Hubungan Kerjasama Iran-Russia–Israel sudah terdesak!


Oleh: takusahrisau

 

Israel dan Russia telah menandatangani rangka kerjasama ketenteraan yang kemungkinan membolehkan Israel mengeksport alatan tentera mereka ke Russia.

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak telah bermesyuarat dengan rakan sejawatannya daripada Russia, Anatoly Serdyukov bagi membincangkan kerjasama ketenteraan dan senjata perang.

Israel kelihatan ingin mahu menyekat kemasukan senjata perang ke dua negara musuh Israel iaitu Syria dan Iran daripada Russia. Russia merupakan pembekal utama senjata dan teknologi perang kepada kedua-dua negara.

Serdyukov dalam satu sidang akhbar menyatakan;

“Kami baru sahaja menandatangani persetujuaan jangka panjang dalam kerjasama ketenteraan. Ia penting bagi kami dalam transaksi kepada imej yang baru.Tentera Russia akan menggunakan pengalaman tentera Israel yang ada dan segala budaya kerja yang mereka telah lakukan.”

Walaubagaimanapun, beliau tidak menyatakan dengan terperinci butiran persetujuaan antara dua pihak tersebut.

Russia dan Israel sebenarnya pernah mempunyai hubungan tegang terutama ketika Russia masih di bawah Soviet Union kerana ketika itu, Soviet Union adalah penyokong kuat bangsa Arab dan Timur Tengah.

~adakah ini pertanda Israel sudah terdesak dengan kekuatan Iran dan Syria yang disokong sepenuhnya Iran? kepada negara-negara Islam yang lain, contohilah Iran dalam memperkuatkan pertahanan negara mereka. Sekarang, mereka sudah pandai membina senjata perang mereka sendiri tanpa bantuan Russia. Dan sekarang, Israel sudah terdesak untuk memulihkan kembali hubungan dengan Russia. Rasanya sudah terlambat..waallahualam.

Iran juga mempunyai hubungan yang erat dengan negara China-negara yang Amerika Syarikat dan Israel sering was-was dan ragu-ragu disebabkan China adalah negara Komunis. Mungkinkah selepas ini Israel akan menjalankan kerjasama ketenteraan dengan China pula?kita tunggu..

 

 

~Artikel ini dirujuk sepenuhnya di www.thejc.com

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: