesiapa kerana kekadang penulis juga bersifat sedemikian. Mengapa boleh terjadi bergitu? Mungkin ketika itu, nafsu menguasai diri.

 Apabila difikirkan, kita ini sepatutnya bersyukur kerana tinggal di sebuah negara yang aman dan tiada peperangan seperti yang berlaku di Somalia, Palestin, negara-negara Afrika, Iraq dan sebagainya. Kita bebas untuk mencari nasfkah. Tiada sesiapa yang datang dan tembak kita seperti yang berlaku di Selatan Thai.

Kita patut bersyukur kerana kita mempunyai sumber bekalan air dan tenaga elektrik yang jarang berlaku masalah. Bayangkan kalau kita bergelap siang dan malam sepertimana yang berlaku kepada saudara kita di Gaza. Rejim laknatullah Israel dengan kejam telah memutuskan bekalan air dan elektrik ke kem Gaza kerana disyaki menyokong keganasan. Keraguan daripada kecurigaan Israel itu adalah keganasan apakah yang mereka lakukan? Adakah untuk mempertahankan negara dipanggil keganasan?Kamu yang datang ambil tanah mereka tidak melakukan keganasan ke?

Bersyukurlah kita kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih lagi mampu memakai baju cantik dan menyembur minyak wangi. Kita sekurang-kurangnya tidak senasib dengan seorang lagi saudara kita di Iraq. Negara yang pernah menjadi pusat kebudayaan Islam pada zaman kegemilangan Islam dahulu telah parah lukanya akibat pencerobohan rejim laknatullah Amerika Syarikat. Bagaikan mesin masa, rakyat Iraq ‘kembali’ ke abad ke-18. Kanak-kanak merempat, orang tua-tua meminta sedekah, golongan muda dibunuh. Pembaca semua mahu berada di tempat mereka? Penulis sendiri dengan jujurnya jikalau ditanya sedemikian akan berkata “Tidak sanggup.!” Namun kalau itulah nasib Malaysia satu hari nanti, penulis redha.

Penulis kepilkan kepada pembaca semua beberapa keping gambar tentang kesengsaraan saudara kita yang merempat di negara mereka sendiri. Jikalau pembaca mahu menangis silakan. Jikalau mahu meraung, silakan. Jikalau mahu berteriak silakan. Jikalau mahu meronta juga silakan. Sekurang-kurangnya, kita masih sedar  yang kita masih tahu hendak bersyukur.

 

Sekurang-kurang 'beliau' ini pandai mencari Nafkah..ada diantara kita hanya hendak mendapat ehsan masyarakat sahaja. Tak tahu bersyukurkah?

Tidak terasa sedihkah pembaca melihat kanak-kanak ini?

Berbekal gambar ayahnya yang telah meninggal, kanak-kanak ini menggagahkan diri mencari sesuap nasi

Bapa mithali ini menguatkan diri untuk mencari nafkah bagi keluarganya.

Disebabkan kemiskinan, nenek ini tidak mampu tinggal di rumah untuk mengharapkan rezeki daripada anak-anaknya.

Terseksa jiwaku melihat gambar ini..

Ibu ini boleh menjadi kuat berkali-kali ganda hanya disebabkan teringat anak-anaknya yang kelaparan di rumah.

Dimanakah kerajaan yang melaung-laungkan kesaksamaan dalam masyarakat?tidur lena di Istana milik rakyat ke?

Masih berbangga dengan harta yang tidak kekal ini?

Akhir sekali, sila hayati lagu daripada kumpulan Nasyid terkenal, Hijjaz yang bertajuk RINTIHAN..

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

2 responses to “Kenapa Kamu Tidak Tahu Hendak Bersyukur?”

  1. eroz says :

    cintai la negara kita sepenuh ati..

  2. takusahrisau says :

    dan syukur dengan nikmat kedamaian..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: