Kemalangan Maut F1-berhati-hati anda di jalanraya di musim perayaan..


Oleh: takusahrisau

 

Sukan permotoran F1 adalah sukan yang digemari oleh suku daripada masyarakat dunia. Walaupun ramai mengganggapnya sebagai sukan yang negara maju, namun sekarang perpektif bergitu telah lama berubah. Sekarang, negara membangun seperti Malaysia telah mengorak langkah dalam dunia permotoran. Sukan permotoran terutamanya F1 seringkali digunakan oleh pengeluar-pengeluar seperti Ferrari, Mclaren, Mercedes dan sebagainya untuk memasarkan produk-produk mereka. Antara yang paling berjaya adalah Ferrari. Ternyata,sukan F1 berjaya ‘menjual’ nama Ferrari ke serata dunia. Pada masa kini, produk minyak pelincir seperti Shell(Advanced),Petronas(Splintell) dan produk tayar seperti Michelin dan Bridgestone turut sama mencuba nasib bagi tujuan pengiklanan.

Namun, dalam keuntungan yang berganda milik syarikat-syarikat yang terlibat, nyawa tidak mampu diganti dengan wang ringgit. Bukan sedikit pemandu atau penunggang yang nyawa mereka tamat di litar lumba. Kecelakaan yang menimpa miskipun seluruh badan dilengkapi dengan segala jenis penghadang masih belum mampu menyelamatkan nyawa-nyawa mereka. Masakan tidak, dengan kelajuan purata sekitar 240km/jam, ia mampu menamatkan nyawa mereka serta-merta. Contoh paling popular adalah kemalangan pemandu F1 paling berjaya era 80-an, Aryton Senna.

Dalam rekod daripada laman sesawang rasmi F1, www.fia.com ;pemandu pertama yang maut telah direkodkan adalah Cameron Earl daripada Amerika Syarikat di litar MIRA, Leicestershire, Britain semasa melakukan ujian masa. Dan pemandu yang terakhir direkodkan maut di litar lumba adalah Aryton Senna di Litar Imola,Itali.

Oleh itu, kali ini penulis ingin mengajak pembaca untuk meneliti beberapa kemalangan maut yang berlaku di litar lumba. Percayalah, kelajuan memang membunuh!

1.         Ayrton Senna

Tempat berlaku: Litar Imola, Grand Prix San Morino 

Tarikh: 1hb May 1994

Kecederaan mengakibatkan kematian: keretakan di kepala akibat tayar yang terpelantik lalu menghentak kepala Senna. Senna meninggal dunia di hospital.

2.        Gilles Villeneuve

Tempat berlaku: Litar Zolder,Grand Prix Belgium.

Tarikh: 8hb May 1982

Kecederaan mengakibatkan kematian: Patah leher akibat tayar tercampak daripada keretanya yang berpusing dan menghentak ke jalanraya. Kemudian beliau tersangkut di jaring penghadang. Beliau dikejarkan ke Hospital St. Raphael dan disahkan meninggal dunia. Bagaimanapun, beliau diberi alat penyokong kematian bagi memberi peluang kepada isterinya untuk melihat suaminya bagi kali yang terakhir.

3.        Paletti Riccardo

Tempat berlaku: Litar Gilles Villeneuve,Grand Prix Kanada.

Tarikh: 13hb June 1982

Kecederaan mengakibatkan kematian: Kecederaan teruk di dada selepas tertusuk stering kereta miliknya akibat hentaman yang cukup kuat dengan kereta di hadapan. Beliau serta merta tidak sedarkan diri. Beliau diterbangkan ke Royal Victoria Hospital dan diisytihar meninggal dunia di sana.

 

 

4.        Roland Ratzenberger

Tempat berlaku: Litar Imola, San Morino

Tarikh: 30hb April 1994

Kecederaan mengakibatkan kematian: Selepas hentam yang kuat keretanya pada dinding dengan kelajuan 198.5 km/j, ia mengakibatkan keretakan yang besar di kepalanya. Mengikut laporan autopsy, kecederaannya disebabkan oleh Basal Skull Fructure. Keretakan di bahagian Basal ini jarang berlaku bagi setiap kemalangan membabitkan kepala dan direkodkan hanya 4% sahaja daripada keseluruhan.

 

5.        Thomas Maldwyn Pryce

Tempat berlaku: Grand Prix Afrika Selatan,Litar Kyalami

Tarikh: 5hb March 1977

Kecederaan mengakibatkan kematian: Kepala Pryce terhantuk kuat pada alat pemadam api yang dibawa oleh marshal litar lumba, Frederick Jansen van Vuuren yang mana ia Vuuren turut terbunuh dalam perlanggaran ngeri itu. Kepala Pryce retak teruk sehingga topi keledar yang dipakainya pecah teruk. Direkodkan bahawa alat pemadam api itu adalah seberat 18.14kg(40pound) manakala kelajuan kereta lumba yang dipandu Pryce adalah 240km/j.! Impaknya sangat kuat sehingga alat pemadam api itu tercampak sehingga ke tempat duduk penonton. Pryce meninggal dunia serta-merta selepas hentaman kuat itu.

 

 

~Kepada yang pembaca mahu pulang ke kampung atau menziarahi kawan-kawan atau sanak-saudara semasa musim perayaan ini, moga-moga anda selamat sampai di destinasi yang hendak ditujui. Hargailah nyawa kerana nyawa adalah satu-satunya milik kita yang paling berharga.!

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: