Archive | August 19, 2010

Air Terjun Niagara Pernah Membeku pada 1911!-saksikan gambar-gambar menarik..

Oleh: takusahrisau 

Air Terjun Niagara terletak di sempadan antara Amerika Syarikat dan Kanada iaitu di New York di sebelah Amerika Syarikat dan Ontario di sebelah Kanada. Oleh sebab itu, Air Terjun Niagara terbahagi dua iaitu Air Terjun Niagara,New York dan Air Terjun Niagara,Ontario. Air Terjun ini sangat menakjubkan sehingga menambat hati sesiapa sahaja yang melawatinya. Tidak hairanlah apabila adik Napoleon Bonaparte, Jarome Bonaparte dan isterinya memilih Air Terjun Niagara sebagai destinasi bulan madu meraka. Pada 4hb Julai 1876, seorang wanita muda bernama Maria Spelterini telah mengejutkan masyarakat Amerika dan Kanada apabila berjaya membuat pertunjukan dengan melintas Air Terjun Niagara dengan menggunakan tali. 

Pemandangan menarik di Air Terjun Niagara

 

Namun, tahukah pembaca bahawa Air Terjun Niagara ini pernah membeku pada musim sejuk yang ekstrim pada 1911? Ya, Air Terjun Niagara sebenarnya pernah membeku pada 1911. Walaupun demikian,ia tidak menghalang pelancong datang melawat air terjun kesayangan rakyat Amerika Syarikat dan Kanada ini. Malahan, beribu-ribu pelancong datang melihat keajaiban tuhan di Air Terjun ini. 

Saksikan beberapa keping gambar yang sempat diambil ketika Niagara Fall mengalami pembekuaan pada 1911. 

Air Terjun Niagara kelihatan membeku

 

Keajaiban Tuhan

 

Klasik!

 

Pasangan Pengantin baru tidak melepaskan peluang untuk melihat keajaiban Tuhan.

 

Seperti di Antartika

 

Bermain salji di atas Air Terjun Niagara

 

Pemantauan tetap dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mengelak kejadian tidak diingini

 

Kesejukkan melampau melebihi takat beku

%d bloggers like this: