Archive | August 8, 2010

Iran Akan Hantar Angkasawan Pertama Pada 2017!

Oleh: takusahrisau

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad berkata Iran akan menghantar angkasawan pertama ke angkasa lepas pada 2017. Presiden yang terkenal dengan sikap lantangnya terhadap rejim Zionis dan Amerika Syarikat berkata demikian pada sesi ceramahnya di bandar barat Hamadan. Bandar Hamadan adalah bandar ketiga untuk sesi lawatan wilayah ke wilayah.

Presiden Mahmoud Ahmadinejad menambah lagi, projek angkasawan ini memberi makna yang besar kepada Iran kerana ia menunjukkan dominasi sesebuah negara di dalam sains dan teknologi terutama teknologi angkasa lepas.

Terdahulu sebelum ini, Presiden Mahmoud Ahmadinejad telah menimbulkan beberapa spekulasi untuk melaksanakan program angkasa lepas secara besar-besaran dalam dekad ini. Ia timbul pada tahun 2008 apabila Mahmoud Ahmadinejad merasmikan Pusat Angkasa lepas Iran pada 17 Ogos 2008 di Tehran.

Iran telah pun mempunyai satelit mereka sendiri yang dikenali Omid. Omid membawa maksud harapan. Omid adalah satelit untuk mempertingkatkan kecekapan memproses sistem komunikasi Iran dan memantau kejadian gempa bumi di sekitar negara Iran.

Roket pengangkut dan Satelit Omid adalah buatan sendiri Iran.

Iran adalah negara ke-9 yang mempunyai keupayaan untuk melancarkan satelit mereka sendiri. Iran dikatakan mempunyai hubungan yang baik dengan Rusia dan China bagi menambah-modenkan projek angkasawan mereka.

 

Sedikit Profil Presiden Mahmoud Ahmadinejad

Mahmoud Ahmadinejad adalah seorang graduan ijazah kejuruteraan awam daripada Universiti Sains dan Teknologi Iran (IUST) dan seterusnya menyambung pengajiannya dalam bidang kejuruteraan pengangkutan di universiti yang sama untuk PHD. Sebelum menjadi Presiden Republik Islam Iran, beliau merupakan seorang pensyarah.

Dilaporkan, Nasa telah memandang rendah keupayaan Aero-angkasa Iran dengan mengesahkan kegagalan Satelit Omid untuk menempatkan di Orbit yang betul, padahal Satelit ini telah dibawa oleh roket pengangkutan dengan 'second booster'.

~ Wawasan Mahmoud Ahmadinejad patut dicontohi oleh ramai pemimpin Islam lain. Beliau terkenal sebagai ketua negara yang paling ‘humble’ dan ‘simple’. Untuk pengetahuan anda, beliau tidak pernah kelihatan memakai tali leher kerana baginya pemakaian tali leher adalah gaya kapitalis dan kebaratan.

%d bloggers like this: