Selusuri Pejuang Kemerdekaan..


Oleh: takusahrisau

Tiada erti M.E.R.D.E.K.A jika tidak mengingati asal-usul dan menyelusuri selingkoh hidup pejuang-pejuang terdahulu yang berusaha membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah. Mereka rela bergadai nyawa bagi menentang penjajah yang menindas. Bukan nyawa mereka sahaja yang terancam, tetapi nyawa keluarga mereka turut menjadi taruhan. Bergitulah yang terjadi kepada Tok Janggut, Tok Bahaman, Tok Gajah, Tok Kenali, Datuk Maharajalela, Dol Said, Haji Abdulrahman Limbong dan ramai lagi. Namun, dalam ramai-ramai pejuang Melayu yang banyak tercatit kisahnya dalam buku sejarah ini hanya terdapat seorang insan yang menarik perhatian penulis. Insan ini adalah Kiai Salleh atau Panglima Salleh. Beliau antara insan yang berjuang menentang keganasan komunis di kawasan sekitar Batu Pahat dan Muar. Kenalkah pembaca dengan insan ini?

Kiai Salleh-Panglima Selempang Merah

Insan yang berasal daripada Muar dilahirkan pada tahun 1916. Insan ini nama asalnya adalah Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim namun beliau sering dikenali dengan Kiai Salleh atau Panglima Salleh. Beliau berketurunan daripada Banjar. Ada pendapat mengatakan beliau berketurunan India Muslim daripada Penang. Berkulit sawo matang dan berketinggian sederhana namun kehebatannya usah diperlekehkan. Pada ketika dahulu, menyebut namanya sahaja digeruni oleh tentera Komunis apatah lagi melihat kelibatnya menghunus pedang raja Riau miliknya.

Pada masa muda, Kiai Salleh banyak menghabiskan masanya untuk menuntut ilmu kerohanian seperti mengaji Al-Quran dan ilmu persilatan. Antara guru-guru Haji Mohd Salleh ialah Haji Hussein (belajar agama dan al-Quran), Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad. Beliau juga turut belajar daripada Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten yang membawa ajaran Wirid Khaujakan di Johor.

Kiai Fadhil al-Banteni adalah ahli sufi yang juga penasihat agama diraja Johor.

Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten adalah insan yang bertanggungjawab mendoakan kesejahteraan DYMM Sultan Ibrahim bin Sultan Abu Bakar dan keluarganya ketika tentera Jepun menyerang Tanah Melayu sekitar tahun 1940-an. Berkat doanya, keluarga sultan Johor ini langsung tidak diusik oleh tentera-tentera Jepun yang bermaharajalela. Wirid Khaujakan pula adalah wirid-wirid yang mengandungi doa-doa dan zikir-zikir bagi membersihkan diri yang biasa diamalkan oleh tarikat Naqshabandiah.

 

Keperwiraan Kiai Salleh

Penjuangan Kiai Salleh bermula apabila beliau dipilih mengetuai satu angkatan untuk melawan Komunis yang pada ketika itu membunuh sewenang-wenangnya ketua-ketua dan imam-imam kampung sekitar Batu Pahat dan Muar.

Beliau dengan rasa tanggungjawab telah menubuhkan satu angkatan pahlawan berani mati yang di’isi’ dengan ilmu persilatan melayu. Sehingga hari ini, angkatan ini terkenal dengan jolokan Tentera selempang merah. Jolokan selempang merah adalah kerana identiti selempang merah yang selalu dipakai oleh setiap pejuang-pejuangnya semasa berperang dengan komunis. Antara identiti lain mereka adalah parang panjang. Oleh sebab itu, terdapat sebilangan orang memanggilnya Tentera parang panjang. Kiai Salleh sendiri mempunyai parang panjangnya sendiri yang digelar Pedang Raja Riau. Perang ini diperoleh hasil pajak gadai seorang individu kerana kesempitan wang. Tertera di atas padang ini kalimah La ilaha Illa Allah.

Pedang raja Riau milik Kiai Salleh

Kiai Salleh telah memimpin tentera selempang merah menggempur kubu-kubu Askar Bintang Tiga(Komunis) di Bukit Berdiri dan Bukit Alam, Parit Sulong, di Parit Lubok, Semerah, di Kangkar Senanga, dan di Air Kuning, Bakri, Muar. Dicerita turun-temurun oleh penduduk kampung sekitar Batu Pahat bahawa Kiai Salleh ketika giliran beliau menjaga kampung waktu malam(difahamkan setiap malam akan diberi giliran menjaga kampung kepada tentera selempang merah), beliau tanpa gentarnya mengelilingi kampung dengan menunggang basikal berserta pedang yang terhunus. Namun, tiada seorang pun komunis atau tentera bintang tiga menghampirinya. Bergitulah beraninya Kiai Salleh sehingga beliau amat dibenci oleh komunis dan konco-konconya.

 Kehebatan Batin Kiai Salleh

Kiai Salleh dipercayai mempunyai ilmu-ilmu kebatinan seperti ilmu kebal dan ilmu terbang. Sumber daripada tentera selempang merah sendiri memberitahu bagaimana peristiwa tentera Komunis gentar melihat tentera selempang merah berubah menjadi besar menggalah tingginya dengan jumlah beribu-ribu orang miskipun tentera selempang merah ketika itu tidak lebih daripada 100 orang sahaja.

Cerita-cerita lain mengenai kehebatan batin Kiai Salleh adalah kebolehan beliau terbang bak burung. Pernah satu peristiwa di mana Komunis dengan tanpa henti membedil tentera pimpinan Kiai Salleh dari atas bukit. Bimbang keselamatan pasukannya, Kiai Salleh dengan tangkasnya meluncur terbang ke arah komunis yang menembak dari atas bukit itu dan memenggal kepala mereka satu persatu.

Pernah juga diceritakan di mana tiga orang Kiai atau pahlawan daripada Indonesia diupah oleh Komunis Malaya dengan kerjasama Komunis Indonesia(kemungkinan atas ehsan Sukarno kerana Sukarno sememangnya pengikut Komunis dalam ‘selimut’) untuk menewaskan Kiai Salleh. Namun, ketiga-tiga mereka yang dikatakan kebal gagal menewaskan keperwiraan Kiai Salleh. Ketiga-tiga mereka tersungkur menyembah bumi.

Dikellingi oleh rakan-rakan

 

Pengiktirafan Jasa

Kiai Salleh diiktiraf oleh Kebawah Duli Sultan Johor Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar yang bertitah pada 26hb Disember 1945 mengintisyharkan bahawa Haji Mohd Salleh adalah Panglima Melayu. Sejak itu Kiai Salleh mendapat gelaran Panglima. Sebagai mengenang jasa Haji Mohd Salleh, DYMM Sultan Johor telah mengurniakan beliau Pingat Ibrahim Sultan (PIS) pada 17hb September 1955.

Kiai Salleh di kala muda

 

Kembali ke Rahmatullah

Haji Mohd Salleh menghembuskan nafas yang terakhir kerana diserang penyakit radang paru-paru di Hospital Besar Johor Bahru pada 21hb April 1959  di Muar,Johor.

Kiai Salleh dalam satu penghimpunan melayu yang dianjurkan oleh Dato' Onn bin Jaafar.

 

Gambar ini adalah Tribute penjuangan insan dari bangsaku untuk agamaku dan nusaku. Semoga Allah anugerahkan pahala syahid kepada setiap daripada mereka ini. Allahu Akbar!Allahu Akbar!Allahu Akbar!

Dato' Bahaman

Mat Kilau

Mat Kilau

Mat Kilau

Bapa kepada Mat Kilau,Tok Gajah

As-syahid Tok Janggut

Digantung bagi untuk menakutkan bangsa Melayu daripada bangkit menentang penjajahan.

Pawang Nong,dikatakan anak murid kepada Mat Kilau.Terkenal kerana penentangannya kepada Komunis.

Beliau juga pawang diraja Pahang. Juga seorang pahlawan. Pernah menewaskan orang minyak yang berleluasa di Jerantut satu ketika dahulu.

Advertisements

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

2 responses to “Selusuri Pejuang Kemerdekaan..”

  1. eddy says :

    inilah wajah wira wira SEBENAR yg patut kita kaji perjuangan kemerdekaan mereka . bukannya “wira wira” yg diajar kepada kita sewaktu sekolah dulu. yg selalu ditonjol oleh media2 tentang bagaimana “mereka” ini bergelut memerdekakan negara. RENUNG DGN MATA HATI KITA!!

  2. ARC says :

    saudara, diharap mmbuat pembetulan… gmbr last skali yg mgatakan kiai salleh lengkap bertengkolok itu bkn gambr beliau, itu gmbr haji hamid hamzah, pengasas seni silat sendeng malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: