Left. Col. Tatsuji Suga-Ketua Penyembelih Kem Tahanan Perang Sandakan


Oleh: takusahrisau

Siapakah gerangan empunya gambar ini?

 

Kalau anda semua ingin tahu, dia adalah manusia yang paling ditakuti di kem POW, Sandakan.Beliau yang penulis ingin maksudkan adalah Lieutinent Colonel Tatsuji Suga. Iaitu Komander kem POW di seluruh Bornea ketika Perang Dunia Ke-2.

Nota kaki: POW adalah singkatan bagi Prisoner of War

Kem Tahanan Perang Sandakan,Sarawak

 

 

 

Ulasan Gambar Tatsuji Suga

Tatsuji Suga

 

Kembali kepada gambar paling atas. Tatsuji Suga terbaring kaku dengan lehernya mempunyai luka besar akibat tindakannya menghiris lehernya sendiri. Jika diperhatikan elok-elok, bajunya kejung dipenuhi darah. Tatsuji bertindak membunuh diri dek kerana tidak mahu disabitkan kesalahan jenayah perang berikutan kekejaman yang dilakukan kepada tawanan perang di Kem Sandakan. Ada pendapat menyatakan, beliau terdorong membunuh diri kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa seluruh keluarganya terbunuh akibat Pengeboman Hiroshima oleh Amerika Syarikat. Akan tetapi, seluruh keluarga beliau selamat akibat pengeboman dasyat itu. Ditemui berhampiran dengan Tatsuji Suga adalah Kwanaka Yoshiro, pembantu Tatsuji Suga. Dipercayai beliau yang menolong Tatsuji Suga untuk membunuh diri. Beliau menggunakan botol air yang diisi dengan pasir untuk memecahkan kepada Tatsuji Suga.! Kod Bushido menyatakan sewaktu proses hara kiri dilakukan,wajib ada seorang pembantu untuk memastikan proses tersebut berjalan lancar.

Kwanaka Yoshiro,dikelilingi oleh askar-askar Australia.

 

Sedikit Profil Pribadi Left. Col. Tatsuji Suga

Tatsuji Suga dilahirkan pada  22 September 1885 di Hiroshima,Jepun. Lahir sebagai seorang penganut Shinto dan kemudian menukar agama kepada Kristian.

Tatsuji Suga adalah seorang yang cerdik. Beliau adalah lepasan Akademi Tentera Imprial Tokyo sebagai Second Lieutinent.

Selepas menamatkan khidmat tenteranya sebagai Major pada Perang Dunia 1, beliau belayar ke Amerika Syarikat untuk meneruskan pengajiannya dalam bidang Bahasa Inggeris di University of Washington.

Selain daripada bidang akademik, beliau adalah pakar seni pertahanan diri Kendo. Selain itu beliau adalah penunggang kuda yang sangat baik.

Tatsuji Suga dalam testimonial oleh seorang POW, Agnes Newton Keith:

‘A little Japanese man, onetime graduate of the University of Washington., patron of the arts, recipient of WWI Allied decorations; a military man with shaven head; a sick man with diabetes who eats no sugar; a soldier who likes children; a little man with a big sword; a religious dilettante, born Shintoist and turning Catholic; a hero and a figure of ridicule; a Japanese patriot, Commander of All Prisoners of War and Internees in Borneo’.

 

~Gambar-gambar  diambil di laman web http://cas.awm.gov.au.

Tags: , , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: