Archive | September 21, 2010

Amerika Syarikat akan membina pesawat tanpa juruterbang TERBARU!

Oleh: takusahrisau

 

Sistem risikan Amerika Syarikat akan bertambah kukuh dengan pembinaan jet perisik tanpa pemandu yang dibina oleh syarikat penerbangan terkemuka Amerika Syarikat, Boeing. Jet risikan yang digelar SolarEagle akan mampu menjalankan misinya tanpa perlu mendarat di bumi selama lima tahun.!

Defence Advanced Research Projects Agency(DARPA) telah bertanggungjawab memberi kontrak yang bernilai $89 billion kepada Syarikat Boeing bagi merealisasikan projek ini. Dijangkakan bahawa SolarEagle akan memulakan penerbangan pada awal tahun 2014.

Inilah gambaran SolarEagle yang akan beroperasi menjelang tahun 2014.

Semasa demostrasi penerbangannya baru-baru ini, SolarEagle mampu berada di atas atmosfera selama 30 hari dengan menggunakan panel sistem solar sebagai sumber tenaga pada siang hari dan kemudian menyimpan dalam fuel cell untuk digunakan semasa operasi pada waktu malam.

Jet perisik ini dilengkapi dengan sistem motor dan kipas propeller yang efisien dengan sayap yang panjangnya 400 kaki bagi menambahkan kecekapan memerangkap cahaya matahari bagi keperluan operasinya.

Syarikat pembina jet risikan berteknologi tinggi ini adalah syarikat Phantom Works, cabang kepada Syarikat Boeing. Phantom Works juga bertanggungjawab membina jet tanpa pemandu, Phantom Ray yang bakal memulakan operasi pada tahun 2011.

 

 

~Artikel ini dirujuk sepenuhnya dalam laman sesawang www.dailymail.co.uk

Advertisements
%d bloggers like this: