Archive | August 7, 2010

Slash Sebenarnya berketurunan Yahudi!

Oleh: takusahrisau

Barangkali nama Saul Hudson tiada siapa yang mengenalinya. Tetapi, sebut sahaja Slash, satu dunia tahu siapa gerangan nama yang disebut ini. Slash bukan asing dalam industri muzik rock. Beliau merupakan idola segenap lapisan masyarakat. Nama Slash mulai harum apabila menganggotai kumpulan Rock 80-an, Gun ‘n’ Roses. Ramai antara kita semua masih mengingati bagaimana Slash memetik gitarnya untuk lagu hit mereka, Sweet Child of Minds.

Insan yang mempunyai personaliti yang unik ini sememangnya telah lama bertapak dalam dunia seni. Beliau menganggotai grup Gun ‘n’ Roses daripada 1985 hinggalah 1996. Slash lahir pada 23 Julai 1965 di Hampstead dan dibesarkan di Stoke-on-Trent, Staffordshire.

Nama gelaran ‘Slash’ diberikan oleh seorang aktor Seymour Cassel. Ini adalah kerana Slash atau nama sebenarnya Saul Hudson mempunyai perangai ‘tidak boleh duduk diam’. Nama panggilan Slash menjadi nama panggilan kawan-kawannya dan seterusnya menjadi nama komersialnya selepas menjadi artis. Slash merupakan kawan akrab kepada anak Seymour Cassel.

Slash Yang Berdarah Yahudi?

Baru-baru ini, Slash telah diundang ke Malaysia untuk menjayakan tour beliau ke seluruh dunia. Sambutan bergitu memberangsangkan terutama daripada anak-anak muda belia. Namun, adakah rakyat Malaysia tahu bahawa Slash merupakan seorang berdarah Yahudi?

Slash mempunyai darah Yahudi daripada bapanya Anthony Hudson yang berbangsa Yahudi-English. Manakala ibu Slash, Ola Hudson berbangsa Afrika-Amerika. Namun tidak diketahui sejauh mana anutan Slash terhadap agama Yahudinya.

Pada pengamatan penulis, Slash kelihatan tidak mengendahkan ajaran Yahudinya. Malah tidak salah kalau penulis berkata, Slash kemungkinan tidak pernah pergi ke Synogogue.

jelas kelihatan badan Slash dipenuhi cacahan tatu

Ajaran Yahudi juga mengharamkan penganutnya bertatu. Tetapi Slash mempunyai banyak tatu di badan. Ini menambah keyakinan bahawa Slash bukannya seorang penganut Yahudi yang taat.

Slash adalah seorang peminum arak dan pengguna dadah yang tegar

Slash, Arak dan Dadah

Slash sepertimana ‘rock star’ yang lain, hidup di kelilingi arak, dadah dan seks. Slash merupakan antara artis yang mengalami masalah arak dan dadah yang agak teruk. Slash berjuang dengan dadah dan arak dalam dirinya. Dipercayai Slash sudah lapan tahun bebas daripada dadah. Sejauh mana kebenarannya, hanya beliau sendiri sahaja yang tahu.

Slash sebagai Idola?

Slash sebenarnya bukannya idola anak-anak muda terutamanya di Malaysia. Dengan berdarah Yahudi, Slash bukanlah idola yang sepatutnya bagi golongan muda. Tambahan pula, Slash mempunyai latar belakang yang tidak elok. Seks, arak dan dadah seperti kawan kepada Slash. Sayang sekali apabila Slash datang ke Malaysia, beliau disambut bagaikan seorang ulama besar yang banyak berjasa kepada negara ini. Sungguh menyedihkan.

Slash semasa konsertnya di Kuala Lumpur

Beribu-ribu datang menyaksikan konsert Slash baru-baru ini.

 

~ Gambar-gambar di dalam artikel ini kebanyakkannya dimuat turun dari laman sesawang rasmi Hot.fm

Berkerjalah Anda..Sebab Para Nabi Juga Berkerja

Oleh: takusahrisau

Berkerjalah anda..sebab nabi juga berkerja

Islam mewajibkan setiap Muslim untuk bekerja dan berusaha mencari rezeki yang halal dan baik untuk memenuhi keperluan diri, keluarga dan saudaranya. Perkerjaan yang terbaik adalah perkerjaan yang halal kerana wang yang diperolehi adalah bersih dan berkat. Seburuk-buruk perkerjaan adalah perkerjaan yang melibatkan benda-benda haram. Dengan itu, hasil yang diperolehi turut serta menjadi haram.

Namun, terdapat perkerjaan yang halal tetapi akhirnya bertukar menjadi haram. Bagaimana boleh terjadi? Perkara ini terjadi hanya disebabkan berlaku penipuan dalam perniagaan dan riba dalam jual-beli. Rasullulah saw menyarankan umatnya mencari rezeki yang halal sepertimana  sabda baginda:

Mencari kerja yang halal itu adalah wajib”. (HR. al-Baihaqi)

 

Akan tetapi, tahukah anda bahawa para nabi dan rasul juga berkerja?

Mungkin antara kita memikirkan para Nabi dan Rasul hanya sibuk berdakwah tanpa memikirkan perkara duniawi. Tanggapan itu adalah salah sama sekali. Semua manusia mengakui bahawa Nabi dan Rasul adalah role model umat manusia sejak zaman berzaman. Mereka sebaik-baik contoh untuk dicontohi.

Ibadah yang wajib jangan dilupa walau sesibuk mana pun kita

Terdapat beberapa Nabi dikurnia pangkat dan darjat menjadi raja seperti Nabi Daud as dan Nabi Sulaiman as. Selain tugasnya menjadi Rasul, Nabi Daud as dan Nabi Sulaiman tidak pernah mengendahkan tugasnya sebagai seorang raja. Nabi Daud as contohnya, baginda meluangkan beberapa waktu untuk mendengar keluhan rakyatnya dan beberapa waktu yang lain untuk beribadat kepada Allah swt.

Sibuk?adakah anda sibuk bagaikan Nabi Sulaiman?adakah anda mempunyai kerajaan seluas kerajaan Nabi Daud?

Nabi Musa as

Nabi Musa as adalah Rasul yang paling penting dalam pelbagai agama seperti agama Islam, Yahudi, Kristian, malah agama Bahai’ Faith pun menganggap Musa as sebagai salah seorang Nabi yang terpenting.

Pekerjaan baginda adalah mengembala kambing dan biri-biri. Baginda berkerja di ladang Nabi Shuib as kerana terikat dengan penjanjian dengan Nabi Shuib as bagi meminang anaknya. Baginda bekerja sebagai pengembala kambing dan biri-biri Nabi Shuib as.

Ketika itu, Nabi Shuib as diriwayatkan telah pun lanjut usianya. Baginda mahu seorang yang soleh dapat menjaga anak perempuannya. Anak perempuan Nabi Shuib as bernama Shafura. Terikat dengan penjanjian dengan Nabi Shuib as, Nabi Musa as telah menjadi pengembala kambing dan biri-biri Nabi Shuib di kota Madyan selama 40 tahun. Diriwayatkan,Nabi Musa as telah diajari oleh Nabi Shuib as mengenai ajaran Tauhid yang kemudian menjadi asas pejuangan Nabi Musa as menentang Firaun yang dilaknat.

Nabi Idris as

Nabi Idris as adalah keturunan Nabi Adam as yang ke-6. Sulur Galur Nabi Idris as adalah Yarid bin Mihla’iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam A.S. Baginda adalah insan ketiga yang terpilih menjadi Rasul setelah Nabi Adam as dan Nabi Syith as.

Diriwayatkan, Nabi Idris as mempunyai kemahiran dalam beberapa bidang seperti bidang penjahitan, matematik dan astronomi. Baginda sendiri bekerja sebagai tukang jahit. Selain itu, Nabi Idris as dikurniakan kemahiran menulis.

Ada riwayat menyatakan bahawa Nabi Idris as dibawa oleh Malaikat Maut naik ke langit untuk melihat syurga dan neraka. Ibnu Abi Hatim menyatakan dalam riwayatnya bahawa Nabi Idris as wafat di langit keempat. Ini diperkukuhkan lagi melalui peristiwa Israq Mikraq, iaitu kisah Rasullulah saw berdialog dengan Nabi Idris as di langit keempat.

Nabi Nuh as

Nabi Nuh as adalah antara Rasul yang terpenting dalam Islam, Kristian serta Yahudi. Kisah mengenai Banjir Besar adalah bala kepada Kaum Nabi Nuh as yang engkar. Peristiwa itu menyebabkan seluruh umat Nabi Nuh yang kufur mati lemas. Namun, Nabi Nuh as dan pengikutnya yang setia selamat di atas Bahtera Nabi Nuh.

Riwayat menyatakan bahawa Nabi Nuh as adalah seorang tukang kayu yang mahir. Baginda mampu membina Bahtera yang boleh mengisi ribuan manusia dan haiwan-haiwan. Haiwan-haiwan dikatakan dibawa secara berpasangan.

Kemahiran Nabi Nuh as ini dimanfaatkan oleh baginda bagi menyelamatkan umat manusia yang beriman daripada Banjir Besar.

Nabi Isa as

Nabi Isa as adalah Rasul yang diutuskan sebelum Nabi Muhammad saw. Diturunkan kepada Nabi Isa as sebuah kitab Injil sebagai panduan kepada penganutnya. Dipercayai, penganut Nabi Isa as telah memutar belit banyak fakta di dalam Injil yang diturunkan ini sehingga Allah swt melaknatnya di dalam Al-Quran.

Riwayat mengatakan bahawa Nabi Isa as berkerja sebagai tukang kayu. Sepertimana bapa saudara baginda iaitu Nabi Zakaria as, selain tugasnya sebagai Rasul, baginda bekerja sebagai tukang kayu.

Orang Kristian mempercayai bahawa tiang salib yang menjadi tempat salib Nabi Isa as dibuat sendiri oleh baginda atas paksaan tentera-tentera Rom.

Penutup

Sesungguhnya, berkerja itu adalah satu ibadah sepertimana sabda Rasullulah saw:

Barangsiapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti pahala orang yang berjihad di jalan Allah.” (HR. al-Bukhari)

 

Maka, berkerjalah kita dengan bersungguh-sungguh kerana para Nabi dan Rasul juga berkerja. Kekasih Allah, Nabi Muhammad saw juga seorang peniaga yang berjaya. Baginda juga seorang pemimpin kepada umat Islam. Namun, baginda tidak pernah leka dalam mengingati Allah swt. Tidak salah jikalau kita menghiasi setiap kerja kita dengan ulikan zikir kepada Allah. Moga-moga rezeki yang dapat kelak menjadi berkat dan dipenuhi rahmat Allah.InsyaAllah.

Manfaatkan pahala berzikir.

~Artikel ini dituju khas kepada sahabat-sahabat dan rakan taulan semasa belajar dahulu yang mana sudah berkerja dan akan berkerja.Rindunya pada kamu semua..dah setahun kita berpisah rupanya..sekejap sahaja masa berlalu..

%d bloggers like this: