Archive | September 5, 2010

Bekas Komander Perang Gaza di lantik Chief of Staff angkatan tentera Israel yang baru

Oleh: takusahrisau

 

Juruselam: Kabinet Israel mengesahkan bahawa pelantikan bekas turus angkatan tentera Major Gen. Yoav Galant(lihat gambar) sebagai Chief of Staff yang memberi masa khidmat selama tiga tahun. Yaov Galant adalah bekas jeneral Israel yang bertanggungjawab mengetuai tentera-tentera Israel semasa Perang Gaza 2008-2009.

Major Gen. Yoav Galant

Sebagaimana Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata:

“Kerajaan meluluskan tugasnya sebagai chief of staff untuk jangkamasa tiga tahun dengan kemungkinan perlanjutan selama empat tahun jika keadaan memerlukan.”

Selanjutnya berkata;

“Yoav Galant membuktikan dirinya semasa khidmatnya selama 33 tahun di barisan hadapan Pasukan Pertahanan Israel.”

Perlantikan Yaov Galant adalah berikutan perletakan jawatan Left. Gen. Gabi Ashkenazi pada Febuari lalu.

 

~Artikel ini bersumberkan daripada www.hurriyetdailynews.com

Advertisements

Adakah itu roh si mangsa atau syaitan laknatullah?

Oleh: takusahrisau

(yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka. (Surah al-Baqarah ayat-3)

Seperti biasa, penulis sering melayari laman perkongsian Youtube bagi mencari video terbaru yang dikongsi. Kali ini penulis ingin berkongsi mengenai videoclip terbaru yang bertarikh 4hb Mei 2010 yang memaparkan penampakkan makhluk halus tatkala berlakunya satu kemalangan maut di tempat yang dipercayai Tanjung Bidara.

 Tempat penampakkan makhluk halus yang berpakaian putih persis kain kapan mayat ini adalah di semak di hujung sebelah kanan. Pada minit ke 0.07, penampakan makhluk ini masih belum muncul. Pembaca boleh perhatikan di minit yang ke 1.10, tertera dengan jelas sekujur tubuh yang tidak diketahui siapa muncul di semak yang penulis maksudkan.

Dinasihatkan, ibu mengandung dan insan lemah semangat supaya jangan playkan video ini.

~Sedarlah, hidup kita di dunia ini adalah perkongsian. Bersama-sama dengan haiwan, serangga, unggas dan tidak terkecuali jin dan syaitan. Harap maaf jika video ini berunsur seram dan ganas yang keterlaluan.

Trivia: Kemalangan maut ini dipercayai berlaku pada 17hb April 2010 di Tanjung Bidara pada pukul 6.30pagi mengikut sumber daripada video klip laman perkongsian Youtube ini:

Semoga roh-roh mangsa yang meninggal dunia dalam kemalangan maut ini dicucuri rahmat.Al-fatihah..

%d bloggers like this: