Komander Hamas ditembak mati komando Israel!


 Oleh: takusahrisau

 

RAMALLAH/ BANDAR GAZA: Rejim Israel sekali lagi memperlekehkan rundingan damai Palestin-Israel yang berlangsung sejak Selasa lalu di New York. Israel sememangnya terkenal sombong dan angkuh telah menembak mati Komander Hamas Iyad As’ad Abu Shilbayeh,37. Iyad As’ad Abu Shilbayeh adalah komander Briged Al-Qassam yang juga pecahan tentera bersenjata Hamas.

 

Jenazah Iyad As’ad Abu Shilbayeh diusung ke perkuburan kem pelarian Nur Sham di Tebing Barat,Bandar Tulkarmon.

Menurut adik kepada Iyad As’ad iaitu Mohammed Shilbayeh, kem yang menempatkan pelarian-pelarian Gaza telah diserbu oleh sedozen kenderaan tentera Rejim Israel sekitar jam 2 pagi. Mereka menggunakan Mohammed Shilbayeh sebagai perisai manusia semasa insiden pencerobohan tersebut.

 

Kemudian, komando Israel memecah pintu bilik abangnya dan menembak Iyad As’ad sebanyak tiga kali yang mana satu menembusi leher dan dua lagi menembusi dada.

 

Komando Israel kemudian mengambil mayat Iyad As’ad sebelum membenarkan Hamas menuntutnya pada pagi semalam(Jumaat).

 

Dalam insiden pencerobohan tersebut, komando Israel juga telah menahan 15 orang pelarian yang dipercayai adalah anggota dan penyokong Hamas.

 

Insiden pembunuhan ini bakal merencatkan hubungan damai dua hala antara Palestin dan Israel.

 

~Artikel ini bersumberkan daripada http://www.arabnews.com (klik SINI)

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: