Hantu Kum-Kum sebagai Alat Propanganda Penentang Ajaran Islam!


Oleh: takusahrisau

  

Mukadimmah

Sekitar tahun lewat 80-an dan awal 90-an, negara dikejutkan dengan pendedahan secara besar-besaran oleh sebuah akhbar mengenai seorang wanita yang disumpah akibat mengamalkan ilmu hitam. Akibat gagal menjaga pantang larang, wajah wanita tersebut cacat. Bagi mengembalikan wajah beliau menjadi cantik seperti sediakala, wanita misteri tersebut terpaksa membunuh 100 orang gadis sunti. (ada sumber mengatakan 99 orang). Akibatnya, ramai ibubapa menjadi gusar dengan keselamatan anak-anak gadis mereka. Ketika kisah ini hangat diperkatakan, ia sentiasa menjadi bualan utama di kedai kopi.

Bergitulah sedikit al-kisahnya mengenai wanita misteri yang mendapat jolokan sebagai Hantu Kum-Kum ini. Akan tetapi, mengapa ia digelar dengan sedemikian rupa?

Mengikut sumber majoriti, wanita tersebut mendapat nama daripada pelakuannya yang datang ke rumah mangsa dengan memberi salam tanpa menyebut assalamualaikum dengan betul. Hanya sebutan belakang sahaja yang didengari iaitu kum..kum

 

Kejanggalan Kisah Hantu Kum-Kum

Wanita yang sering memakai purdah hitam ini merupakan laporan akhbar yang paling pelik pernah dilaporkan di Malaysia. Manakan tidak, wanita yang dikaitkan sebagai hantu ini boleh memandu kereta yang dipercayai kancil berwarna merah. Lebih pelik lagi, gambar ‘hantu’ ini pernah dirakamkan wartawan sebuah akhbar ketika sedang memandu di sebatang jalan di negeri pantai timur.

 

Hantu Kum Kum adalah alat provokasi kepada golongan reformasi agama.

Menimbulkan tanda tanya-Hantu pandu kereta Kancil! 

Beberapa isu boleh menimbulkan tanda tanya. Sebagai contoh; gambar Hantu Kum-Kum pernah dirakam memandu kereta kancil seperti yang disebutkan di atas. Gambar tersebut menimbulkan beberapa keraguaan. Antaranya adalah:

Pertama, gambar tersebut dirakam tersangat jelas seakan-akan kereta tersebut langsung tidak bergerak. Untuk makluman pembaca, pada ketika itu, teknologi anti-shock masih belum lagi wujud.

Kedua, wajah wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda cacat, ia dapat dilihat melalui matanya.

 

Sekadar gambar hiasan

Tidak Logik Akal-Hantu Mampu Membunuh tapi Tiada Yang Terbunuh! 

Kisah Hantu Kum Kum adalah salah satu kisah yang bertaraf urban lagend dalam masyarakat Malaysia. Cerita ini tersebar dengan pantas sehinggakan penduduk asli di tanah air juga mengetahui cerita mengenai Hantu Kum Kum ini. Bergitulah pantasnya cerita Hantu Kum Kum ini tersebar. 

Namun, daripada segi logiknya, ia gagal diterima akal. Seseorang manusia normal bila berfikir secara intelektual akan merasakan cerita ini sangat mengarut dan rubbish. Manakan tidak, Hantu yang dikatakan mampu membunuh ini tetapi tiada langsung laporan polis yang mengatakan terdapat mangsa-mangsa dibunuh akibat daripada Hantu Kum Kum. Tidak logik bukan?

Apa yang penting sebenarnya daripada kisah yang ‘menakutkan’ ini ialah ia terkandung beberapa perkara tersirat. Sebagai warganegara Malaysia anda wajib mengetahuinya.

Pertama, kita selusuri zaman Malaysia ketika awal 50-an, 60-an dan 70-an. Lebih mudah untuk dipanggil, zaman Retro. Apa yang penulis ingin khususkan di sini adalah cara pemakaian tudung bagi golongan hawa ketika itu. Tanyalah ibu bapa pembaca semua, adakah mereka menutup aurat sepenuhnya ketika muda?penulis yakin dan pasti, jawapannya adalah tidak. Betul bukan?

Pada waktu tersebut, kebanyakan golongan hawa tidak menutup aurat. Mereka yang menutup aurat biasanya terdiri daripada golongan yang berpendidikan agama yang formal. Itupun boleh dibilang dengan jari.

Melihat keadaan itu, sekitar awal 80-an, wujud beberapa kelompok reformasi agama yang menyeru umat Islam kembali kepada pangkuan Islam. Saranan untuk menutup aurat menular di mana-mana sahaja termasuk di kaki-kaki lima, di masjid, di papan tanda dan risalah-risalah. Golongan tersebut tidak perlu diberi nama lebih senang penulis gelarkan golongan reformasi agama.

Namun, lumrah dunia, seorang penjuang mesti ada penentangnya. Dan bergitulah yang terjadi kepada golongan ini. Terdapat satu kelompok penentang yang memang tidak senang dengan keadaan tersebut(reformasi agama). Mereka telah menggunakan media utama bagi melumpuhkan gerakan reformasi agama ini. Dan salah satunya adalah dengan menggunakan watak Hantu Kum-Kum.

Seperti diketahui, Hantu Kum-Kum berpakaian purdah menutup mata. Ikon berpundah telah mengudang rasa takut kepada golongan kanak-kanak terutamanya. Terdapat satu kisah di mana seorang graduan daripada al-Azhar tidak menahan derita apabila sering diherdik dan dicerca kerana berpakaian purdah kerana menyerupai Hantu Kum-Kum. Akhirnya, beliau bertekad melepaskan pakaian suci itu dan berpakaian tudung seperti biasa. Inilah salah satu kejayaan propaganda dan populariti Hantu Kum-Kum.

Penggunaan watak Hantu Kum-Kum sebenarnya tidak lebih untuk menghalang aktiviti murni golongan-golongan reformasi agama tersebut. Hantu Kum-Kum akan digunakan untuk mengundang rasa takut kepada masyarakat kepada golongan terbabit yang mana terdiri daripada wanita-wanita yang berpurdah hitam. Golongan terbabit sering berdakwah daripada rumah ke rumah. Dan penyebaran kisah ‘memberi salam’ oleh Hantu Kum-Kum dengan mengetuk pintu rumah adalah signifikan kepada dakwah yang sering diamalkan golongan reformasi agama tersebut.

 

Strategi Tidak Berjaya-Ramai artis memilih tudung!

Malangnya, strategi golongan penentang tersebut tidak berjaya miskipun disokong oleh media secara terang-terangan. Masyarakat pada zaman 80-an dan 90-an ketika itu sudah mula celik minda dan teknologi. Sudah ramai yang berkelulusan tinggi sehingga ke menara gading. Golongan inilah yang menolak bulat-bulat cerita Hantu Kum Kum bahkan mereka adalah golongan yang utama yang mendokong revolusi agama di Malaysia.

Mereka mula membina imej bertudung litup dengan membina butik-butik sehingga ia menarik perhatian masyarakat muda di Malaysia. Bagaikan cendawan tumbuh akibat ditimpa hujan, berpusu-pusu masyarakat di Malaysia mula meninggalkan zaman jahiliah mereka, termasuklah ibubapa kita.

Malahan, golongan artis dan selebriti yang terkenal sosial telah mula berhijrah dengan memakai tudung seperti penghijrahan artis berprofil tinggi seperti Norkumalasari, Wan Chik Daud(isteri M. Rajoli) dan beberapa orang personaliti TV3.

Perlu diingatkan bahawa kebanyakkan stesen televisyen sekitar tahun 80-an melarang personaliti-personaliti wanita beragama Islam memakai tudung bagi ke udara membaca warta berita. Ironinya, pengarah besar stesen terbabit bukannya beragama Yahudi atau Kristian tetapi beragama Islam.!

Maka, perhijrahan Norkumalasari dan Wan Chik Daud amat-amat penulis bangga dan kagum kerana mampu menolak persepsi berminda sempit bos-bos mereka. Tahniah kepada anda berdua dan selamat jalan Hantu Kum Kum!.

 

 

~Revolusi agama di Malaysia giat bermula pada tahun 1980-an dan akhirnya berjaya membuka minda masyarakat mulai tahun 1990-an, tahun di mana propanganda Hantu Kum Kum mulai tersebar. Malaysia negara Islam, biarlah rakyatnya bebas mengamalkan ajaran Islam tanpa ada sebarang sekatan dan halangan.

 

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

5 responses to “Hantu Kum-Kum sebagai Alat Propanganda Penentang Ajaran Islam!”

  1. Maren Kitatau says :

    Hehehe! Takusah risau …

    Tapi,
    Kenama masyarakat kita ini gampang ditipu,
    Dan kenapa pula mereka gampang di adu?
    Ini yg aku risau!

    Sama satu lagi,
    Kesurupan masal …!

    Salam Damai!

  2. Nisa.MKR says :

    salam..thanks ya utk info..really need this..sbb someone pnah tanya,tahu x maksud kum2 ni..hurmm..now i know..

    syukran..mohon share.. =D

  3. Luna Biru says :

    Kisah hantu kumkum kini kembali dengan penerbitan KUMKUM the series.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: