Kes Sosilawati Pembuka kepada Pemulaan tugas KPN baru..


Oleh: takusahrisau

 

 

Bagaimanakah keadaan Sosilawati,47 dan tiga yang turut sama hilang iaitu Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki yang dipercayai pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shansuddin, 44 ketika dikepung di dalam ladang ternakan ayam Gadong di Tanjung Sepat itu?

 

Untuk pengetahuan anda, ladang ternakan ayam di Gadong itu mempunyai pagar setinggi empat meter dan dikawal pintu utamanya dengan menggunakan kawalan automatik. Mengikut laporan media arus perdana, keempat-empat mangsa termasuk Sosilawati dibunuh dengan kejam dan dipercayai dipukul dengan teruk terlebih dahulu sebelum mayat mereka dibakar sehingga rentung dan menjadi abu. Kemudian, abu mereka dialirkan di anak sungai. Bagaimana seksanya empat individu itu hanya Allah sahaja yang tahu. Mereka tidak mampu melarikan diri kerana dikepung oleh tembok-tembok tinggi dan jeritan mereka mustahil didengari. Sebanyak mana darah tumpah ke bumi, hanya Allah sahaja yang tahu.

 

Dilaporkan utusan.com, dipercayai 4 daripada 8 suspek utama dalam kes pembunuhan Sosilawati mengaku memukul mangsa sampai mati atas arahan seorang individu yang media mengelarnya “peguam bergelar datuk”. Namun, identiti peguam bergelar datuk masih menjadi misteri. Peguam dajal ini dikenali sebagai individu yang terpelajar dan mahir dalam selok-belok undang-undang serta politik. Dipercayai beliau sangat rapat dengan beberapa pemimpin daripada sebuah parti politik. Walaubagaimanapun, syarat sebagai seorang terpelajar tidak mencukupi untuk menjadi beliau seorang yang berperikemanusiaan. Atas arahannya, mayat yang menjadi abu dialirkan ke sungai bagi menghilangkan bukti.

 

Dengan terpampangnya kes Sosilawati ini, peguam bergelar datuk ini turut diselusuri kisah-kisah pembunuhannya yang lain seperti pembunuhan empat individu semenjak setahun yang lalu. Dipercayai, modus operandi(cara kerja) peguam bergelar datuk ini adalah sama seperti modus operandi kes pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain.

 

Hari ini(Ahad), lapor Bernama.com unit penyelam polis marin berusaha mencari bukti bagi memperkukuhkan dakwaan pembunuhan Sosilawati di jalan utama menuju Banting-Tanjung Sepat. Wartawan mereka mendapati polis sedang memeriksa bahan yang kelihatan seperti tulang berwarna kelabu kehitam-hitaman.

 

Muka hadapan Utusan

Maka misteri pembunuhan ini bakal terungkai setahun akan datang sepertimana kes pembunuhan Datuk Mazlan oleh Mona Fendi, kes pembunuhan Noritta dan sebagainya. Diharap, pihak berkuasa tidak pilih kasih dan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar sepertimana pernah berlaku kepada kes pembunuh seorang wanita di bandaraya bersejarah yang didalangi oleh seorang pemimpin di negeri tersebut berpuluh tahun yang lalu. Apapun, selamat bertugas kepada ketua polis yang baru, Tan Sri Ismail Omar yang berkuatkuasa esok, 13hb September 2010. Walaupun dimulai dengan kes berprofil tinggi seperti ini, penulis percaya dengan pengalaman Tan Sri Ismail Omar dalam PDRM selama berbelas tahun, kes ini akan diselesaikan dengan telus dan amanah.InsyaAllah.

Dari kiri, Datuk Hishamuddin, Tan Sri Musa Hassan, Tan Sri Ismail Omar

Tags:

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: