Tajuk Muka Depan Akhbar yang melonjakkan Jualan!


Oleh: takusahrisau

 

Akhbar adalah salah satu sumber informasi kepada semua masyarakat tidak kira di ceruk mana mereka berada. Sehingga ke hari, syarikat akhbar di seluruh dunia bercambah bagaikan cendawan yang baru ditimpa hujan. Masing-masing memperagakan kelainan bagi menambat hati pembaca. Ada beberapa akhbar menggunakan isu seksual sebagai pelaris dan tidak kurang juga menggunakan isu misteri untuk ‘mengikat’ mood pembaca.

Walaubagaimanapun, tidak kiralah genre mana yang sesebuah syarikat akhbar tersebut gunakan, perlu diketahui bahawa muka utama memainkan peranan penting dalam melariskan jualan mereka. Sebagai contoh, bagi kes jenayah berprofil tinggi seperti kes pembunuh Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, jika terdapat sebuah akhbar meletakkan muka depan mengenai kejadian buang bayi sedangkan muka depan  akhbar yang lain ‘memainkan’ isu pembunuh tersebut, nescaya akhbar tersebut MESTI tidak laku di meja jualan.! Diulang sekali lagi,tidak laku.

Itulah keistimewaan muka depan sesebuah akhbar. Ia bagaikan wajah seseorang manusia. Jika diwajahnya terdapat parut, maka terus dicop penjenayah(walaupun tidak semestinya betul) dan bergitulah dengan muka depan akhbar, jika muka depannya memainkan isu-isu panas, hangat dan menarik mesti ramai pembaca akan membelinya.

Namun, tahukah anda, terdapat beberapa muka depan sesebuah akhbar yang telah melonjak jualannya dek kerana isu yang dimainkannya adalah isu paling hangat serta paling hendak diketahui oleh seluruh warga masyarakat. Baiklah, sebelum membuang masa, lebih baik saya lampirkan kepada pembaca 10 buah muka depan akhbar yang paling hangat jualannya diseluruh dunia. Selamat membaca:

 

10.       ‘Martin Luther King Shot to Death’ daripada Daily News keluaran 5hb April 1968

Daily News telah mengeluarkan edisi 5hb April 1968 mengenai kematian Martin Luther King yang ditembak mati di Memphis. Martin Luther King merupakan seorang pejuang kulit hitam sememangnya terkenal di Amerika Syarikat kerana sikap lantangnya mempersoalkan penindasan kulit putih terhadap kulit hitam. Oleh itu, berita kematian beliau sememangnya melonjakkan jualan akhbar Daily News yang hanya dijual 10sen pada ketika itu.

 

9.         ‘Liar,Liar’ daripada Daily News keluaran 18hb Ogos 1998

Skandal seks bekas presiden Amerika Syarikat iaitu Bill Clinton dengan pembantunya Monica Lewisky telah melonjakkan jualan Daily News malahan kebanyakkan akhbar yang menggunakan tema ini turut melonjak sama jualannya. Skandal seks Bill Clinton telah menyebabkan karier suami kepada Senator Hillary Clinton ini rebah menyembah bumi. Ironinya, hubungan suami isteri antara Bill dan Hillary tetap berjalan dengan lancar tanpa timbul desas-desus penceraian. Pelik sungguh warga Amerika ni yer…

 

8.         ‘Marilyn Monroe Found Dead in Probable Suicide’ daripada The Sun keluaran 6hb Ogos 1962

Marilyn Monroe adalah pelakon yang terkenal sekitar tahun pertengahan 50-an dan 60-an. Antara filem lakonannya adalah The Seven Years Itch(1955) dan Some Like it Hot(1959) telah melonjakkan karier lakonan insan yang pernah digelar simbol seks Hollywood ini. Kematiannya pada 5hb Ogos iaitu sehari sebelum muka depan ini dikeluarkan akibat pengambilan ubat secara overdos telah mengejut seluruh masyarakat di dunia.

 

7.         ‘Hitler Killed’ daripada Daily Record keluaran 2hb May 1945

Hitler adalah pemerintah Jerman yang berfahaman Nazi. Beliau digeruni oleh seluruh pemimpin di Eropah dan Amerika Syarikat kerana menentang idealogi kapitalis yang menjadi idealogi mereka. Tambahan pula, Hitler sering dikaitkan dengan pembunuhan besar-besaran warga Yahudi telah membangkitkan lagi kebencian terhadap beliau. Berita kematian beliau telah menyemarakkan seluruh jualan-jualan akhbar di dunia. Walaubagaimanapun, kematian beliau masih menjadi tanda tanya kerana terdapat spekulasi yang menyatakan Hitler tidak dapat dijumpai mayatnya dan mayat yang dirakamkan adalah salah seorang daripada berpuluh orang penyamarnya kerana kelainan daripada wajah dan misainya.

 

6.         ‘Obama Makes History’ daripada Washington Post keluaran 5hb November 2008

Barack Obama sememangnya telah mencipta sejarah Amerika Syarikat kerana dipilih menjadi presiden Amerika Syarikat pertama yang berkulit hitam. Jikalau diputarkan kembali, Amerika Syarikat hampir hancur apabila banyaknya pertelingkahan antara golongan kulit putih dan kulit hitam yang mana ia kelihatan mustahil untuk seseorang individu berkulit hitam memegang jawatan tertinggi di Rumah Putih. Walaubagaimanapun ia telah dapat dipecahkan oleh seorang yang bergelar Barack Obama Hussein.

5.         ‘The Great Plague!Many More Deaths Expected’ daripada The Newes keluaran 25hb August 1664

Pembaca jangan terkejut dengan ‘surat khabar’ seperti ini. Ini adalah kerana pada awal abad ke 15, surat khabar lebih menyerupai sebuah manuskrip daripada sebuah surat khabar. Istilah newspaper sebenarnya pada masa itu masih belum digunakan dan menggunakan istilah newsbook bagi merujuk kepada sesebuah ‘surat khabar’. Mengenai tajuk akhbar ini adalah mengenai wabak penyakit yang merebak dengan cepat di England yang hari ini dikenali sebagai Wabak Landon. Beribu-ribu rakyat Landon terkorban akibat wabak misteri ini.

 

4.         ‘We Blockade Cuba Arms’ daripada Daily News keluaran 23hb November 1962

Krisis nuklear antara Soviet-Amerika ketika Perang Dingin kian memuncak dengan terdedahnya penjualan senjata api Soviet kepada rakan sekutu komunisnya iaitu Cuba. Krisis ini dikenali sebagai Krisis Misil Cuba atau Krisis Oktober. Walaubagaimanapun, penjualan tersebut ditarik balik oleh Soviet setelah amaran daripada Amerika Syarikat untuk menyerang Cuba jika kepala-kepala peledak nuklear tidak ditarik balik oleh Soviet. Krisis ini adalah krisis yang akan menyebabkan hampir terjadinya peperangan nuklear antara Soviet dan Amerika Syarikat.

 

3.         ‘Warship’s planes start search for Miss Earhart;No definite signal heard’ daripada The New York Times keluaran 8hb Julai 1937

Kehilangan Amelia Earhart ketika misi mengelilingi dunia secara bersendirian telah mengejutkan seluruh rakyat Amerika dan masyarakat dunia. Pencarian selama berbulan-bulan gagal menemui kata putus. Dan akhirnya diistihyharkan Amelia Earhart sebagai insan yang hilang. Sehingga ke hari ini, kehilangan Amelia menimbulkan pelbagai spekulasi dan kontroversi.

 

2.         ‘Japs Bombs Hawaii’ daripada Daily News keluaran 8hb Disember 1941

Serangan Jepun secara besar-besaran di pengkalan Amerika Syarikat di Pearl Harbour menyebabkan Amerika Syarikat yang pada mulanya tidak akan menyertai perang telah pun bertukar fikiran untuk menyertai perang yang akan dinamakan Perang Dunia Ke-2. Amerika Syarikat telah menyertai Pakatan Berikat bersama-sama British, Perancis, Kanada dan negara-negara Komanwel telah mengistiyharkan perang besar-besaran ke atas semua Pakatan Paksi yang terdiri daripada Jerman, Jepun, Itali, dan negara sekutunya. Maka, dengan rasminya, Perang Dunia Ke -2 bermula daripada detik ini.

 

 

1.         ‘U.S Attacked’ daripada The News York Times keluaran 12hb September 2001

Tajuk yang digunakan oleh The News York Times telah mengejutkan seluruh rakyat Amerika Syarikat secara keseluruhannya. Kejadian 11 September merupakan tragedi yang paling diingati sampai bila-bila oleh seluruh rakyat Amerika. Tragedi tersebut telah mengorban beribu-ribu orang nyawa yang kesemuanya adalah ahli-ahli koperat dan profesional. Jualan akhbar The News York Times melonjak dengan mendadak pada hari itu kerana rakyatnya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kejadian tersebut.

Advertisements

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: