Simbol X adalah Simbol Kristian!-awas..


Oleh: takusahrisau

Hati-hati dengan simbol X!

Di serata dunia, pelbagai simbol digunakan bagi mewakili negara ataupun organisasi. Namun, anda perlu lebih berwaspada. Di Eropah terutamanya, kebanyakan bendera-bendera negara di benua itu mempunyai bermacam-macam simbol bagi mewakili ‘semangat’ rakyat mereka. Apa yang menakutkan adalah, simbol tersebut merupakan simbol keagamaan.!

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Lihatlah bendera negara England dan Sweden. Simbol salib jelas terpampang di dada bendera tersebut. Umum mengetahui bahawa salib adalah simbol keagamaan bagi penganut kristian. Satu dunia juga faham bahawa simbol salib pada bendera England mahupun Sweden mewakili semangat Kristian dalam jiwa mereka. Oleh itu, kita sebagai umat Islam dapat mengelak daripada terus menyimpan mahupun memakai jersi England yang sememangnya tertera lambang salib.

Akan tetapi, tahukah anda bahawa terdapat beberapa negara di Eropah tidak menggunakan lambang salib dalam bendera mereka. Tetapi mereka menggunakan simbol X.! Pernahkah anda terfikir bahawa simbol X itu ada sebarang maksud tersirat?Pernahkah anda musykil? Penulis berani kerat jari bahawa 9/10 daripada anda langsung tidak mengendahkan simbol X ini bukan?

Bukan anda tertipu sebenarnya, tetapi anda tidak mahu mengambil tahu. Itulah penyakit Umat Islam sekarang. Disebabkan sikap tidak mahu mengambil tahu inilah Umat Islam terus ditindas dan diancam.

Berbalik kepada simbol X. Seperti yang diberitahu pada awal tadi, simbol salib adalah simbol agama Kristian. Sepertimana simbol salib, simbol X adalah antara simbul utama bagi agama Kristian.

 

Kisah Di Sebalik Simbol X

Andrew atau Andreas adalah salah seorang daripada 12 Hawari(apostle) Nabi Isa as(Jesus Christ). Andrew adalah abang kandung kepada Simon Peter(Peter) yang juga merupakan antara 12 Hawari Nabi Isa as.

Andrew sewaktu sebelum mengikut Nabi Isa as menjadi Hawari adalah seorang nelayan dan juga pengikut Nabi Yahya.

Andrew sepertimana hawari Nabi Isa as yang lain terus menyebarkan ajaran Kristian ke seluruh pelosok dunia. Andrew telah merantau jauh ke Asia Minor seperti di Scythia(Rusia selatan) dan terus menyelusuri Laut Hitam sejauh Volga dan Kiev.

Namun, ajaran Andrew yang menyeru menyembah tuhan yang satu telah mendapat tentangan yang amat hebat daripada penduduk tempatan. Andrew dicari dan dikejar untuk dibunuh. Namun, Andrew telah kental dengan iman di dada. Beliau tidak pernah merasa takut dan gementar, jauh sekali mahu melarikan diri.

Di Petras, iaitu sebuah daerah di Greece sekarang adalah penamat kisah dakwah Andrew. Beliau telah dikejar dan ditangkap. Penduduk tempatan menyeksa Andrew dengan bergitu kejam.! Mereka mengikat Andrew pada tiang yang berbentuk Crux Decussata, iaitu tiang yang berbentuk X. Ada riwayat mengatakan Andrew dipaku pada tiang tersebut dan bukannya diikat. Bergitulah seksanya beliau.

Dipercayai,di tengah-tengah kubah itu terdapat kotak yang menempatkan tengkorak Andrew.

Mengikut kepercayaan Kristian, Andrew telah meminta beliau disalib secara bentuk X kerana tidak mahu menyamakan cara penyaliban beliau dengan ‘Jesus Christ’. Peristiwa ini juga terjadi kepada Peter, abang kepada Andrew sendiri yang meminta disalib secara terbalik kerana alasan yang sama.

Andrew akhirnya meninggal dunia akibat daripada seksaan yang diterimanya itu. Tiada rekod menyatakan beliau meninggal pada tahun ke-berapa Masihi.

Sejak daripada peristiwa itu, penganut Kristian telah menggunakan simbol X secara meluas sebagai sebahagian daripada simbol agama Kristian. Andrew telah diangkat menjadi Penaung (Patronage) kepada banyak negara. Antaranya adalah Russia, Greece, Ukraine, Romania, Scotland, wilayah Sicily malah Filipina adalah antara negara yang menggunakan Andrew sebagai Penaung. Selain itu, beliau adalah penaung bagi tentera Marin, nelayan, pembuat tali dan penyanyi.

Simbol X a.k.a Saint’s Andrew Cross

Bergitu banyak negara yang menggunakan Saint’s Andrew Cross sebagai lambang utama bagi bendera mereka. Pembaca boleh lihat pada gambar-gambar di bawah:

Bendera Scotland

Bendera Jamaica

Bendera Union Jack

Bendera Navy of Croatia

Bendera Navy of Russia

Namun, tanpa disedari, umat Islam juga telah menggunakan banyak kali simbol X dalam lambang organisasi mereka. Ini kita dapat lihat pada bendera Hamas dan Fatah.

Jata Hamas

Jata Fatah

Jelas kelihatan bahawa, kedua-dua organisasi ini menggunakan simbol X sebagai lambang utama organisasi mereka. Sangat malang kerana mereka seperti tidak menyedari bahawa mereka menggunakan simbol musuh mereka sebagai lambang organisasi. Tambahan pula Hamas dan Fatah adalah penentang kuat pengaruh Zionis di Palestin.

Jadi, anda perlu berhati-hati dengan simbol X atau Saint’s Andrew Cross bermula daripada sekarang.!

___________________________

Segalanya lebih menarik di

Tags: , , , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Trackbacks / Pingbacks

  1. Simbol dalam Ajaran Kristian « Takusahrisau's Blog! - August 17, 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: