Archive | August 15, 2010

Kulit Mayat Bertatu Yang Diawet!

Oleh: takusahrisau

Sekitar awal abad ke-20, Jabatan Forensik Perubatan di Jagiellonian Universiti telah mempelopori kajian mengenai tatu penjenayah bagi memecah kod pribadi penjenayah.

tatu helang

Mereka telah mengawet kulit mayat yang mempunyai tatu dengan menggunakan cecair formaldyhide untuk mengkaji dengan lebih lanjut mengenai asal-usul penjenayah.

Tatu tengkorak dan ular

Mereka percaya bahawa tatu memberi gambaran lebih jelas mengenai jenayah yang telah persalah lakukan.

Tatu perempuan memakai seluar

Sebagai contoh seperti tatu di atas yang menunjukkan tatu perempuan memakai seluar, ia memberi gambaran kepada pakar forensik bahawa tatu tersebut adalah pemilik seorang perogol atau pembunuh bersiri.

Tatu lelaki berbasikal

 Bagaimana pula dengan tatu di atas?dipercayai, tatu ini menunjukkan penjenayah berasal daripada kampung yang terpencil dan menjadi sarang penjenayah.

Tatu perempuan dan bunga

 Tatu di atas ini pula dikatakan pemilik kepada penjenayah yang membunuh kerana rasa cemburu. Apa yang dapat dikaitkan dengan cemburu? Pakar mengatakan bunga yang melindungi barang sulit perempuan itu menunjukkan sifat cemburu penjenayah.

Tatu lelaki bertopi

Tatu ini memberi gambaran kepada penjenayah bahawa penjenayah kemungkinan besar warganegara Mexico. Topi yang dipakai oleh lelaki ini menunjukkan topi yang biasa dipakai oleh penjenayah daripada Mexico.

Advertisements
%d bloggers like this: