Senarai kematian yang malang..


Oleh: takusahrisau

Kebiasaanya, jika terdapat sesuatu kematian,terutama yang meninggalnya itu adalah insan yang kita kenali,kita akan terus menyelongkari sebab-musabab kematian mereka. Namun,kita tidak pernah menyelidik sebab dan akibat kematian insan-insan yang terkenal dalam sejarah.Insan ini sepanjang hidupnya adalah seorang panglima terbilang,saintis hebat,sasterawan dan sebagainya. Sepopular mana pun mereka ini,nasib malang tidak mengenal sesiapa.Yang paling mengaibkan lagi adalah mereka ini mendapat musibah di saat ajal datang menjemput.Di bawah merupakan sebilangan daripada mereka yang menerima musibah tersebut.Ah,sungguh malang.

 

Atilla the Hun

Attila the Hun:
Salah seorang watak antagonis dalam sejarah bangsa.Beliau adalah musuh yang paling ditakuti oleh empayar Rom.Walaubagaimanapun, beliau adalah hero bagi rakyat Hungary.Attila dan tentera-tenteranya telah menawan hampir keseluruhan Asia iaitu daripada Mongolia hingga ke pinggir Empayar Russia pada 450AD.
Bagaimana beliau meninggal dunia: Disebabkan oleh hanya pendarahan hidung ketika malam perkahwinannya.
Pada 453AD, Attila mengahwini seorang gadis muda bernama Ildico.Malam perkahwinannya, beliau mabuk dengan teruk sehingga pendarahan hidung yang beliau alami tidak dapat beliau maklumkan kepada pembantu beliau.

Akhirnya, beliau meninggal disebabkan lemas dengan darahnya sendiri dan bukannya meninggal di medan perang. Kematian beliau hanya disedari keesokkan paginya.Sungguh kesian!.

 

Tycho Brahe

Tycho Brahe:
Seorang ahli astronomi berbangsa Denmark pada kurun ke-16. Beliau lahir pada14 December 1546 di Tyge Ottesen Brahe (de Knudstrup). Jasa beliau terhadap bidang astronomi moden amat besar sehinggakan teori yang beliau kemukakan sewaktu hayat menjadi rujukan ramai ahli astronomi lain termasuk Isaac Newton.

 

Bagaimana beliau meninggal dunia: Kegagalan sistem pundi kencing akibat menahan kencing ketika berada dalam satu majlis.

Beliau diketahui seorang yang kuat minum. Kebiasaannya, sebelum ke sesuatu majlis beliau akan memastikan yang beliau akan membuang air kecil terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, dalam satu majlis,beliau gagal membuat demikian.Masalahnya makin teruk apabila beliau rela menahannya kerana berasa amat biadab untuk keluar ketika majlis sedang berlangsung.Dan akibat daripada sikap ‘menghormati majlis’ nya itu,beliau terlantar selama 11 hari dan kemudian menemui ajal akibat daripada kegagalan ginjal dan batu karang!. Sangat kesian!.

Horace Wells

Horace Wells:
Seorang doktor gigi dan pelopor penggunaan anesthesia pada awal 1840-an. Beliau lahir pada 21 Januari 1815 di Hartford,Vermont. Wells berkelulusan daripada Walpole,New Hampshire  sebelum meneruskan pelajaran dalam bidang pengigian di Boston.

 

Bagaimana beliau meninggal dunia: Menggunakan Anesthesia untuk membunuh diri.

Masalah beliau bermula apabila beliau ketagih dengan kloroform yang mana bahan utama untuk Anesthesia, hasil kajian beliau. Ketika itu, kloroform tidak lagi diketahui akibat ketagihannya.Ini bermakna Horace Wells adalah orang pertama ketagih bahan kimia tersebut.!

Pada 1848, beliau ditahan kerana menyembur dua orang pelacur jalanan dengan asid sulfuric.Dalam surat rayuan kepada pihak penjara, beliau menyalahkan kloroform sehingga menyebabkan beliau mengalami halusinasi.

Akhirnya beliau meninggal dunia di dalam selnya akibat daripada bunuh diri.Wells menghiris urat arteri betisnya dengan pisau cukur selepas mabuk dengan kloroform.Dipercayai untuk mengurangkan kesakitan.!

Wells disemadikan di Cedar Hill Cemetery di Hartford, Connecticut. Kematian yang menyayat hati bagi seorang yang genius.Kesian!.

Francis Bacon

Francis Bacon:
Salah seorang berpengaruh lewat kurun ke-16. Dilahirkan di England pada 22 January 1561. Beliau adalah seorang negarawan,hakim,penulis,saintis dan ahli falsafah. Dipercayai, beliau menulis beberapa skrip untuk sasterawan inggeris terkenal,Shakespeare.

Bagaiman beliau meninggal dunia: Mengalami Pnemonia(paru-paru berair) akibat melakukan kajian yang agak tidak masuk akal di tengah kesejukan musim sejuk.
Satu tengahari pada musim sejuk tahun 1625, Bacon memerhati di luar rumahnya yang mengalami ribut salji. Beliau mendapat ilham untuk membuat satu eksperimen bagi membekukan daging.Beliau secara keseorangan membuat kajian itu di luar rumah di Highgate,luar kota Landon dalam kesejukan salji!.

Idea yang gila beliau mengundah padah apabila beliau diserang radang paru-paru dan meninggal disebabkan penyakit itu. Beliau yang dianugerah dengan dua gelaran tertinggi diraja Inggeris iaitu Viscount dan Baron meninggalkan hutang berjumlah £25,000 bersamaan £3M sekarang.ahh,malang sungguh nasib!

Jeromy Irving Rodale

Jerome Irving Rodale:
Lelaki berketurunan Yahudi ini yang menukar namanya kepada Jerome Irving Rodale daripada nama asalnya Cohen. Beliau dilahirkan pada 16 Ogos 1898. Beliau adalah pengasas kepada aktivis makanan organik.
Beliau telah menubuhkan sebuah syarikat penerbitan,Rodale Press yang kemudiannya menerbitkan majalah “Organic Farming and Gardening”.Beliau menjadi semakin popular kerana mempelopori teknik mencegah berbanding merawat melalui majalahnya iaitu “Prevention” yang diterbitkan pada 1950.

 

Bagaimana beliau meninggal dunia: Kegagalan jantung selepas satu rancangan temubual.

Selepas tamat menjalani satu sesi temubual di Dick Cavett Show, Rodale, Dick Cavett dan tetamu jemputan kedua, Pete Hamill(seorang kolumnis New York Post) duduk di sebuah kerusi sambil berborak kosong. Sambil Dick Cavett dan Pete Hamill berborak kosong mengenai politik, Rodale kelihatan tidak keruan. Sejurus selepas itu Rodale tersungkur di dada Pete Hamill. Bunyi dengkuran jelas kedengaran daripada nafas Rodale.Hamill tergamam.

Selepas itu, paramedik tiba dan disyahkan meninggal dunia akibat kegagalan jantung di set pengambaran itu.Ironinya, beliau semasa sesi temubual masih boleh bercakap besar dengan berkata,” I’m going to live to be 100, unless I’m run down by some sugar-crazed taxi driver”.

Beliau meninggal ketika usia 71 tahun, 29 tahun lagi daripada umur yang beliau impikan.Kesian.!

Aeschylus

Aeschylus:
Penulis Greek yang hidup sekitar 500 BC. Beliau dipercayai lahir pada 525 BC di Eleusis iaitu 25km daripada kota metropolitan Athens. Sejarahwan mengelar beliau ‘bapa kepada tragedi’.

Bagaimana beliau meninggal dunia: Kura-kura jatuh ke kepala beliau.
Menurut lagenda, beliau mati akibat helang menjatuhkan seekor kura-kura ke kepala beliau. Beliau mati serta-merta. Helang itu sebenarnya telah tersilap anggapan kerana merasakan kepala Aeschylus adalah batu. Kepala Aeschylus yang botak itu terbias oleh cahaya sehinggakan burung helang tersebut tersilap anggap. Malang nasib Aeschylus kerana kepala beliau botak berkilat itu.!

Jim Fixx

Jim Fixx:
Pemilik kepada nama asal James Fuller Fixx dilahirkan pada 23 April 1932. Seorang penulis terkenal. Bukunya, “Complete Book of Running,”  adalah terlaris sekitar tahun 1970-an. Beliau pelopor kepada aktiviti jogging yang mana menurutnya adalah menyihatkan dan merangsang denyutan jantung.
Bagaimana beliau meninggal dunia: Mengalami serangan jantung akibat jogging!aikk!
Pada 20 Julai 1984, beliau akan memulakan rutin harian dengan berjongging di sekitar Vermont. Walaubagaimanapun, ajal datang menjemput setelah berjongging hanya beberapa meter. Beliau mengalami serangan jantung yang teruk.

Bedah siasat dikeluarkan menunjukkan arteri koronari pertama 99% tersumbat, yang kedua sebanyak 85% tersumbat dan ketiga adalah sebanyak 70%  tersumbat. Sebenarnya, Fixx telah mengalami tiga kali serangan jantung sebelum kematiannya ini.Ermm!

Tags: , , , , , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: