Tahniah PDRM!


Oleh: takusahrisau

 

Jika anda lihat gambar yang penulis akan siarkan di bawah ini, sekali imbas mungkin tidak perasan ada sesuatu istimewa yang tersirat di dalamnya. Gambar ini seperti yang sedia maklum memaparkan suspek utama pembunuhan Sosilawati dan tiga orang rakannya yang lain iaitu Datuk Pathmanabhan a/l Nalliannen. Suspek yang disyaki membunuh dengan kejam (memukul+membunuh+membakar) Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya iaitu peguam peribadi Sosilawati, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki yang dipercayai pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shansuddin, 44.

Nawaitu penulis memaparkan deretan-deretan gambar ini adalah untuk mengucapkan ribuan tahniah kepada kepekaan PDRM dan pihak berkuasa lainnya dalam menyelesaikan kes melibatkan pelbagai kaum yang mana dalam kes pembunuhan Sosilawati suspek utama adalah berbangsa India.

Diiringi oleh penyiasat yang juga sebangsa dengan suspek.Tahniah PDRM.

Ketika di pejabat suspek

Suspek(tengah) diiringi oleh dua lelaki juga berbangsa India di pejabatnya di Jalan Kemboja

Skuad penyiasat membawa CPU daripada pejabat suspek yang dipercayai mengandungi dokumen yang bakal melancarkan pembicaraan ke atas suspek.

seorang suspek ditunjukkan tempat pembuangan abu. Lihat terdapat tiga bangsa India dan seorang Melayu yang menjalankan operasi penyiasatan. Bayangkan jika Melayu memegang kepala suspek, ia mungkin menimbulkan rasa kurang senang keluarga suspek.Tahniah PDRM.

Apabila dilihat dalam gambar di atas, yang mengiringi suspek utama adalah sama bangsa dengan suspek yang mana penulis dapat rasakan bahawa jika yang mengiringi suspek adalah bangsa selain daripada suspek, maka akan timbul rasa tidak senang dalam hati keluarga suspek utama ini. Langkah bijak dan cermat yang dilakukan oleh PDRM dan skuad penyiasatnya inilah yang penulis ingin ucapkan ribuan tahniah.

Suspek dibawa ke pejabatnya bagi memudahkan siasatan dijalankan.

Dalam negara yang berbilang kaum ini, tidak mustahil negara boleh hancur dek kerana cetusan api perkauman. Lihat sahaja di Afrika, berapa lama mereka berperang dek kerana perbezaan etnik dan agama. Jika masing-masing keras hati dan tidak menjaga hati bangsa-bangsa lain, inilah akibatnya;Perang Saudara.!

Islam mengajar kita bertolak-ansur. Pada zaman Rasulullah saw sendiri iaitu ketika pembentukan piagam Madinah, etnik Yahudi diberi keistimewaan yang tersendiri. Jika insan paling istimewa seperti Rasullulah saw boleh bertolak ansur, masakan kita umatnya menidakkan apa yang telah Rasullulah buat. Bersyukur ke hadrat Allah kerana Allah menghadiah sekujur insan yang boleh dijadikan panduan hingga ke akhir zaman. Alhamdullilah.

Dalam kes yang berprofil tinggi ini, sekecil-kecil maklumat akan dikorek dan digali. Diharapkan, jika fakta yang dikeluarkan melibatkan isu-isu sensitive, semoga janganlah ada di antara kita cuba mengapi-apikan antara satu bangsa dengan bangsa yang lain. Dalam akhbar hari ini pun terpapar beberapa amanat daripada menteri supaya tidak mencetuskan api-api perkauman.

Apapun, tidak terlampau awal rasanya untuk penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia yang mana akan tiba pada 16hb September yang bersamaan dengan 7hb Syawal 1431H. Semoga kita sebagai bangsa Malaysia boleh hidup aman damai hendaknya. InsyaAllah.

 

~Gambar-gambar di atas diambil daripada pelbagai sumber iaitu daripada surat khabar online, blog-blog peribadi pengamal media dan sebagainya.

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

5 responses to “Tahniah PDRM!”

  1. eroz says :

    nice..tp polis bleh berambut panjang ker

  2. cha says :

    terima kasih, entry ni menjawab persoalan yg bersarang, tumpang bangga sebab menjadi keluarga PDRM 🙂 teruskan menulis sahabat. betul, sebab tu pegawai PDRM tak boleh simpan jambang dan mesti sentiasa kemas.

  3. RICHARD says :

    Saya ingin tahu bagaimana menyertai pasukan Polis D-8.saya mempunyai Diploma dalam Jurusan Mekatronik.dan saya juga ingin tahu bagaimana atau dimana saya boleh meneruskan pengajian tinggi saya dalam sarjana supaya saya mendapat pangkat sesuai.adakah PDRM mempunyai kolej supaya saya dapat membuat sarjana saya supaya mendapat kerja di pasukan D-8.saya tidak tahu dimana untuk memperolehi maklumat mengenai Polis dan saya berharap agar encik dapat menolong saya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: