Terjawab sudah Individu yang Digelar Peguam bergelar Datuk!


Oleh: takusahrisau

 

Akhirnya sudah terjawab siapakah sebenarnya peguam dajal yang media arus perdana gelarkan peguam bergelar datuk itu. Rasanya tiada salahnya jika penulis menulis hal-hal berkaitan kes ini kerana polis dan pasukan penyiasatnya sudah pun menangkap suspek-suspek utama dan lokasi pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain telah pun digeladah dan diperiksa.

 

Pujian tidak terhingga kepada pasukan polis, pasukan penyiasat, unit penyelam, forensik dan tidak lupa kepada liputan meluas daripada surat khabat-surat khabar utama tanah air dalam menyelesaikan kes berprofil tinggi ini tidak sampai sebulan selepas laporan polis dibuat pada 30hb Ogos 2010 oleh anak sulung allayarhamah Sosilawati.

 

Walaupun surat khabar dan media-media elektronik serta blogger-blogger sering dikaitkan dengan ‘pengacau suspek dan bahan bukti’, tetapi dalam kes kali ini, peranan ketiga-tiga elemen inilah membantu polis dalam menyelesaikan kes Sosilawati ini. Sebagai contoh mengenai penemuaan kereta-kereta mangsa yang ditemui di kawasan Subang Jaya. Jika tidak kerana surat khabar, media-media elektronik seperti TV3,TV1 dan sebagainya serta infomasi daripada blogger-blogger mana mungkin polis dapat menemui kereta suspek secepat itu. Pujian kepada insan yang memberitahu polis berkenaan kereta ‘misteri’ tersebut kerana ia merupakan titik tolak kepada penemuaan-penemuaan yang seterusnya.

  

Melalui blogger dan pengamal media Mazidul Akmal Sidek(klik SINI), beliau mengeluarkan ‘statement’ bahawa tidak usah dimainkan api-api perkauman. Jesteru ia menimbulkan tanda tanya, apakah  identiti sebenarnya peguam bergelar datuk ini? Penulis dapat rasakan bahawa pembaca-pembaca yang sempat melayari blog Mazidul semalam turut sama merasa pelik dengan statement sedemikian.

 

pernyataan daripada Mazidul supaya jangan memainkan api perkauman.!

Rupa-rupanya, suspek yang disyaki adalah seorang lelaki berketurunan India. Peguam yang selama ini digelar peguam bergelar datuk itu adalah Datuk Pathmanabhan a/l Nalliannen. Turut disebut oleh media cetak bahawa adiknya turut bersubahat dan turut ditahan bersama-sama dengannya dan 6 orang yang lain. Adik beliau adalah Surrendren a/l Nalliannen, seorang doktor gigi.

 

Melihat daripada wajahnya, langsung tiada rupa seorang penjenayah kejam. Lainlah kalau muka mereka berdua ini seperti Mat Komando, Botak Ching, Batang Kali dan sebagainya. Tetapi, dalam hati, siapa yang tahu. Datuk Pathmanabhan a/l Nalliannen yang dikaitkan dengan saingan perniagaan dengan dua orang mangsa beliau iaitu Sosilawati dan peguam peribadi Sosilawati, Ahmad Kamil Abdul Karim telah memaksa beliau untuk mengarahkan ‘anak-anak buahnya’  untuk membunuh, membakar dan membuang abu mayat-mayat mangsa.

 

Peguam bergelar Datuk, Datuk Pathmanabhan a/l Nalliannen

adik peguam bergelar datuk, Surendren a/l Nalliannen

Tengoklah hanya segumpal kertas yang diberi nama duit, manusia sanggup berbunuh-bunuhan. Kesian.!

 

 

 

Advertisements

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

11 responses to “Terjawab sudah Individu yang Digelar Peguam bergelar Datuk!”

  1. Khairul says :

    Ini adalah satu kes yang sangat mengemparkan rakyat kaum melayu. Rupa-rupanya, suspek yang disyaki adalah seorang lelaki berketurunan India. Peguam yang selama ini digelar peguam bergelar datuk itu adalah Datuk Pathmanabhan a/l Nalliannen. Adik nye adalah Surrendren a/l Nalliannen, seorang doktor gigi.
    Kedua dua rang nih nampak cam orang baik, tapi pada hakikatnya, mereka nih terlibat dalam bermacam macam jenayah macam rasuah, money laundering, cetak rompak produk nombor nombor, dan gangsterism!
    Ini mesti kes mengenai wang. tu Pathmanabhan yang dikaitkan dengan saingan perniagaan dengan dua orang mangsa beliau iaitu Sosilawati dan peguam peribadi Sosilawati, Ahmad Kamil Abdul Karim telah memaksa beliau untuk mengarahkan ‘anak-anak buahnya’ untuk membunuh, membakar dan membuang abu mayat-mayat mangsa.

    kesian la datuk sosilawati nih….

    • takusahrisau says :

      yer..dakwaan pertama ke atas datuk Pathmanabhan ni adalah pembuat wang haram atau money laundering sebab dakwaan membunuh masih belum cukup bukti..
      kes datuk peguam ni macam kes al Capone dulu2 di USA..nk tahan al Capone sbb mmbunuh sah2 tak dpt sbb tak cukup bukti..so..kene la polis tahan al Capone kerana penjualan arak haram dan kesalahan tidak istiyharkan harta..
      sejarah sentiasa berulang..cume..watak..masa dan tempat sahaja yang berubah..

      dan satu ag pasal jenayah bunuh membunuh ini..berkenaan modus operandi..modus operandi bagaikan cap jari kepada pembunuh..ini kerana,setiap jenayah akan melakukan modus operandi yang sama..dalam kes ini membuktikan segalanya..
      penjenayah ini masih belum cekap dalam menjalankan jenayah..penjenayah yang HEBAT tidak akan melakukan modus operandi yang sama kerana modus operandi yang sama akan menyebabkan diri mereka mudah tertangkap dan terperangkap dengan ‘jerangkap samar’ pihak berkuasa.

  2. kelhome says :

    aku sangat setuju dengan mazidol supaya isu perkauman jangan dipanaskan.. tapi aku rasa akan ada pihak yg akan panaskannya

    • takusahrisau says :

      jangan mudah terpengaruh..biasanya yang menjadi panas ni bila ada discussion di forum-forum..usah terpengaruh..
      lagipun niat peguam yang bergelar datuk tu bunuh sosilawati dan 3 rakan bukannya disebab isu perkauman..tetapi kerana isu persaingan perniagaan dan wang ringgit..

      apapun kita doakan moga kes ni diadili dengan seadil-adilnya..

  3. cindy says :

    Kita harus bertanya:
    1.Adakah jenayah berdasarkan kaum????
    2. Mengapa wujud perkataan orang kita??Bukankah yang mati itu seorang manusia?
    3.Merujuk kepada kenyataan MP Pokok Sena…Mengapa PDRM tidak ambil tindakan terhadap laporan2 awal????
    4.Mengapa Pakatan dipersalahkan?Cuba kita fikirkan siapa yang selalu mendapat gelaran DATO..orang BN dan dalam kes ini MIC.Jadi mengapa ada pihak yang melibatkan Hindraf??Setahu saya tiada pemimpin Hindaraf yang ada gelaran Dato.
    5.Cubalah kita berfikir sebagai rakyat Malaysia..Bukan orang kita atau puak ini dan puak itu…Dan saya seorang berketurunan India dan saya amat berharap penjenayah2 mendapat hukuman yang sewajarnya..sama spt saya masih berharap kes Nurin akan mendapat kedilan.Om.

    • takusahrisau says :

      soalan 1 saudari cindy penulis tidak berani menjawabnya kerana sebagai penulis blog, penulis terikat dengan etika penulisan yang ketat.Namun apa yang penulis boleh katakan, penulis percaya kes pembunuhan sosilawati dan 3 rakannya ini langsung tidak membabitkan perkauman.
      Berkenaan soalan ke-2 saudari, ayat ‘orang kita’ memang ada digunakan sesetengah forumer dan blogger namun ia tidak mewakili semua forumer dan blogger. Harapnya saudari tidak terasa hati. Saudari perlu ingat, satu buah yang buruk, tidak bermakna satu pohon buahnya buruk.
      Soalan ke-3 penulis tidak berani untuk menjawabnya.harap maaf.
      Berkenaan soalan ke-4, penulis tidak nafikan ada beberapa forumer dengan lantang menyalahkan Hindraf. Mereka perlu ingat bahawa, jika siasatan dan pembicaraan belum selesai, jangan mudah membuat spekulasi. Diharap forumer dan blogger bertanggungjawab dalam setiap penulisannya.
      Soalan 5: saya juga mengharap kes Nurin dapat diselesaikan. Jangan menjadi kes Jack the Ripper,sampai sekarang kes berkenaan belum selesai miskipun polis yang menyiasat kes ini adalah polis terhebat di dunia iaitu Scotland Yard. Apapun, kita berharap kes ini diadili dengan seadil-adilnya.

  4. eshanne says :

    Apa benda plak isu perkauman ni … adusshhh kalau ye pun, kita ni 1Malaysia tak yah la nak ungkit .. si Mazidol ni pun satu, buat karangan jangan la dibabitkan dengan perpaduan atau pun perkauman, benda ni yang boleh buat kontroversi…

    Orang ramai tak akan bercakap tentang benda ni sebab kita semua 1Malaysia, diungkitkan hal ni so orang ramai pun akan terpikir.. kenapa plak tak bleh nak pertahankan bangsa – bangsa dimalaysia? da ni satu pembunuhan .. cerita je la pasal pembunuh tu .. jangan dibabitkan hal Perpaduan.

    Setengah hal tu boleh la dikaitkan tapi kalau hal macam ni, cerita baru, tajuk baru, pastu tengok karangan tajuk yang sama .. PERPADUAN!!

    This is insane, but trust me, this is not what they called a professional writer.. Jangan diungkitkan ..

    P/s – Cuma pandangan je.. Anyway .. Bodoh la datuk ni ehh.. eRmm.. Pasal duit semua pun boleh jadi, pastu anak bini siapa nak jaga? Bongok..

    • takusahrisau says :

      bukan salah mazidul yang menyebut mengenai pepaduan itu. Penulis rasakan niat beliau ikhlas kerana kerjaya beliau sebagai pengamal media sepenuh masa, beliau lebih mengetahui sikap-sikap manusia ini.

      Saudara Mazidul walaupun tidak menyebut pasal pepaduan, ia akan dibangkitkan di dalam forum-forum. Perlu diingatkan penulis tidak menyebelahi mana-mana pihak. 🙂

      Apapun, thanks bagi pandangan dalam blog penulis. keep it up..

    • takusahrisau says :

      tu la..tp kita ni manusia..kalau ada kuasa untuk mengetahui masa hadapan..memang tiada jenayah dalam dunia ni..
      tu la sebahagian daripada lumrah kehidupan..ada jahat ada baik..ada alim..ada jahil..so..sama-sama kita saling nasihat-menasihati..

  5. tak kuat umno says :

    agama islam, hindu, kristian, budha dan lain2 ugama tak ajar bunuh orang atau binatang tanpa sebab…pemimpin2 kaum yg ikhlas pong gitu, mereka sentiasa mencari peluang untuk merapatkan jurang2 yg wujud..pemimpin yg jahat bersifat sebalik nya..walLLAHU a’Lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: