Can You Find 5th Pig?


Oleh: takusahrisau

Hari ini penulis ingin mengajak pembaca semua melihat beberapa risalah propaganda bijak semasa Perang Dunia Ke-2. Sebelum itu biarlah pembaca faham dahulu apa itu erti propaganda.

Propanganda daripada segi istilahnya adalah proses penyebaran informasi(bagi tujuan politk dan sosial) dan dotrin(bagi tujuan keagamaan) bagi mempengaruhi pendapat dan perlakuan seseorang.

Propaganda terdiri daripada dua matlamat iaitu untuk tujuan baik iaitu berniat untuk mengajak masyarakat melakukan kebaikan seperti kempen Belia Benci Dadah atau kempen Katakan TIDAK Kepada Rokok. Manakala matlamat yang kedua adalah untuk tujuan jahat seperti propaganda mengutuk sesebuah organisasi dan individu tertentu. Ini dapat dilihat daripada cara Amerika Syarikat menyebarkan propaganda mengenai kejahatan Iran, Korea Utara dan Iraq dalam setiap ucapan dan program Presiden mereka terutama ketika pemerintahan G.W. Bush jr.

Walau apapun jenis propaganda tersebut, yang penting adalah propaganda merupakan cara paling berkesan bagi mempengaruhi masyarakat dan rakyat. Contoh yang jelas adalah Hitler. Hitler sememangnya antara pemerintah yang pertama di dunia yang memahami peranan dan keberkesanan propaganda. Hitler sendiri pernah menulis mengenai propaganda secara khusus dalam bukunya Mein Kempf. Menurut Hitler di dalam bukunya, propaganda adalah alat yang penting untuk mempengaruhi rakyat. Caranya? Dengan menguasai media. Cara Hitler tersebut telah berjaya mengangkat beliau sebagai individu yang paling disayangi oleh masyarakat Jerman.

Jauh sebelum itu, propaganda sebenarnya digunakan bukannya untuk tujuan politik, tetapi bagi tujuan keagamaan. Agama yang secara terang-terangan menggunakan cara ini adalah Kristian Katholik. Pope Gregory XV telah menubuhkan Congregation for the Evangelization of Peoples(Jemaah Untuk Pendakwahan Masyarakat) pada 1622 bagi melaksanakan propaganda ajaran Kristian kepada negara-negara bukan Kristian. Antara penyebaran propaganda paling berkesan oleh organisasi Kristian ini adalah penyebaran Cateshism ke semua negara-negara bukan Kristian termasuklah negara kita Malaysia pada abad ke-16 hingga ke abad ke-17. Cateshism adalah manual ajaran Kristian dalam bentuk Pertanyaan dan Jawapan(Question and Answer). Penyebaran Cateshism secara meluas itu telah berjaya membuat beberapa masyarakat bukan Kristian tertarik kepada ajaran berkenaan. Bersyukur kepada Allah swt kerana masyarakat Malaysia(ketika itu Tanah Melayu) kuat berpegang kepada ajaran Rasulullah saw.

 

Pusat operasi Congregatio de Propaganda Fide(nama Latin bagi organisasi tersebut)

 

 

Propaganda Pakatan Berikat Kepada Pakatan Axis- Menarik!

Seperti yang diulas dengan panjang lebar di atas, propaganda mengandungi dua matlamat iaitu tujuan berniat baik dan berniat jahat. Dan kali ini, penulis ingin pembaca hayati beberapa propaganda Pihak Berikat kepada Pihak Axis(Jerman, Itali dan Jepun). Untuk menarik minat masyarakat bermacam cara mereka lakukan. Daya kreatif mereka itu yang penulis kagum. Penulis ucapkan jutaan terima kasih kepada individu-individu yang menyimpan bahan-bahan bersejarah seperti ini.

Ketika Perang Dunia Ke-2 berada di puncak sekitar 1944-1945, Pihak British telah menggunakan daya kreatif bagi mempengaruhi rakyatnya. British telah menyebarkan risalah-risalah yang mengandungi empat ekor khinzir. Dalam arahan tersebut tertulis,

Find the 5th pig? Puzzle

Arahan yang tidak jelas tersebut sebenarnya adalah arahan untuk melipatkan kertas tersebut yang mengandungi empat ekor khinzir bagi membentuk wajah pemerintah Jerman, Hitler. Ia kelihatan bergitu menarik.!

Propaganda yang dimaksudkan

Cantumkan keempat Khinzir ini!

 

Inilah hasilnya..menarik bukan?

Bergitu juga ketika Itali pimpinan Benito Mussolini menceroboh Greece. Pihak Greece di bawah pengaruh pakatan Berikat telah menyebarkan beribu-ribu risalah seperti British pernah gunakan. Seperti mana British pernah hasilkan, risalah ini juga mengandungi empat ekor Khinzir. Dan apabila dilipat, ia akan membentuk wajah Benito Mussolini. Cuba lihat di bawah:

 

Empat ekor Khinzir

apabila dicantumkan muncullah wajah Mussolini!

 

~Hitler semasa hayatnya sering mengungkapkan propaganda Third Reich. Jikalau pembaca seorang peminat sejarah Perang Dunia Ke-2, pembaca pasti perasan dengan perkataan tersebut. Namun, apakah ia Third Reich?

Sebenarnya Third Reich adalah merujuk kepada zaman pemerintah Hitler itu sendiri. Jika ada Third di mana First Reich dan Second Reich? Menurut Hitler sendiri, First Reich adalah zaman pemerintah Rom ketika Pax Romano(zaman kegemilangan Rom) dan Second Reich adalah zaman pemerintahan Willhem II,pemerintah monarki terakhir Jerman/Prussia(1888-1918).

 

 

 

Advertisements

Tags:

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: