Archive | September 13, 2010

Terjawab sudah Individu yang Digelar Peguam bergelar Datuk!

Oleh: takusahrisau

 

Akhirnya sudah terjawab siapakah sebenarnya peguam dajal yang media arus perdana gelarkan peguam bergelar datuk itu. Rasanya tiada salahnya jika penulis menulis hal-hal berkaitan kes ini kerana polis dan pasukan penyiasatnya sudah pun menangkap suspek-suspek utama dan lokasi pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain telah pun digeladah dan diperiksa.

 

Pujian tidak terhingga kepada pasukan polis, pasukan penyiasat, unit penyelam, forensik dan tidak lupa kepada liputan meluas daripada surat khabat-surat khabar utama tanah air dalam menyelesaikan kes berprofil tinggi ini tidak sampai sebulan selepas laporan polis dibuat pada 30hb Ogos 2010 oleh anak sulung allayarhamah Sosilawati.

 

Walaupun surat khabar dan media-media elektronik serta blogger-blogger sering dikaitkan dengan ‘pengacau suspek dan bahan bukti’, tetapi dalam kes kali ini, peranan ketiga-tiga elemen inilah membantu polis dalam menyelesaikan kes Sosilawati ini. Sebagai contoh mengenai penemuaan kereta-kereta mangsa yang ditemui di kawasan Subang Jaya. Jika tidak kerana surat khabar, media-media elektronik seperti TV3,TV1 dan sebagainya serta infomasi daripada blogger-blogger mana mungkin polis dapat menemui kereta suspek secepat itu. Pujian kepada insan yang memberitahu polis berkenaan kereta ‘misteri’ tersebut kerana ia merupakan titik tolak kepada penemuaan-penemuaan yang seterusnya.

  

Melalui blogger dan pengamal media Mazidul Akmal Sidek(klik SINI), beliau mengeluarkan ‘statement’ bahawa tidak usah dimainkan api-api perkauman. Jesteru ia menimbulkan tanda tanya, apakah  identiti sebenarnya peguam bergelar datuk ini? Penulis dapat rasakan bahawa pembaca-pembaca yang sempat melayari blog Mazidul semalam turut sama merasa pelik dengan statement sedemikian.

 

pernyataan daripada Mazidul supaya jangan memainkan api perkauman.!

Rupa-rupanya, suspek yang disyaki adalah seorang lelaki berketurunan India. Peguam yang selama ini digelar peguam bergelar datuk itu adalah Datuk Pathmanabhan a/l Nalliannen. Turut disebut oleh media cetak bahawa adiknya turut bersubahat dan turut ditahan bersama-sama dengannya dan 6 orang yang lain. Adik beliau adalah Surrendren a/l Nalliannen, seorang doktor gigi.

 

Melihat daripada wajahnya, langsung tiada rupa seorang penjenayah kejam. Lainlah kalau muka mereka berdua ini seperti Mat Komando, Botak Ching, Batang Kali dan sebagainya. Tetapi, dalam hati, siapa yang tahu. Datuk Pathmanabhan a/l Nalliannen yang dikaitkan dengan saingan perniagaan dengan dua orang mangsa beliau iaitu Sosilawati dan peguam peribadi Sosilawati, Ahmad Kamil Abdul Karim telah memaksa beliau untuk mengarahkan ‘anak-anak buahnya’  untuk membunuh, membakar dan membuang abu mayat-mayat mangsa.

 

Peguam bergelar Datuk, Datuk Pathmanabhan a/l Nalliannen

adik peguam bergelar datuk, Surendren a/l Nalliannen

Tengoklah hanya segumpal kertas yang diberi nama duit, manusia sanggup berbunuh-bunuhan. Kesian.!

 

 

 

Advertisements

Gambar-gambar terbaik daripada Hadiah Fotografi Astronomi..

Oleh: takusahrisau

 

Hadiah Fotografi Astronomi

 

Baru-baru ini satu majlis untuk mengikhtiraf fotografi astronomi telah diadakan di Royal Observatory,Greenwich. Anugerah ini adalah yang kedua kalinya diadakan setelah berjaya diadakan pada tahun sebelumnya. Apa yang menariknya mengenai anugerah ini adalah ia memberi peluang kepada pelbagai peringkat umur bagi mencuba nasib. Berikutan kejayaan majlis yang diadakan pada tahun lepas, pada kali ini sebanyak 500 keping gambar dihantar bagi dinilai daripada seluruh dunia. Menurut hakim Marek Kukula di Royal Observatory,

”We were really blown away by the quality of all of the almost 500 entries this year, So, congratulations to all who entered but in particular, congrats to the 22 winners tonight.” 

Anugerah paling tertinggi dimenangi oleh Tom Lowe daripada Amerika Syarikat. Imej yang dihantar sememangnya menarik dan penuh kualiti yang mana ia memaparkan sebatang pokok yang dipercayai antara tertua pernah direkodkan dengan berlatarbelakangkan gugusan bintang Bima Sakti. Imej ini diambil oleh Tom Lowe di Sierra Nevada. Menurut Marek Kukula mengenai pemilihan imej daripada Tom Lowe,

“I have to say, this pictures perfectly captures the spirit of the Astronomy Photographer of the Year competition,” 

Berikut adalah kategori-kategori yang ditawarkan;

Pemenang Keseluruhan – Astronomy Photographer of the Year 2010

Blazing Bristlescone daripada Tom Lowe

 

  • Hadiah: £1000

Earth and Space

dengan menggunakan kamera Canon EOS 5D Mark II DSLR dengan lensa Canon EF 16-35mm 'setting' pada 16mm membolehkan Tom Lowe merangkul hadiah keseluruhan dan kategori Earth and Space.

  • Juara: £250
  • Tempat ke-2: £100
  • Penyertaan dengan pujian tertinggi: £50

Our Solar System

Foto yang melibatkan matahari dan gugusan planet, bulan, asteroids dan komet.

Siberian Totally daripada Anthony Ayiomamitis

  • Juara: £250
  • Tempat ke-2: £100
  • Penyertaan dengan pujian tertinggi: £50

Deep Space

Foto melibatkan pelbagai benda di sistem solar, termasuklah bintang, nabula dan galaksi.

Orion Deep Wide Field daripada Rogelio Bernal Andreo

  • Juara: £250
  • Tempat ke-2: £100
  • Penyertaan dengan pujian tertinggi: £50

Hakim tahun ini menambah dua anugerah disebabkan penyertaan mengalakkan tahun sebelumnya:

People and Space

Foto yang melibatkan manusia dan angkasa dalam bentuk yang kreatif.

Photon Worshippers daripada Steve Christensen

 

  • Hadiah: £250

Best Newcomer

Whirlpool Galaxy daripada Kin Macistoch

Hakim memberi penghargaan kepada sebarang peserta yang hanya menggunakan fotografi sebagai hobi dan penggunaan alatan fotografi yang terhad seperti kamera digital normal.

  • Hadiah: £250

Young Astronomy Photographer of the Year

Kategori bahawa 16 tahun.

Perfect Circle daripada Dhruv Arvind Paranjpye

 

  • Juara: £250
  • Tempat ke-2: £100
  • Penyertaan dengan pujian tertinggi: £50

 

Hadiah dalam bentuk Pound Sterling yang mana dalam pertukaran ringgit Malaysia adalah Rm1.00=Rm5.60.

Setiap pemenang juga mendapat langganan percuma selama setahun majalah Sky at Night.

Pemenang akan mendapat wang yang dimenangi selepas diumumkan di laman sesawang rasmi, www.nmm.ac.uk pada 10hb September 2010(Jumaat) kira-kira 6 hingga 8 minggu. Bagi penyertaan pada tahun 2011, ia bermula daripada sekarang. Pada peminat fotografi, silakan hantar penyertaan anda.Hadiah lumayan.!

 

 

 ~artikel ini dirujuk sepenuhnya di www.universetoday.com dan www.dailymail.co.uk.

%d bloggers like this: