Misteri Saintis yang berjasa kepada bidang Elektrik!-


Oleh: takusahrisau

 

Upacara pengebumian siapakah ini?

Mengapakah terdapat dua bendara di atas keranda si mati ini?

Majlis pengebumian siapakah ini?

 

Bagi penulis jika diberi teka-teki seperti ini, apa yang terbayang di dalam pemikiran penulis adalah jasad kaku yang bersemadi dalam keranda ini semestinya seseorang yang telah berjasa besar kepada negara dua bendera semasa hayatnya dulu.

OK..Sesiapapun dia, ia bukan persoalannya lagi. Yang penting, penulis ingin menceritakan dahulu empunya pemilik keranda ini. Biarkan ia menjadi misteri buat seketika!. Mulai dengan profil ringkas dahulu ya..

 

Profil

Beliau adalah antara manusia genius yang pernah dilahirkan di bumi ini. Seorang yang kurus dan tinggi lampai. Rambutnya sentiasa tersisir rapi dan sentiasa menjaga penampilan sesuai dengan tahap ilmu di dadanya. Beliau lahir pada 10 Julai 1856 di Smiljn,Croatia. Beliau adalah daripada suku kaum Serb.

Sepertimana lelaki genius lain, beliau seakan-akan sukar untuk menerima setiap pembelajaran di universiti. Selepas menamatkan pembelajaran di Austria Polytechnic pada 1875 dalam bidang kejuruteraan elektrik, beliau gagal untuk menghabis semester di dua universiti yang beliau duduki. Antara university tersebut adalah University of Graz dan Charles University in Prague. Ada sumber menyatakan beliau tidak menghabiskan pembelajaran atas beberapa sebab, antaranya:

 

1.         Pembelajaran di university tidak dapat memenuhi minatnya yang melampau terhadap alternating current(arus ulang-alik).Di Austria Polytechnic beliau didedahkan sepenuhnya dengan sistem AC(alternate current) dan disebabkan itu beliau berjaya menghabiskan pengajiannya di sini dengan cemerlang.

2.         Beliau terasa seperti belajar secara terpaksa yang mana semasa di Charles University in Prague, beliau telah dipaksa bapanya untuk meneruskan pengajian di sini.Oleh sebab itu, apabila bapanya meninggal dunia semasa beliau pada semester pertama,beliau terus menamatkan pengajiannya.

 

Sememangnya Beliau seorang Genius

Kegeniusan beliau sememangnya anugerah Tuhan. Beliau sejak daripada kecil mampu mengingati semua yang dibaca satu persatu. Beliau memiliki keistimewaan yang dikenali sebagai photographic memory. Photographic memory adalah kemampuan seseorang individu mengingati kembali apa yang dilihat atau dibaca olehnya umpama sebuah pita rakaman. Antara individu yang turut mempunyai photographic memory adalah Laurence Kim Peek yang kemudian menjadi inspirasi kepada filem Rain Man lakonan Dustin Hoffman.

Kelebihan beliau ini telah meningkatkan kerjaya beliau kemudian hari sebagai seorang jurutera yang mencipta lebih 700 paten. Masakan tidak, jika mendapat sesuatu idea, beliau mampu mencipta sesuatu hanya menggunakan mindanya sahaja bagi membuat pra-pembikinan termasuk lakaran dimensi dan struktur alat yang ingin beliau cipta kelak. Teknik ini dikenali sebagai picture thinking.

Jadi, Siapakah lelaki ini?

Beliau adalah N.i.k.o.l.a  T.e.s.l.a

Tesla sentiasa mementingkan kekemasan dan kebersihan.

Tesla mungkin tidak dikenali oleh kebanyakkan orang. Ini disebabkan namanya sentiasa berada di belakang ‘musuh’ nya iaitu Thomas Alva Edison. Untuk pengetahuan anda Nikola Tesla adalah pencipta teknik Alternating Current manakala Edison pencipta kepada teknik Direct Current. Di sini titik genting antara mereka berdua.

#Nikola Tesla dan Edison diambil wataknya dalam filem The Prestige!

 

Jasa Nikola Tesla

Tesla mencipta pelbagai paten antaranya adalah seperti Tesla Coil, lampu fluorescent, wireless transmission, radio, kawalan mudah alih(remote control). Beliau juga menemui gelombang kosmik untuk kegunaan sistem radio dan juga kegunaan lapisan ionosfera bagi kegunaan sistem wireless.

Kelihatan percikan elektrik daripada arus ulang alik menggunakan Tesla Coil.

Jasa Tesla amat mengagumkan malah beliau menghabiskan hampir 50 tahun umurnya untuk mengkaji sistem penghubungan antara planet terutamanya dengan Planet Marikh. Daripada kajian ini, beliau mengundang pelbagai kontroversi.

Pusat kajian Tesla di Colorado Spring.

 

Trivia, Kontroversi dan Misteri

1.         Tesla adalah seorang penghidap Obsessive Compulsive Disorder atau lebih dikenali OCD. Antara penghidap OCD yang terkenal adalah David Beckham. Tesla adalah seorang yang terlampau obsess dengan nombor tiga. Dilaporkan, Tesla sering kali mengelilingi blok apartmennya selama tiga kali sebelum masuk ke pintu utama!.Bergitu juga ketika mahu makan,beliau sentiasa meminta tiga helai napkin. Ketika itu,penyakit OCD masih belum diketahui umum dan masyarakat yang melihatnya sebagai lelaki yang tersangat misteri!.

2.         Nikola Tesla tidak berkahwin dan menolak sepenuhnya institusi perkahwinan kerana baginya membujang membuatkan beliau lebih berjaya dalam bidang kejuruteraan.!

3.         Beliau adalah seorang yang boleh digelar perfectionist. Seorang setiausaha telah dipaksa pulang ke rumah untuk menukar pakaian dek kerana cara pemakaian yang selekeh. Dalam situasi yang lain, beliau memecat setiausahanya kerana gemuk!.Baginya, orang gemuk sukar untuk membuat kerja dan pemalas.

4.         Tesla tidak menyukai barang kemas malah jijik dengan barang kemas!

5.         Tesla amat-amat memusuhi Edison sepanjang hayatnya bergitu juga Edison terhadap Tesla. Tesla adalah satu-satunya insan yang memberi komen negatif mengenai Edison seperti yang dilaporkan oleh New York Times:

He had no hobby, cared for no sort of amusement of any kind and lived in utter disregard of the most elementary rules of hygiene  … His method was inefficient in the extreme, for an immense ground had to be covered to get anything at all unless blind chance intervened and, at first, I was almost a sorry witness of his doings, knowing that just a little theory and calculation would have saved him 90 percent of the labor. But he had a veritable contempt for book learning and mathematical knowledge, trusting himself entirely to his inventor’s instinct and practical American sense.

6.         Sebelum meninggal dunia,Edison pernah mengungkap kata-kata penyesalan akibat memecat Tesla ketika Tesla bekerja dengan beliau dahulu. Beliau sedar bahawa teori Alternate current lebih bagus daripada ideanya sendiri,Direct current!.

7.         Google pernah memberi perhormatan kepada Tesla dengan menghiasi perkataan Google di www.google.com dengan huruf ‘G’ dibentuk menjadi Tesla Coil pada 10 Julai 2009.

Google memberi penghormatan kepada Tesla sempena ulang tahun kelahirannya pada 10 Julai.

8.         Nikola Tesla sehingga kini dipercayai oleh golongan Nuwaubian adalah malaikat yang datang daripada planet Venus untuk mendedahkan pengetahuan saintifik kepada manusia. Golongan Nuwaubian adalah golongan yang diasaskan oleh Dwight York yang mempercayai sesuatu daripada sudut yang berlainan.

9.         Nikola Tesla pernah mendakwa bahawa dia pernah dihubungi oleh makhluk asing. Beliau mendakwa terdapat tamadun lain di luar angkasa sana terutamanya planet Marikh!.

10.       Nikola Tesla sewaktu akhir hayatnya sentiasa diselubungi misteri. Menurutnya, beliau sentiasa dikunjungi merpati putih yang sama setiap hari. Satu hari, beliau melihat merpati itu mati dan beranggapan bahawa ajalnya juga hampir tiba sedikit masa lagi.

 

Jawapan terhadap Dua Bendera

Dua bendera yang menutupi keranda Nikola Tesla adalah bendera Yugoslavia dan Amerika Syarikat.

 

~ Gambar-gambar dalam artikel ini kebanyakkannya diambil daripada laman sesawang www.teslasociety.com. Salam Ukhwah.

Advertisements

Tags: , , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: