Gilles de Rais,Bapa kepada Pembunuh-pembunuh Kejam!


Oleh: takusahrisau

 

Gilles De Rais-Perintis jenayah bersiri di dunia!

 

Beliau dilahirkan pada tahun 10hb September 1404 di Machecoul, Nantes sempadan dengan wilayah Britanny. Beliau pernah menjadi ahli dalam House of Montmorency-Laval  di Perancis. House of Montmorency-Laval adalah salah satu daripada keluarga diraja tertua di Eropah suatu ketika dahulu.

Gilles de Rais

Sejak kecil, beliau yang diasuh oleh datuknya iaitu Jeanne de Craon selepas kematian ayahnya ketika beliau masih kecil telah dilatih untuk menjadi seorang bangsawan pada masa dewasa. Datuknya sanggup melakukan apa sahaja bagi meningkat taraf kehidupan Rais termasuklah beberapa kali cuba menikahkan Rais dengan seorang anak bangsawan. Croan pernah cuba menikahkan pewaris Jeanne de Paynol dan puteri bernama Beatrice de Rohan, anak saudara kepada Duke of Britanny tetapi gagal. Namun, cubaan kali ketiga Croan berjaya apabila menyaksikan perkahwinan Catherine de Thouars of Britanny,pewaris La Vendee dan Poitou.

Chateau Tiffauges

Walaupun Rais dikenali sebagai panglima tentera Perancis yang berperang bersama-sama Joan of Arc menentang tentera Inggeris dan tentera Burgadian tetapi ia tidak bermakna beliau seorang yang berhati mulia. Beliau dikenali oleh rakyat Perancis sebagai lelaki yang tidak berhati perut kerana tergamak membunuh kanak-kanak yang berumur 6 hingga 18 tahun yang jikalau dihitungkan seramai 600 orang.!

Kekejaman yang beliau lakukan ini telah menutup segala kebaikan beliau yang pernah menyelamatkan Perancis daripada kalah dalam perang menentang Inggeris.

 

Modus Operandi

Melalui biografinya tulisan Jean Benedetti pada tahun 1971, Rais yang sebenarnya dikenali sebagai golongan bangsawan berhati mulia. Beliau disukai oleh kanak-kanak. Namun, ia hanyalah lakonan semata-mata. Menurut Jean Benedetti; Rais mula melakukan jenayahnya seawal dengan lakonannya menggoda kanak-kanak dengan pakaian mewah dan makanan mewah. Kanak-kanak yang digoda beliau hanya yang berambut perang dan bermata biru. Berikut adalah kronologi Modus Operandi Rais:

Kronologi Modus Operandi pembunuhan Gilles de Rais

 

 

Dalam satu rekod, apabila mayat kanak-kanak yang dibunuhnya sudah tidak lagi bernyawa, beliau dengan bangganya berada di atas perut kanak-kanak tersebut dan ketawa. Tersebarnya berita ini menyebabkan rakyat Perancis bangkit menghamburkan kata-kata nista kepada bekas bangsawan ini.

Mayat kanak-kanak tersebut akan dihilangkan buktinya dengan membakar di dalam bilik pendiangan Rais. Kemudian, abunya akan di buang di cesspit(tempat pelupusan di Eropah) dan tempat-tempat tersembunyi. Inilah yang menyebabkan para penyiasat gagal mendapat kata sepakat tentang jumlah sebenar mangsa yang dibunuhnya dan jumlah yang diumumkan di mahkamah adalah hasil siasatan terhadap Rais dan para pembantunya, Guillaume Hilairet dan Etienne Corrillaut a.k.a Poitou. Mangsa terakhir yang direkodkan adalah anak lelaki kepada Eonnet de Villeblanche.

Pada 23hb Oktober 1440, Hilairet dan Poitou dijatuhi hukuman mati dan pada 25hb Oktober 1440, seperti yang dijangkakan, Rais turut dijatuhi hukuman mati. Hukuman kemudian dijalan keesokkan harinya menyaksikan Rais, Hilairet dan Poitou digantung dan dibakar. Seperti yang diwasiatkan oleh Rais, mayatnya yang rentung kemudian disemadikan di biara Notre-Dame des Carmes di Nantes. Nasib Hilairet dan Poitou bagaimanapun lagi teruk apabila mayatnya dibakar hingga menjadi abu dan disemadi di tempat yang tidak diketahui.

 

Ketika hukuman dijalankan

Kontroversi

Penyokong-penyokong dan keluarga terdekat Rais menyatakan bahawa Rais telah difitnah dengan melakukan pembunuhan kerana musuh-musuh Rais mahukan harta kekayaan Rais. Rais dikenali sebagai antara individu terkaya pada masa itu. Walaubagaimanapun, ia disangkal oleh hakim yang mengadili Rais kerana bukti yang ditunjukkan telah membuktikan Rais memang seorang pembunuh bersiri yang sadis.

Terdapat juga dakwaan bahawa Rais membunuh kanak-kanak disebabkan terpengaruh dengan kata-kata seorang tukang sihir bernama Francesco Prelati yang mengajar Rais menukarkan segala barangan kepada emas bagi menambahkan kekayaan beliau. Prelati menambah syarat bahawa beliau terpaksa membunuh kanak-kanak dan memuja mayatnya bagi mempersembahkan kepada jin Baron.

Setelah kematian Rais, anaknya bernama Marie yang tidak pernah percaya bapanya seorang pembunuh bersiri telah meletak batu tanda memorial di tempat bapanya digantung dan dibakar. Tempat itu kemudiannya menjadi tempat tumpuan orang ramai terutamanya ibu yang mengandung kerana mereka percaya ia mampu memperbanyakkan susu mereka kelak. Walaubagaimanapun, memorial tersebut dihancurkan oleh puak Jacobian semasa Revolusi Perancis.

 

Advertisements

Tags:

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: