Agen Israel..kenalkah anda?


Oleh: takusahrisau

 

Kenali Tali Barut Yahudi Ini!

 

Israel terkenal sebagai negara yang sering menghantar pengintip dan perisik di negara-negara sasaran mereka. Sepertimana sekarang, Iran dikatakan musuh utama Israel, penulis percaya berdasarkan sejarah silam, pengintip dan perisik Israel di Iran amat ramai. Berdasarkan pengalaman penulis melalui pembacaan mengenai dunia risikan Israel, perisik bijak memasuki negara-negara sasarannya atas nama kerja professional seperti wartawan, journalis dan ketika berlakunya bencana alam, mereka mengambil kesempatan ini menghantar beberapa pengintip dengan menyamar sebagai sukarelawan. Maka, tidak mustahil apabila Israel sering musykil dengan kerja-kerja para sukarelawan sepertimana kejadian kematian aktivis dan sukarelawan di atas kapal bantuan kemanusiaan Mavi Marmara.

Agensi perisikan Israel terdiri daripada beberapa sub-divisyen iaitu Shin Bet, AMAN, dan MOSSAD. Ketiga-tiga agensi ini memiliki tugas khas masing-masing. Seperti MOSSAD, agensi ini lebih menjurus kepada agenda antarabangsa Israel sepertimana peristiwa pembunuhan Mahmoud al-Mabhouh di Dubai yang dipercayai didalangi oleh agensi ini. Manakala Shin Bet lebih menjurus kepada hubungan risikan Israel-Arab dan tidak akan mencampuri tugas-tugas MOSSAD. Perlu diingatkan bahawa Shin Bet bukannya agensi di bawah Kementerian Pertahanan Israel tetapi di bawah Jabatan Perdana Menteri Israel. AMAN lebih mirip kepada tugas Shin Bet yang mana lebih menfokuskan hubungan serantau Israel terutamanya dengan negara-negara Arab. AMAN adalah badan bebas yang tidak terikat dengan mana-mana agensi ketenteraan Israel. Pekerja mereka termasuk perisik dipercayai seramai 7000-8000 orang.

Kali ini, penulis ingin pembaca kenali beberapa perisik Israel samaada daripada daripada agensi Shin Bet, MOSSAD, ataupun AMAN yang telah ditangkap oleh negara risikan mereka. Teruskan membaca..

 

1.         Eli Cohen

Beliau digelar sebagai agen MOSSAD yang terhebat pernah dilahirkan. Eli digelar sedemikian kerana keberanian dan kecekapan beliau sebagai seorang agen dan kemahiran berkomunikasi yang dianugerahkan kepadanya. Eliahu Cohen Ben Shaul Cohen adalah nama sebenar bagi Kamal Amin Ta’abet. Eli menggunakan nama samara Kamal Amin Ta’abet setelah direkrut menjadi agen MOSSAD melalui agensi AMAN.  Eli Cohen dilahirkan pada 16hb Disember 1924 di Iskandariah, Mesir. Beliau mula berkhidmat dengan MOSSAD pada akhir 1960. Selepas itu, Eli telah dihantar ke Argentina bagi menjalani latihan intensif di sana selama beberapa bulan. Di sinilah Eli diberi nama samaran Kamal Amin Ta’abet.

Eli Cohen

Kecekapan beliau menyembunyikan aktiviti gelapnya telah berjaya mengelabui mata ramai orang termasuk perdana menteri Syria ketika itu, Amir Hafiz. Eli diingati sebagai dalang yang menyebabkan kemenangan Israel ketika Perang Enam Hari(Six Days War). Beliau menggunakan kedudukannya sebagai orang rapat perdana menteri untuk membocorkan rahsia strategi ketenteraan Syria. Pada satu peringkat sebelum tertangkapnya beliau, beliau hampir menjawat jawatan Menteri Pertahanan Syria.! Malah, adik Eli, Maurice Cohen berkata dalam satu sesi temubual bahawa kedudukan politik abangnya itu sebelum penangkapannya hanya berada tiga tangga untuk menjawat jawatan perdana menteri Syria!.

Eli dihukum gantung sampai mati pada 18hb Mei 1965 di hadapan umum dan disiarkan secara langsung di televisyen. Penangkapan beliau disebabkan oleh kesilapan beliau menghantar pesanan kepada Israel dalam jumlah yang besar melalui radio sehingga dikesan oleh pakar daripada Soviet iaitu sekutu kerajaan Syria ketika itu.

Sebelum hukuman gantung dijalankan, Israel menggunakan pelbagai cara untuk membebaskan agen ‘kesayangan’ mereka itu seperti menggunakan Pope Paul IV, kerajaan Kanada,Perancis dan Belgium untuk memujuk bagi menghalang hukuman gantung kepada Eli Cohen. Israel juga menawar sejumlah tawanan dan wang bagi membebaskan Eli. Namun, ia tidak dihiraukan oleh kerajaan Syria.

Hukuman dijalankan dan mayat Eli dikebumi di tanah perkebumiaan tidak bertanda dan mayatnya tidak pernah dikembalikan kepada keluarganya.

Antara kelicikan Eli Cohen yang wajar anda ketahui adalah;

  • Eli mengcadangkan penanaman pokok Eucalyptus, iaitu sejenis pokok berdaun lebat dan tumbuh dengan cepat di kawasan kubu tentera Syria di Bukit Golan. Eli berkata penanaman pokok Eucalyptus dapat mengurangkan kesan strok haba kepada tentera-tentera Syria. Namun, niat sebenar Eli adalah untuk memudahkan tentera udara Israel(IAF) mengebom kubu-kubu tentera Syria kerana pokok Eucalyptus dijadikan petunjuk tempat letaknya kubu tentera Syria daripada udara.
  • Kemahiran interpersonal Eli digunakan sepenuhnya olehnya bagi menghampiri orang-orang kenamaan dalam kerajaan Syria. Dalam satu peringkat Eli telah diundang ke majlis Parti Baath yang memerintah Syria. Ini merupakan titik tolak kepada kelicikan Eli untuk mensabotaj Syria.
  • Kepandai Eli menyembunyikan identitinya yang sebenar dengan menyamar menjadi hartawan telah mengaburi ramai orang termasuklah Adolf Eichmann dan Karl Rademacher. Adolf Eichmann dan Karl Rademacher adalah bekas Nazi yang menjadi agen Syria selepas Perang Dunia Ke-2. Dikatakan, penangkapan Adolf Eichmann adalah hasil kerja jahat Eli Cohen.

Selepas digantung

 

2.        Moshe Marzouk

Beliau ditangkap ketika ingin melakukan operasi sabotaj bagi meletupkan pejabat pos di Iskandariah, dua perpustakaan milik Amerika, dan pawagam milik British bersama-sama kumpulannya. Operasi ini dikenali sebagai Operasi Suzannah ataupun lebih dikenali sebagai Lavon Affair. Lavon Affair adalah salah satu daripada kerja jahat Israel bagi memporak-perandakan Mesir yang mana apabila perisik seperti Moshe Marzouk melakukan pengeboman, serta-merta kumpulan berhaluan kiri di Mesir seperti Ikhwanul Muslimin, nasionalis tempatan, komunis dan sebagainya dipersalahkan. Operasi seperti ini banyak kali digunakan oleh perisik seperti M16, CIA, FBI dan sebagainya di negara-negara sasarannya umumnya dikenali dengan nama False Flag Operation.

Namun, operasi ini tidak berjaya berikutan tertangkapnya Moshe Marzouk. Mesir dengan lantang menyalahkan Israel namun Israel tidak pernah mengaku sehinggalah pada March 2005 apabila presiden Israel, Moshe Katsav memberi perhormatan kepada setiap agen-agen yang terkorban ketika operasi Suzannah.

Moshe Marzouk yang berketurunan Yahudi Karaite-Mesir akhirnya telah dihukum gantung sampai mati setelah diseksa oleh tentera-tentera Mesir ketika ditawan pada 31hb Januari 1955.

 

Dr. Moshe Marzouk(kacamata hitam) diiringi polis.

 

3.        Bineth Max Meir

Beliau adalah Left. Col. di Jabatan Perisikan Israel. Dilahirkan di Hungary dan dibesarkan di Koln,Jerman selama 16 tahun iaitu daripada 1919 hingga 1935 sebelum beliau mengikut ibubapanya berpindah ke Palestin semasa permulaan era pemerintahan Adolf Hitler.

Beliau melakukan banyak ‘jasa’ dalam dunia perisikan Israel sehinggalah beliau akhirnya ditangkap semasa pembocoran rahsia nama-nama anggota Operasi Suzannah selepas tertangkapnya ramai perisik seperti Dr. Moshe Marzouk, Yosef Carmon, Shmuel Azar Meir Meyuhas, Meir Za’afran, Marcelle Ninio, Robert Dassa, Victor Levy dan Philip Nathanson.

Bineth merupakan cucu kepada orientalis terkenal Jacob Obermeyer. Bineth ketika melakukan perisikan di Mesir menggunakan identiti sebagai usahawan firma pembuatan barangan daripada tahun 1952 hingga 1954.

Dengan kelicikan dan kepandaian berkomunikasi, beliau mampu mendekati pemimpin atasan Egypt seperti Jeneral Mesir ketika itu, Muhammad Naquib yang kemudiaannya menjadi Presiden Mesir. Beliau juga telah berjaya berhubung rapat dengan ramai bekas Nazi yang menjadi pelarian di Mesir seperti Dr. Aribert Heim(memeluk agama islam dengan nama Tarik Farid Hussin), Otto Skorzeny dan sebagainya.

Misi beliau di Egypt selain mensabotaj Mesir adalah mengintip aktiviti bekas-bekas pengawai tentera Nazi seperti Komando kesayangan Hitler, Otto Skorzeny, Jeneral Wilhelm Farmbacher, Jeneral Panzer(unit kereta kebal) Oskar Munzel, Ketua Jabatan Gestapo Poland,Leopold Gleim dan Ketua Jabatan Gestapo di Dusseldorf Joachim Daemling yang dipercayai melatih tentera-tentera Mesir dan Mujahiddin Palestin bagi menentang Israel. Beliau juga bertanggungjawab melaporkan berita terkini kekuatan, strategi dan misi-misi mereka.

Beliau meninggal dunia selepas membunuh diri dalam tahanan kerana tidak sanggup digantung di depan awam.

 

Meir Max Bineth

4.        Ali al-Jarrah

Ali al-Jarrah yang  berketurunan Lubnan ini telah menjadi pengintip untuk Israel selama 25 tahun tanpa dikesan oleh kerajaan Lubnan. Beliau mula direkrut menjadi agen Mossad apabila beliau dipenjarakan semasa Perang Lubnan I pada 1983.

Beliau ditugaskan mengintip pergerakan pasukan Hezbollah dan Mujahid Palestin terutama dalam pembekalan senjata api. Beliau biasanya menggunakan telefon setelit untuk berhubung dan kadang-kadang menghantarnya sendiri ke Israel dengan mendapat passport daripada Belgium dan Itali..

Ali dilaporkan mendapat bayaran lebih kurang $300,000 setahun. Namun, beliau bijak menyembunyikan kemewahan yang diperolehinya seperti yang didakwa oleh kawannya,Raja Mosleh,seorang doktor daripada Palestin yang mendakwa Ali kerap meminjam duit dengannya hanya untuk membeli rokok. Bukan Mosleh sahaja tertipu, malah jiran-jirannya juga turut sama tertipu dengan helah Ali yang didakwa mereka sebagai ‘orang baik-baik’ dan seringkali kalau berborak mengenai Palestin, beliau menyokong perjuangan golongan Mujahiddin seperti Hamas, Fatah, PLO, Briged al-Aqsa dan sebagainya.

Ali dikatakan memiliki dua orang isteri yang mana isteri kedua, Ali rahsiakan daripada umum. Dilaporkan oleh pengawai penyiasat, Ali hanya menggunakan isteri keduanya bagi tujuan pengintipannya di Syria kerana isteri kedua Ali adalah berada di wilayah Syria. Dengan isterinya di Syria, beliau dapat menyeberangi wilayah Syria tanpa diragu-ragukan oleh pengawal sempadan.

Dikatakan bahawa adik Ali iaitu Yusuf al-Jarrah juga berkhidmat sebagai perisik bagi membantu abangnya. Manakala adiknya bernama Ziad al-Jarrah adalah salah seorang ‘perampas’ kapal terbang yang menyebabkan kejadian 11 September.

Namun, berdasarkan rekod-rekod keluarga al-Jarrah yang kebanyakkan menjadi perisik Israel ini, kegiatan Ziad al-Jarrah itu bukannya berlandaskan semangat jihad seperti yang didakwa oleh rejim Israel dan Amerika tetapi bertindak sebagai perisik atau persabotaj. Oleh itu, ia bermakna kejadian 11 September merupakan salah satu operasi false flag yang sering didasari oleh rejim Zionis Israel.

Ali bersama-sama adiknya, Yusuf berada dalam tahanan Hezbollah dan menunggu pembicaraan dan kemungkinan besar beliau akan digantung sampai mati. Jurucakap perdana menteri Israel dalam satu temubual enggan mengulas mengenai perisiknya yang bakal digantung itu. Besar kemungkinan Ali dan Yusuf bukannya seperti perisik Israel yang lain iaitu berketurunan Yahudi.!

 

Ali al-Jarrah

5.        Sylvia Rafael

Wanita ini bertanggungjawab untuk membunuh Hassan Ali Salameh iaitu ketua bagi operasi Black September bagi Operasi Wrath of God. Hassan Ali Salameh telah mengetuai operasi ini bagi membunuh 2 atlit Israel di Munich. Tragedi ini diabadikan dalam filem Munich lakonan Eric Bana sebagai teraju utama.

Walaubagaimanapun, Sylvia Rafael tersalah sasaran apabila membunuh seorang warga Morocco-Norway yang dikenali sebagai Ahmed Bouchiki yang disangkanya Hassan Ali Salameh. Tragedi ini dikenali sebagai Lillehammer Affair. Tragedi ini telah mencetuskan kontroversi sehingga hampir memalukan Israel dan Mossad.

Hassan Ali Salameh yang merupakan anak kepada Sheikh Hassan Salameh merasa beliau telah selamat berikutkan tragedi di Lillehammer itu. Dengan sifat yakinnya itu, Hassan akhirnya terbunuh dalam satu letupan kereta yang mengakibatkan kepala dimasuki serpihan shrapnel. Beliau meninggal dunia di meja bedah pada 4. 03petang pada 22hb Januari 1979.

Sylvia Rafael yang dilahirkan pada 1hb April 1937 akhirnya meninggal dunia akibat penyakit leukemia pada usianya 68 tahun pada 9hb Februari 2005 di Pretoria,Afrika.

 

Slyvia Rafael

6.        Mosab Hassan Yousef

Beliau mula direkrut menjadi agen Israel melalui agensi perisikan Shin Bet ketika berumur 18 tahun pada tahun 1996. Berbekalkan statusnya sebagai anak kepada pengasas Hamas iaitu Sheikh Hassan Yousef, beliau berjaya memberi maklumat yang tepat kepada Israel terutama mengenai maklumat pemimpin Hamas seperti Ibrahim Hamid dan Marwan Barghouti sehingga tertangkapnya kedua-dua pemimpin ini oleh perisikan Israel.

Beliau berhijrah ke Amerika Syarikat pada 2007 dan tinggal di San Diego. Beliau kemudian menukar agamanya kepada kristian dan mengumumkan mengenai kemurtadannya pada Ogos 2008. Pengumuman itu mencetuskan reaksi yang kurang menyenangkan terutama daripada keluarga Sheikh Hassan Yousef.

Pada Mac 2010, beliau melancarkan buku yang bertajuk Son of Hamas: A Gripping Account of Terror, Betrayal, Political Intrigue, and Unthinkable Choices yang mengisarkan tentang aktiviti perisikannya untuk Israel.

Dalam satu temubual dengan bapanya, Sheikh Hassan Yousef, dengan nada kecewanya Sheikh Hassan bersama-sama anak-anak serta isterinya sudah tidak mengaku Mosab Hassan Yousef  sebagai anak kandungnya. Berikut adalah petikan ucapannya;

“I, Sheikh Hassan Yousef… my wife, sons and daughters announce that we have completely disowned the man who was our oldest son and who is called Mosab”.

 

Mosab Hassan Yousef

7.         Dr. Ashraf Marwan

Dianugerahkan dengan kecerdikan dan kepintaran, Ashraf Marwan dengan cepat ditangkap oleh Mossad untuk berkerja dengannya bagi membocorkan setiap rahsia kerajaan Mesir. Beliau mula dirapati oleh Mossad yang diketuai oleh Zvi Zamir pada tahun 1969. Antara tugas terawal Ashraf adalah melaporkan Mesir akan menyerang Israel pada Mei 1973. Namun, amaran daripada Ashraf adalah tidak tepat sehinggakan Israel kerugian 35 juta.

Ashraf berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Kimia dan seterusnya menyambung pengajian dalam bidang ekonomi bagi Doktor Falsafah di Britain. Insan yang dilahirkan pada 2hb Februari 1944 ini akhirnya berjaya dalam bidang perniagaan sehingga bergelar jutawan. Antara kenalan rapat Ashraf Marwan adalah Mohammed Al-Fayed,pemilik gedung Harrods yang pernah menjadi rakan kongsinya dalam bidang perniagaan.

Gamal Nasser bersalaman dengan menantunya, Ashraf Marwan.

Dr. Ashraf Marwan telah berkahwin dengan anak kepada bekas Perdana Menteri Mesir, Gamal Abdel Nasser,Mona binti Gamal Abdel Nasser. Ia lebih memudahkan Ashraf untuk mendekati setiap orang kenamaan dalam kerajaan bagi merealisasikan setiap misinya. Namun, ramai berpendapat bahawa, Ashraf Marwan juga direkrut oleh perisik dari Mesir untuk bekerja dengan mereka. Dengan kata lain, Ashraf Marwan adalah agen talam dua muka atau double agent.

Ashraf Marwan meninggal dunia akibat terjatuh daripada tingkap apartmennya di Carlton House Terrace. Spekulasi tentang kematiaannya terus diselebungi misteri. Ada pendapat mengatakan beliau dibunuh oleh pembunuh upahan daripada Mesir dan ada pendapat mengatakan beliau dibunuh oleh agen Israel.

 

Dr. Ashraf Marwan

Tags: , , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: